{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Sukan

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Sukan


Peluang Selangor huni tiga terbaik

Posted:

Peluang Selangor huni tiga terbaik

Peluang Selangor huni tiga terbaik

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

AMRI meraikan kejayaan menjaringkan gol pertama Selangor ketika menentang ATM di Stadium Shah Alam malam tadi. Selangor menang 2-1.


SELANGOR kini berada pada landasan terbaik dalam usaha memburu kelompok tiga teratas Liga Super selepas menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2-1 di Stadium Shah Alam malam tadi.

Perancang Gergasi Merah, K. Gurusamy muncul sebagai wira skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim itu apabila meledak gol kemenangan pada masa kecederaan babak kedua.

Seperti diramal, Selangor dan ATM mempamerkan persembahan agresif sebaik perlawanan dimulakan.

Skuad Gergasi Merah terlebih dahulu menguji benteng pertahanan The Gladiators menerusi percubaan tepat daripada pemain sayap lincah, S. Kunanlan.

Bagaimanapun, penjaga gol ATM, Farizal Harun berjaya menyelamatkan percubaan Kunanlan itu pada minit ke-25.

Hasrat The Gladiators untuk mengasak benteng Selangor dilihat menemui kesulitan apabila penyerang berbisa, Marlon Alex James dilayangkan kad merah pada minit ke-34.

Ia gara-gara pemain import itu mengutip kad kuning kedua selepas pengadil, Shamsuddin Ibrahim mendakwa Marlon menggunakan tangan ketika berebut bola dengan pemain Selangor, Mohd. Nasriq Baharom.

Gergasi Merah mengambil kesempatan itu dengan melancarkan serangan ke kubu ATM dan hasilnya, Amri Yahyah membuka jaringan pertama pada minit ke-39.

Begitupun, kelebihan jaringan Selangor tidak bertahan lama apabila perancangan import The Gladiators, Bruno Sebastian Marteloto menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti.

Shamsuddin memberikan sepakan penalti itu selepas tonggak pertahanan Selangor, Adam David Griffiths mengasari Christie Jayaselan pada masa kecederaan babak pertama.

Bersambung babak kedua, Selangor sekali lagi hampir mendahului permainan apabila Solihin Kanasian berjaya melepasi pertahanan ATM, namun percubaannya dinafikan Farizal pada minit ke-47.

Kedua-dua pasukan semakin terdesak untuk mencari jaringan kemenangan tetapi tiada penyudah berkesan berjaya dihasilkan.

Penantian Gergasi Merah untuk merakamkan tiga mata penuh akhirnya berbaloi apabila Gurusamy meledak gol kemenangan pada masa kecederaan.

Tidak timbul isu mahu melancong

Posted:

Tidak timbul isu mahu melancong

Tidak timbul isu mahu melancong

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) memberikan reaksi pantas berhubung isu seorang pegawai badan induk itu yang didakwa membawa isteri ke Slovakia baru-baru ini bagi tujuan 'melancong'.

Menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan semalam, pegawai yang dimaksudkan itu ialah Naib Presiden FAM, Datuk Afandi Hamzah yang diberi tanggungjawab memantau latihan dan perkembangan skuad Harimau Muda A di Slovakia.

Menurut kenyataan FAM, Afandi telah melaksanakan tugas tersebut dengan sebaik mungkin, sekali gus menepis dakwaan sesetengah pihak bahawa pengurus skuad Harimau Muda A itu ke Slovakia atas tujuan kepentingan peribadi.

"FAM ingin menjelaskan bahawa pengurus pasukan Harimau Muda A, Datuk Afandi Hamzah telah berlepas ke Slovakia pada 16 Jun 2013 untuk memantau latihan dan perkembangan pasukan yang berada di bawah tanggungjawab beliau.

"Beliau sepatutnya berada bersama pasukan sepenuh masa. Namun, disebabkan tugas harian beliau, maka beliau tidak dapat berbuat demikian.

"Pemergiannya adalah di bawah bidang tugas beliau di mana beliau dikehendaki melaporkan perkembangan terkini pasukan kepada Exco FAM yang akan bersidang pada 17 Julai 2013.

"Kunjungan ini amat penting bagi memantau persiapan pasukan menghadapi Sukan SEA 2013 di Myanmar di mana FAM telah meletakkan sasaran untuk mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada temasya Sukan SEA lalu.

"Di dalam surat pemakluman sebelum berlepas, Afandi memberitahu bahawa beliau akan membawa keluarganya bersama ke Slovakia atas tanggungan beliau sendiri," menurut kenyataan FAM itu.

Untuk rekod, Afandi merupakan pegawai FAM yang pertama melawat skuad HArimau Muda A yang telah berada di Slovakia sejak Mac lalu.

Kelmarin, Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar mempersoalkan tindakan FAM menghantar skuad Harimau Muda ke Slovakia, sambil mendakwa sesi latihan di benua Eropah itu bertujuan untuk memudahkan pegawai pasukan dan isteri masing-masing melancong ke luar negara.

Dakwaan itu hadir beberapa hari selepas Annuar mempersoalkan wang berjumlah RM30 juta setahun yang diterima FAM menerusi penjualan hak penyiaran perlawanan Liga Malaysia (Liga M).

Justeru, FAM berharap kenyataan yang dikeluarkan badan induk itu dapat menangkis segala tohmahan serta fitnah terhadap pegawai-pegawai FAM.

Kumar penentu nasib Kok Chi

Posted:

Kumar penentu nasib Kok Chi

Kumar penentu nasib Kok Chi

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril.abdullah@kosmo.com.my

PERSOALAN mengenai nasib Datuk Sieh Kok Chi sama ada dapat mengekalkan tugasnya sebagai Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bagi penggal 2013-2015 bakal diketahui pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk itu hari ini.

Selain Kok Chi, 74, turut dicabar dalam pemilihan Ahli Majlis Tertinggi MOM itu ialah jawatan Timbalan Presiden, Datuk A. Sani Karim yang bakal berdepan dengan Tan Sri Mohamad Noor Abdul Rahim.

Begitupun, tumpuan lebih terarah kepada kerusi paling 'panas' iaitu Setiausaha Kehormat MOM yang disandang Kok Chi sejak 1992 apabila beliau akan dicabar oleh penolongnya sendiri, T. Kumar.

Selepas dilanda pelbagai kontroversi, Kok Chi yang tidak pernah dicabar sepanjang memegang peranan tersebut di MOM, dilihat memiliki peluang 50-50 untuk meneruskan tugasnya itu.

Begitupun, bekas atlet polo air negara itu masih mendapat kepercayaan Presiden MOM, Tunku Imran Tuanku Ja'afar bagi meneruskan tugasnya itu yang melibatkan pengurusan atlet dan 35 persatuan sukan di negara ini.

"Bagi saya Kok Chi telah berjaya menjalankan tugasnya sebagai Setiausaha Kehormat dengan baik selama ini.

"Saya tiada masalah jika ada orang mahu mencabarnya kerana kami mengamalkan sistem demokrasi. Terpulang kepada setiap perwakilan untuk memilih individu yang difikirkan sesuai," jelas Tunku Imran yang akan mengekalkan jawatannya sebagai Presiden MOM.

Bagi T. Kumar pula, beliau bersedia mencabar Kok Chi bukan kerana mahu memporak-perandakan MOM, sebaliknya mahu memastikan MOM terus relevan dalam misi dan visinya menguruskan persatuan sukan tanahair.

"Terpulang kepada 105 perwakilan untuk menentukannya kerana keputusan di tangan mereka.

"Namun, apa jua yang berlaku, saya harap kami semua dapat kembali bersatu dan meneruskan kerjasama dengan baik seperti sebelum ini," jelas Kumar yang menerima pencalonan daripada Persatuan Karate Malaysia dan Persatuan Bola Jaring Malaysia.

Bagi jawatan lima Naib Presiden, empat muka baharu - Tan Sri Abdul Halil Abd. Mutalif, Datuk Mumtaz Begum Abdul Jaafar, Andrew Bryan Perera dan Datuk Tang See Hang bakal mencabar empat penyandang kerusi berkenaan iaitu Datuk Low Beng Choo, Datuk Dr. Zakaria Ahmad, Datuk Roy Rajasingham dan Datuk Danyal Balagopal Abdullah.

Satu lagi kerusi yang menjanjikan persaingan satu lawan satu ialah jawatan Bendahari Kehormat apabila penyandangnya, Yong Choo Kong akan dicabar Ling Eng Chan.

Proses bagi pemilihan ini akan diketuai oleh tiga ahli panel bebas iaitu bekas Naib Presiden MOM, Datuk Norminshah Sabirin, Pengarah Eksekutif SportExcel, C. Sivanandan dan Ong Leng Kok.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat