{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Varia

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Varia


Kari kepala ikan Pak Lah

Posted:

Kari kepala ikan Pak Lah

Kari kepala ikan Pak Lah

Oleh NASRI JAMALUDIN

SEBANYAK 50 jenis makanan disediakan di Pak Lah Cafe bagi memenuhi permintaan pelanggan yang ramai terutama para pelajar dan kakitangan UTM.


KARI kepala ikan memang enak lebih-lebih lagi jika dimasak dengan ikan segar. Lazimnya, jika bercerita dengan rakan-rakan tentang keenakan menikmati hidangan itu di sesebuah restoran tertentu, mereka juga berkeinginan untuk menikmati hidangan tersebut.

Bagi mereka yang berkunjung atau melawat anak-anak yang belajar di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor apa kata anda singgah ke Pak Lah Cafe untuk menikmati hidangan kari kepala ikan.

Kafe yang terletak di Scholars Inn U9 Kolej Perdana itu menawarkan hidangan kari kepala ikan yang dijual pada harga antara RM8 hingga RM20 bagi satu hidangan.

Pemilik kafe berkenaan, Abdullah Che Awang atau lebih mesra dengan panggilan Pak Lah, 65, memberitahu, beliau hanya menggunakan ikan segar seperti jenahak, merah, ebek, kaci dan siakap dengan ramuan rempah istimewa. Bahkan, Pak Lah juga tidak menggunakan santan untuk memasak kari.

Menurut beliau, kari kepala ikan di kafenya dimasak dengan sentuhan orang utara dan mamak.

"Saya mula menyediakan hidangan kari kepala ikan ini sejak berniaga di UTM pada tahun 1997. Sambutan daripada para pelanggan sangat menggalakkan," katanya ketika ditemui baru-baru ini. Secara purata, Pak Lah menyediakan 10 kepala ikan setiap hari.

HARGA sepotong kari kepala ikan bergantung kepada saiz dan jenis ikan iaitu antara RM8 hingga RM20.


Tumpuan ramai

Permintaan kari kepala ikan ini biasanya meningkat pada hujung minggu kerana ramai orang luar datang ke UTM.

Bukan sahaja terkenal dengan keenakan kari kepala ikan, pengunjung yang datang ke Pak Lah Kafe juga sering memesan hidangan nasi beriani Johor.

Pak Lah memberitahu, nasi beriani kambing yang dijual di kafenya menggunakan beras Moghul atau Kashmir.

Nasi beriani itu ditawarkan setiap hari pada harga RM6 sepinggan. Dianggarkan sebanyak 10 hingga 15 kilogram beras digunakan setiap hari khas untuk menyediakan permintaan nasi beriani.

Pak Lah Cafe menghidangkan sebanyak 50 jenis lauk setiap hari merangkumi hidangan tempatan, Barat dan Asia Barat. Kafe tersebut bukan sahaja menjadi tumpuan para pelajar UTM dan penduduk tempatan malah para tetamu yang menginap di Scholars Inn. Scholars Inn merupakan sebuah hotel butik yang diusahakan oleh UTM.

Dakwah santai di Downtown Cheras

Posted:

Dakwah santai di Downtown Cheras

Dakwah santai di Downtown Cheras


ORANG ramai tertarik dengan persembahan Ustaz Mad China (kanan) dan Sham Kamikaze sebagai tetamu jemputan pada Program Santai Selebriti anjuran Pusat Pungutan Zakat Kuala Lumpur di Downtown Cheras baru-baru ini.


PETIKAN gitar Sham Kamikaze yang sering mengiringi persembahan artis-artis terkenal tanah air sebelum ini, mencuri tumpuan para pengunjung Pasar Malam Downtown Cheras, Kuala Lumpur terutamanya dalam kalangan anak muda.

Pemilik nama Shamril Mohd. Salleh itu berdakwah dengan cara tersendiri.

Walaupun hanya mengiringi alunan zikir munajat yang dibawakan oleh Ustaz Mohamad Ibrahim atau lebih dikenali dengan nama Ustaz Mad China, sudah cukup membuatkan pengunjung terpegun dengan bakat yang dikurniakan Allah kepadanya.

Selain beliau, bergandingan pada malam itu ialah bekas pelajar penyanyi Akademi Fantasia Kelima (AF5) terbitan Astro, Heliza Helmi serta penceramah yang meningkat naik, Ustaz Haryanto Rizal.

Selain menghiburkan pengunjung, misi utama mereka ialah mendekati pengunjung secara santai.

Program anjuran Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) bersama Persatuan Pengasih Malaysia itu merupakan percubaan pertama dakwah yang dilakukan di kawasan tumpuan ramai bagi mendekati pelbagai golongan masyarakat termasuk peniaga.

Dakwah secara santai itu antara lain memasukkan elemen hiburan seperti muzik, nasyid dan zikir bersesuaian dengan generasi muda hari ini, kata Pengurus Besar Kewangan PPZ-MAIWP, Azhan Ismail.

Beliau berkata, cara ini mudah dan dekat kepada golongan sasaran terutama belia yang menjadi pengunjung utama dan peniaga.

"Ini percubaan pertama dakwah secara santai yang dibawa oleh PPZ dan Pengasih di kawasan downtown yang melibatkan gabungan selebriti serta penceramah.

"Jika berjaya ia akan diteruskan di kawasan-kawasan Pasar Malam Downtown lain yang terdapat di sekitar Kuala Lumpur," katanya.

Kempen bayar zakat

Membawa bersama selebriti dalam program-program keagamaan antara strategi biasa yang digunakan banyak pihak untuk menarik pengunjung terutama golongan muda. Namun menurut Azhan, pihaknya membuat pemilihan selebriti yang bersesuaian.

"Dengan adanya sokongan dakwah daripada selebriti dan pendakwah tempatan bagi memupuk nilai-nilai murni, lebih ramai lagi dapat memunaikan kewajipan mereka termasuk mengeluarkan zakat," katanya yang menambah bahawa PPZ-MAIWP akan terus mencari idea-idea baharu bagi mempromosi produk zakatnya kepada masyarakat.

PPZ-MAIWP juga kini giat mempromosi kempen pemotongan gaji secara talian dalam tempoh dua bulan iaitu pada bulan Mei dan Jun ini. Mereka boleh menghubungi pusat panggilan PPZ-MAIWP bagi mendapatkan maklumat jenis zakat dan pengiraannya di talian 1-300-88-5757 atau melayari zakat.com.my.

Pernah menganjurkan beberapa program ceramah di Rumah Pengasih sebelum ini, Presiden Pengasih Malaysia, Datuk Mohd. Yunus Pathi berkata, pendekatan tidak mencari kesalahan atau menghukum dalam ceramah-ceramah yang dijalankan PPZ-MAIWP sebelum ini disenangi oleh penghuninya.


ORANG ramai dihiburkan dengan hiburan Islamik sambil membeli-belah.


Sehubungan itu, pihaknya tidak teragak-agak untuk menjalin kerjasama dalam projek pertama dakwah santai di downtown.

"Ia dilihat lebih berkesan terutama kepada pengguna dadah kerana mereka lebih menerima kaedah seperti ini, iaitu ceramah yang santai yang bukan mencari salah sesiapa atau menghukum," katanya.

Secara tidak langsung, pengguna dadah dekat kepada agama dan kembali ke jalan Allah.

Kajian yang dijalankan Universiti Sains Malaysia (USM) mendapati, penagih yang istiqomah seperti tekun mendirikan solat dan mendekatkan diri kepada Allah, tahap pemulihannya lebih mudah berbanding mereka yang tidak mengambil pendekatan itu, ujar beliau.

"Diharapkan usaha PPZ-MAIWP ini akan mencapai matlamatnya, terutama di Downtown Cheras, kerana ramai penghuni Rumah Pengasih terlibat menggerakkan pasar malam downtown selain beberapa pengghuni lain ditugaskan membersihkan surau yang dibina pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk kegunaan pengunjung di sini," katanya.

Tidak pernah berdakwah di kawasan pasar malam downtown sebelum ini, ia memberi pengalaman cukup berbeza kepada Heliza.

Beliau yang sering menerima jemputan majlis formal seperti di masjid, sekolah dan pejabat, gembira diberi peluang bersama-sama menjayakan dakwah santai bagi mendekati golongan sasaran.

Golongan sasaran

"Tiap-tiap hari pengunjung yang datang ke downtown seperti di Cheras ini adalah golongan belia. Jadi sesuai untuk mendekati golongan itu, dakwah santai sebegini mungkin lebih berkesan kepada mereka.

"Ia mengikut peredaran dan kehendak masa kini tanpa mengupas isu yang berat," katanya yang berharap usaha berkenaan akan berterusan.

Bagi Sham Kamikaze pula, kebanyakan manusia pada akhir zaman kini sudah tidak gemar kepada program-program keagamaan yang serius.

"Kami datang kepada golongan sasaran. Ini juga yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW, apabila ada golongan yang tidak tergerak kepada Islam, baginda pergi menyampaikan dakwahnya kepada golongan itu," katanya.

Bentuk dakwah santai lebih diterima kerana pengisiannya bukan untuk menghukum dan mencari salah sesiapa, sebaliknya membawa mesej keindahan Islam dalam bentuk yang lebih luas.

Dalam dakwah ini, kami selitkan elemen hiburan serta muzik dan nyanyian serta zikir yang tidak menyalahi kehendak agama. - Bernama

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat