{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Dalam Negeri


Jerebu: Tiada perubahan jadual penerbangan

Posted: 24 Jun 2013 02:27 AM PDT

KUALA LUMPUR 24 Jun - Jadual penerbangan di semua lapangan terbang kendalian Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) tidak mengalami sebarang perubahan walaupun jerebu teruk melanda ketika ini, kata Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Operasi MAHB, Datuk Azmi Murad.

Katanya, walaupun jerebu melanda negara ini, namun jarak penglihatan ketika ini adalah kira-kira 1,000 meter iaitu masih selamat.

"Jika jarak penglihatan kurang daripada 300 meter, baru Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan mengambil tindakan dengan menutup landasan kapal terbang.

"Setakat ini tidak ada penerbangan yang terjejas dan jadual penerbangan berjalan seperti biasa," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Azmi berkata, pihaknya akan terus memantau keadaan bagi memastikan jadual penerbangan berjalan lancar.

Antara lapangan terbang kendalian MAHB ialah Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu; Lapangan Terbang Antarbangsa Kuching; Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi; Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang; Lapangan Terbang Melaka; Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, Kuantan dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. - BERNAMA

PM tentukan bonus penjawat awam - KSN

Posted: 24 Jun 2013 02:23 AM PDT

PUTRAJAYA 24 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan membuat keputusan berhubung pemberian bonus untuk penjawat awam tahun ini, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata, keputusan itu akan dibuat Najib selaku Menteri Kewangan sempena pembentangan Belanjawan 2014 yang dijadual 25 Oktober ini.

"Saya rasa kerajaan akan membuat keputusan apabila kerajaan buat bajet (pembentangan Belanjawan 2014), PM sendiri akan buat keputusan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. Seramai 1,374 petugas dari 42 Jabatan/Agensi/Bahagian Jabatan Perdana Menteri menerima anugerah itu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) kepada kerajaan supaya bonus melebihi sebulan setengah gaji diberikan kepada kira-kira 1.4 juta penjawat awam.

Semalam, Presiden CuepacsDatuk Omar Osman menyarankan kerajaan agar bonus melebihi sebulan setengah gaji atau sekurang-kurangnya sebulan setengah gaji diberikan kepada kakitangan awam dengan pembayaran setengah bulan gaji dibuat sebelum perayaan Aidilfitri nanti.

Tahun lalu, penjawat awam menerima bonus sebulan setengah gaji dengan pembayaran dibuat sebanyak tiga kali; sebelum perayaan Aidilfitri, bulan Disember dan pada Januari tahun ini.

Terdahulu, dalam ucapannya, Dr Ali yang genap setahun menjalankan tugas sebagai KSN, meminta penjawat awam supaya lebih peka dan mendekati nadi rakyat dengan mengambil langkah proaktif melalui Program Jejak Mesra Perkhidmatan Awam.

"Penjawat awam (menerusi program itu) akan turun untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat dan membawa perkhidmatan kepada mereka.

"Ini adalah satu pendekatan baharu di mana kita tidak boleh menunggu untuk rakyat datang kepada kita dengan masalah mereka tetapi sebaliknya kita mendekati mereka," katanya.

Beliau juga mengalu-alukan maklum balas, pandangan dan cadangan membina daripada seluruh penjawat awam demi mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan awam.

"Kita semua (penjawat awam) perlu senang dihubungi dan didekati. Saya berharap agar sebarang maklum balas yang ingin disampaikan dapat disalurkan melalui saluran yang bersesuaian," katanya. - BERNAMA

Terengganu, Pahang, NS, KL, Putrajaya diwarta larangan bakar

Posted: 24 Jun 2013 02:20 AM PDT

KUALA LUMPUR 24 Jun - Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengisytiharkan seluruh negeri Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Putrajaya sebagai kawasan larangan pembakaran terbuka, berkuat kuasa serta-merta.

Dalam kenyataan di sini hari ini, Ketua Pengarah JAS, Datuk Halimah Hassan berkata larangan itu berkuat kuasa sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Bagaimanapun, katanya, larangan tidak termasuk pembakaran mayat, pembakaran bagi tujuan keagamaan, gril atau barbeku dan pembakaran gas mudah terbakar.

Beliau berkata, larangan itu dibuat seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 29A (2) Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2001.

"Mereka yang disabit kesalahan melakuan pembakaran terbuka boleh dikenakan denda tidak sehingga RM500,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali, katanya dalam kenyataan itu.

Selain itu, Halimah berkata, kompaun maksimum sebanyak RM2,000 juga boleh dikenakan atas setiap kesalahan.

Beliau meminta orang ramai memberi kerjasama dan tidak melakukan pembakaran terbuka atau membiarkan tanah serta premis milik mereka diceroboh pihak tidak bertanggungjawab sehingga berlaku pembakaran terbuka samada ada secara sengaja ataupun tidak.

Halimah juga meminta orang ramai di seluruh negara memberi kerjasama untuk memadamkan kebakaran kecil dan membuat laporan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat serta JAS mengenai sebarang aktiviti pembakaran terbuka.

JAS boleh dihubungi menerusi talian 03-8889 1972 atau 1-800-88-2727 dan Jabatan Bomba dan Penyelamat di talian 03-8888 0336.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan, Abdul Jabar Ahmad meminta masyarakat mengamalkan tujuh langkah bagi menjaga kesihatan semasa jerebu iaitu:

*Gunakan penutup hidung dan mulut sekiranya terpaksa melakukan aktiviti di luar rumah

*Banyak minum air kosong, sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.

*Cuci tangan dan muka selepas melakukan aktiviti di luar.

*Digalakkan untuk mandi dengan kerap.

*Tinggal di dalam rumah dan kurangkan aktiviti di luar rumah.

*Jika memandu, gunakan penghawa dingin dalam kereta.

*Tutup pintu dan tingkap.

- BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat