Harian Metro: Setempat
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Setempat |
Posted: 20 Jun 2013 11:04 AM PDT Kuala Lumpur: Impian empat individu untuk memiliki sebuah kedai serbaneka 24 jam berkecai bersama wang pelaburan RM131,000 yang didakwa sudah dibayar kepada sebuah syarikat yang sepatutnya menguruskan pembukaan premis itu di Wangsa Maju, lebih setahun lalu. Mereka mendakwa, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat terbabit lesap bersama wang itu sebagai pendahuluan pelaburan perniagaan francais bernilai RM1.17 juta.
"Kami turut dijanjikan mendapat barangan 1Malaysia, Koperasi 1Malaysia selain modal permulaan yang rendah mengikut pakej ditawarkan iaitu bermula dengan RM15,000, RM30,000 atau RM35,000," katanya, semalam.
MANGSA penipuan kedai serbaneka menunjukkan laporan yang dibuat. "Kemudian pada 1 Januari 2012, saya membuat bayaran deposit pertama kepadanya berjumlah RM13,000, iaitu lima peratus daripada pakej kedai RM260,000 dan tambahan lagi RM17,250 tiga minggu kemudian.
Mangsa lain, Shaiful Nizam Saad, 36, berkata, dia kerugian RM35,250 selepas menjelaskan deposit pakej membuka kedai serbaneka bernilai RM325,000 pada Disember 2012.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |