Harian Metro: Setempat
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Setempat |
Posted: 21 Jun 2013 02:55 PM PDT Padang Rengas: Kepercayaan karut kononnya meminum air daun ketum boleh meningkatkan tumpuan belajar serta kecergasan ketika bersukan menyebabkan semakin ramai pelajar sekolah di daerah ini mengambil bahan terlarang itu hingga mengalami ketagihan. Mereka dikatakan sanggup membazirkan RM4 sehari bagi membeli sebungkus air rebusan daun ketum dipercayai dicampur dengan ubat nyamuk ini yang dijual secara haram oleh beberapa penduduk kampung.
Penularan gejala negatif itu didedahkan seorang penduduk kampung Sungai Ali, Ismail Harun, 47, selepas mendapati semakin ramai golongan pelajar sekolah menjadi penagih ketum.
AIR ketum yang dibungkus dan sedia untuk dijual. "Pelajar yang gemar membeli berusia lingkungan 16 dan 17 tahun. Malah yang berumur bawah 15 tahun juga mula ketagih dengan air ketum," katanya Menurutnya, satu bungkus air ketum dijual dengan harga RM4 hingga RM10 untuk sebungkus. "Saya diberitahu ada di kalangan penjual air ketum terbabit boleh memperolehi pendapatan sehingga mencecah RM10,000 satu bulan.
Menurutnya, kelakuan remaja yang menagih air ketum ini tidak ubah seperti penagih dadah apabila mereka tidak boleh tidur, mudah marah dan bergaduh selain tubuh mereka menjadi kurus kering.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |