{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Hiburan

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Hiburan


Beego - Linda Telan rasa sangsi

Posted:

Beego - Linda Telan rasa sangsi

Beego - Linda Telan rasa sangsi

SARAT dengan perasaan romantis dan cinta, pasangan pelakon Beego dan Linda Hashim selamat diijabkabulkan dalam sebuah majlis sederhana di Masjid Usamah Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada malam Jumaat lalu.

Rintik-rintik hujan mengiringi lafaz setia Beego dan Linda ketika diijabkabulkan. Hanya sekali lafaz pasangan itu sah bergelar suami dan isteri tepat pada pukul 9.26 malam.

Bersedia untuk melayari bahtera rumah tangga buat kali kedua, Beego atau nama sebenarnya Md. Aszerul Nizam Abdullah, 33, enggan lagi menoleh ke belakang dan mahu menempuh alam perkahwinan kali ini dengan penuh rasa syukur.

"Secara bertulis, ini perkahwinan kedua saya. Perkahwinan pertama saya sebelum ini hanya bertahan selama 10 hari. Dalam tempoh itu saya tidak rasa mana-mana lelaki dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.

"Jujurnya, pernikahan ini saya anggap seperti pernikahan pertama. Inilah yang sepatutnya saya rasa dan harapan saya ini perkahwinan pertama dan terakhir saya," ujarnya yang ditemui selepas upacara membatalkan air sembahyang.

Linda atau pemilik nama lengkap Norhazlinda Hashim, 29, menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan wang hantaran RM35,000 daripada Beego.

Pengantin lelaki memberikan tujuh dulang hantaran kepada mempelai perempuan iaitu sepasang kasut Quince, seutas jam tangan Titus, tepak sireh, sepasang telekung dan sejadah, set pewangi Burberry, tas tangan Furla, sebentuk cincin dan mas kahwin.

Sementara itu, pengantin perempuan membalas sembilan dulang hantaran berupa seutas jam tangan Dolce & Gabbana, sepasang baju dan seluar Polo, sepasang kasut Bershka, cermin mata gelap Cartier, sebentuk cincin Emporio Armani, set penjagaan diri L'eau D'issey Pour Homme, manisan Hershey's Rocher, buah-buahan dan sireh junjung.

BEEGO amat bersyukur kerana Linda membuka pintu hati terhadap dirinya.


Kontroversi

Menyifatkan dirinya seorang lelaki bertuah kerana diterima oleh keluarga Linda walaupun dirinya sering dilanda pelbagai kontroversi dan bukan seorang artis yang bersih daripada cerita negatif, Beego memanjatkan rasa syukur.

"Jujur dari hati saya, seorang perempuan yang tidak pernah berkahwin sukar menerima status saya. Alhamdulillah apabila dia membuka pintu hati untuk terima saya, saya amat bersyukur diberikan peluang mengenali hati dan budi saya.

"Saya menjadi diri saya sendiri. Tiada apa-apa yang perlu dirahsiakan. Inilah Beego yang sederhana dan terimalah seadanya.

"Keluarga Linda ketepikan semua status dan kontroversi hitam dalam hidup saya sebelum ini. Mereka faham dan nasihatkan saya bersabar," jelas Beego yang masih terikat dengan perbicaraan kes mahkamah melibatkan tuduhan berkhalwat pada awal tahun lalu.

Dalam kes itu, Beego dan empat lagi rakannya ditahan oleh sekumpulan pegawai penguat kuasa agama di sebuah rumah di Oakleaf Kondominium, Bukit Antarabangsa, Ampang pada pukul 6 pagi 23 Februari 2011.

Sehingga hari ini, pihak pendakwa gagal menampilkan bukti-bukti kukuh bahawa Beego bersalah.

Jaga keluarga

Dalam pada itu, Linda berkongsi keistimewaan Beego yang telah menambat hatinya untuk menerima jejaka itu sebagai teman sehidup semati.

Kata Linda, dia tidak melihat Beego sebagai seorang lelaki yang bermasalah, begitu juga keluarganya. Pada pandangannya, masalah yang timbul bukan Beego yang cari.

"Dari luar nampak Beego bermasalah, tapi apabila mengenalinya saya tahu dia bagaimana sebenarnya. Begitu juga keluarga saya, mereka tahu perangai sebenar Beego.

"Mereka lupa semua kontroversi dan tak nampak pun kontroversi sebelum ini. Bukan Beego yang mencari masalah tapi masalah itu yang datang dekat dia.

"Berada bersama Beego amat menyenangkan hati. Dia pandai mengambil hati saya dan keluarga, seorang lelaki yang jujur dan ikhlas mengenali saya dan mencurahkan kasih sayang sepenuhnya kepada keluarga saya.

"Dia menjaga keluarga diri ini seperti mana saya menjaga keluarga saya," kata Linda.

Mengulas mengenai tempias kontroversi khalwat Beego terhadap perkahwinannya, Linda menelan kepahitan itu dan membalas dengan sokongan moral tanpa belah bahagi.

"Sebelum saya kenal dia memang saya ada dengar pasal kes dia tapi saya tak ambil kisah sangat. Kita tak tahu apa yang jadi pada dia sebenarnya dan kita tak boleh terus negatif, kita kena positif.

"Saya kecewa juga apabila mendengar kes itu. Tapi saya tak salahkan dia sebaliknya saya rasa simpati dan tertanya-tanya kenapa perkara itu terjadi pada dia," ujarnya.


PELAMIN persandingan pasangan mempelai diilhamkan oleh butik milik kakak pengantin perempuan, Erins N Erinas Sequins.


Perancangan

Ditanya perancangan membina keluarga selepas berkahwin nanti, Beego dan Linda sepakat memberitahu bahwa mereka tidak akan mengehadkan aktiviti seni.

"Saya tidak akan mengehadkan aktiviti seni dan sekiranya Linda masih mahu memiliki karier sebagai artis, saya benarkan dia. Sekiranya dia mahu berhenti, saya terima keputusannya.

"Cuma harapan saya rezeki makin murah selepas berkahwin. Saya pun akan cuba melakukan yang terbaik dalam bidang lakonan saya," ujar Beego.

Ungkap Linda pula, dia perlu menyeimbangkan tuntutan karier dan keluarganya memandangkan kini sudah berumah tangga.

Bagaimanapun, dia enggan berjauhan dengan suaminya itu kelak.

"Dia (Beego) kenal saya sebagai pelakon, jadi mustahil untuk dia membuang semua perkara yang saya minat. Keputusan itu bergantung pada diri saya sendiri dan tidak boleh telalu memikirkan soal kerja kerana saya sudah ada rumah tangga," katanya.

Pasangan itu bakal berbulan madu di Bali, Indonesia pada 19 hingga 26 Jun dan bakal ke Taiwan pula pada 6 Julai depan.

Bagaimanapun, Linda meluahkan hasrat hatinya untuk mengerjakan umrah sebelum berbulan madu.

"Siapa yang tidak suka bercuti tapi sebelum ini saya pernah memberitahu Beego selepas bernikah saya mahu mengerjakan umrah.

"Daripada buang duit pergi tempat jauh-jauh lebih baik ke Mekah terlebih dahulu. Insya-Allah kalau tiada sebarang halangan saya mahu mengerjakan umrah dengan keluarga sekali.

Ditanya pula perancangan untuk menimang anak, kata Beego: "Kami tidak merancang tapi terpulang pada rezeki Allah.

"Kami terima seadanya kerana itu tanggungjawab dan rezeki, sekiranya tidak ada kami akan terus berusaha."

Maya, Hans saling beremosi

Posted:

Maya, Hans saling beremosi

Maya, Hans saling beremosi

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA


Maya Karin sudah empat tahun berturut-turut dilantik sebagai duta tilam jenama Vono.


AKTRES jelita Maya Karin dikatakan beremosi dengan aktor Hans Isaac. Malah, hubungan mereka juga dikhabarkan agak tegang.

Apakah puncanya hubungan mereka menjadi begitu?

Ditemui Kosmo! ketika pelantikannya sebagai duta jenama tilam Vono untuk tahun keempat di Slumberland Marketing Sdn. Bhd., Bandar Baru Bangi, Selangor, baru-baru ini, Maya menghurai lanjut mengenai perkara tersebut.

Selain itu, heroin filem Ombak Rindu itu juga bercerita tentang kredibilitinya sebagai duta produk. Dia diberi kepercayaan selama empat tahun berturut-turut menggalas tugas sebagai duta jenama tilam Vono di samping mempromosikan beberapa produk lain.

Ikuti temu bual Kosmo! bersama Maya Karin.

Kosmo!: Bolehkah Maya kongsikan apa yang berlaku kepada anda dan Hans Isaac?

MAYA KARIN: Kami (Maya dan Hans) sebenarnya berlakon bersama dalam filem Nota. Dalam filem itu, kami menjadi pasangan suami isteri yang sudah lama berkahwin tetapi hubungan kami tegang dan tidak begitu baik.

Adakah filem Nota ini gandingan kali pertama Maya dan Hans?

Kami sudah berkenalan selama 15 tahun tetapi tidak pernah berlakon bersama. Filem Nota merupakan gandingan kali pertama kami.

Boleh jelaskan lebih lanjut mengenai filem itu?

Nota berkisar tentang pembunuhan. Ia mendapat sentuhan pengarah Jepun, sementara jurukamera pula dari Jerman.

Boleh kongsikan perasaan Maya sepanjang berlakon dalam filem itu?

Saya sangat teruja berlakon dalam Nota. Sememangnya saya menantikan saat untuk bekerja dengan orang Jerman. Saya suka tengok hasil-hasil visual filem Jerman. Mereka sangat bagus.

Bagaimanakah Maya boleh terpilih untuk membintangi filem Nota?

Saya dapat tahu mereka mahukan seorang pelakon wanita yang lasak dan juga yang cintakan alam sekitar kerana penggambaran dibuat di hutan Bako, Sarawak.

Apakah cabaran paling sukar ditempuhi Maya sepanjang penggambaran filem tersebut?

Kami perlu menjalani penggambaran selama sebulan. Dalam keadaan cuaca yang sangat panas, ia agak menyukarkan buat saya untuk berlakon. Sebabnya, muka dan badan saya dibanjiri peluh. Saya juga terpaksa bergelut dengan lumpur.


MAYA KARIN dan Hans Isaac berpeluang berlakon di bawah arahan pengarah Jepun menerusi filem Nota.


Adakah filem ini yang paling mencabar pernah Maya lakonkan?

Pontianak Harum Sundal Malam masih kekal rekod sebagai filem yang paling mencabar pernah saya lakonkan. Sebabnya, dalam filem itu saya perlu bawa tiga watak berbeza. Ketiga-tiga watak itu memerlukan solekan berbeza. Jadi, banyak kali saya kena tukar solekan pada wajah. Penggambarannya juga dilakukan pada waktu malam dan saya juga perlu melakonkan babak terbang kerana saya puntianak. Nasib baik, saya masih muda ketika melakonkan watak itu (ketawa).

Boleh kongsikan perasaan Maya dipilih sebagai duta Vono untuk tahun keempat?

Saya sangat bersyukur kerana dipilih sekali lagi menjadi duta Vono. Sememangnya kerjasama antara kami memang baik sejak dari tahun pertama lagi. Mereka beritahu, maklum balas daripada pelanggan juga sangat memuaskan. Malah jika terdapat acara istimewa Vono, jualannya juga sangat memuaskan. Mungkin disebabkan itu saya masih dikekalkan sebagai duta.

Selain Vono, apakah produk lain yang diwakili Maya sebagai duta?

Ada empat produk. Saya sudah menjadi duta produk L'oreal Paris untuk tahun yang ketujuh, Inner Shine bagi tahun ketiga dan Sorella untuk tahun kedua.

Apakah yang membuatkan Maya tertarik untuk menjadi duta kepada produk-produk tersebut? Adakah disebabkan bayaran yang lumayan?

Sebelum menerima tawaran sebagai duta saya akan pastikan dahulu produk tersebut benar-benar berkualiti dan memberi banyak faedah kepada pelanggan. Contohnya seperti Vono, semua orang memerlukan tilam yang menyokong tulang belakang kita dan saya lihat Vono adalah yang terbaik. Harganya juga berpatutan.

Berapa banyakkah tilam Vono yang anda dapat?

Ada empat dan dengar kata mereka ingin beri lagi satu (ketawa).

Saya memang lantang bersuara - Nad Zainal

Posted:

Saya memang lantang bersuara - Nad Zainal

Saya memang lantang bersuara - Nad Zainal

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA


FIGURA comel ini mengakui bercinta dengan pemuda bernama Azman tetapi enggan banyak berbicara mengenainya.


PELAKON kecil molek, Nad Zainal mengakui bahawa dia sememangnya seorang yang lantang dalam bersuara.

Malah, dia tidak menafikan dirinya juga seorang yang panas baran dan tidak suka dengan orang melakukan kerja dengan lambat.

Begitupun, dedah pelakon drama Memberku Hawa musim kedua itu, sikap buruknya suatu ketika dahulu itu sudah menjadi sejarah.

Kini dia mengakui dirinya kini lebih matang dan rasional dalam memberi tindakbalas terhadap orang di sekelilingnya.

"Memang dahulu, saya seorang yang panas baran dan mahukan semua kerja dilakukan dengan cepat.

"Disebabkan itu juga saya tidak boleh bekerja dengan orang yang buat kerja lambat. Namun, kini saya sudah atasi masalah itu dan sudah pandai mengawalnya," ulas Nad ketika ditemui pada majlis pelancaran drama Memberku Hawa 2 di Hotel Hilton, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Walau bagaimanapun, ulas anak tunggal itu, dia masih dikritik ramai ekoran kelantangannya dalam bersuara dan sebelum ini Nad juga pernah diboikot media gara-gara sikapnya itu.

Mengulas mengenai perkara itu, ujar Nad, mungkin kelantangannya dalam bersuara terbawa-bawa sejak dia menceburi dunia pentas teater, tiga tahun lalu.

Bagaimanapun, pelakon berusia 23 tahun itu tidak mampu mengubah perkara itu kerana baginya kelantangannya dalam bersuara bukan menyentuh perihal orang lain.

"Nada suara saya memang lantang, mungkin sebab saya dilatih selama tiga tahun belajar dalam seni persembahan teater di Aswara (Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan).

"Tambahan pula rupa saya yang agak garang. Ramai yang beranggapan saya sukar didekati dan sombong tetapi saya tidak kisah kerana mereka tidak mengenali saya secara rapat," ungkapnya yang mengakui dirinya sebenarnya seorang gila-gila.

Media sosial bunuh artis

Sengaja mengajukan pertanyaan mengenai media sosial yang sering digunakan artis untuk berinteraksi dengan peminat kepada Nad.

Menjawab mengenai perkara itu, kata Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, media sosial jika tidak digunakan dengan betul oleh seseorang artis ia mampu membunuh karier artis tersebut.

"Memang ramai artis yang guna Facebook atau Twitter untuk berhubung dengan peminat, namun pada saya semuanya perlu ada batasan.

"Tidak perlu setiap minit artis itu bercerita pasal kehidupan peribadinya atau jaja kisah peribadi. Ia akan mengundang publisiti murahan seseorang artis malah boleh membunuh kerjaya artis tersebut," ujarnya.


BARISAN karyawan drama bersiri Memberku Hawa 2 yang sekali lagi menampilkan Nad Zainal menerusi watak Kay.


Menyingkap kehidupan peribadi Nad pula bersama kekasih hati, luahnya, dia masih bersama lelaki istimewa di hatinya itu yang dikenali dengan nama Azman.

Begitupun, ujarnya, dia tidak mahu bercakap lebih lanjut tentang kekasihnya itu kerana berasa ia agak kurang manis.

Ditebak tentang bilakah dia merancang untuk berkahwin, akui Nad, buat masa ini dirinya masih belum mempunyai sebarang sasaran untuk mendirikan rumah tangga.

"Saya baru berusia 23 tahun. Fokus saya sekarang hanya kerjaya dan juga untuk membantu keluarga," ujarnya.

Bersyukur kerana Kay

Bercerita tentang drama Memberku Hawa 2, Nad masih membawakan watak Kay sama seperti dalam musim pertama sebelum ini.

Ulasnya mengenai wataknya itu, musim baharu ini Nad jelas mengalami perubahan sikap Kay – daripada seorang yang kelam-kabut dan kebudak-budakan bertukar menjadi lebih matang.

"Secara peribadi, watak Kay sama seperti diri saya yang kini semakin matang," ujarnya yang bersyukur kerana melalui watak dalam drama Memberku Hawa tersebut, namanya kini mulai meniti arus populariti serta diberikan peranan yang lebih besar dan mencabar dalam drama-drama lain.

Dalam perkembangan lain, pada Julai depan Nad bakal tampil menerusi drama bersiri Kampung Girl. Selain itu, dia sedang berdebar-debar menantikan filem sulung lakonannya, Kami Histeria. Menariknya dalam filem tersebut, Nad tampil menerusi watak seorang pemain bass.

Memberku Hawa 2 disiarkan setiap Rabu bermula 5 Jun lalu pada pukul 10 malam di Astro Ria (saluran 104). Ulangannya pula adalah pada setiap Ahad pukul 6.30 petang.

Drama ini mengisahkan tentang golongan wanita muda di Malaysia yang menghadapi cabaran hidup dengan sikap positif dan berpendirian teguh.

Selain Siti Saleha dan Nad Zainal, drama itu turut dibarisi Sharifah Sofea, Nur Zaireen Mohd. Zait, Cristina Suzanne Stockstill dan Nor Nadia Nor Mahazan.

Impak lakonannya dalam drama Memberku Hawa, Nad turut dilantik sebagai duta tuala wanita Kotek selama dua tahun berturut-turut iaitu sejak 2012 hingga 2013. Selain Nad, pelakon Siti Saleha turut dilantik sebagai duta Kotex untuk tahun 2013.

Sementara itu, menurut Pengarah Pemasaran Kimberly-Clark Malaysia, pengeluar Kotex, Soo Woon Yee, berdasar kajian yang dibuat oleh mereka, Nad dan Siti Saleha merupakan pilihan tertinggi oleh pengguna Kotex yang mahukan mereka bergandingan.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat