{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Dalam Negeri


Hujan sehingga malam bantu pulih kualiti udara

Posted: 26 Jun 2013 01:47 AM PDT

KUALA LUMPUR 26 Jun - Ramalan hujan di beberapa negeri di Semenanjung sehingga awal malam ini dijangka akan terus membantu meningkatkan kualiti udara yang terjejas akibat fenomena jerebu.

Jabatan Meteorologi dalam kenyataan hari ini berkata hujan diramal akan berlaku di Johor, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Pahang dan ia dijangka berterusan sehingga awal malam.

"Keadaan angin perlahan yang berlaku semalam telah menggalakkan proses pembentukan awan serta hujan turun di kebanyakan tempat di negeri Johor, Selangor dan Perak.

"Keadaan angin yang sama juga diperhatikan berlaku hari ini serta cuaca sama dijangka berterusan sehingga Jumaat (28 Jun)," menurut kenyataan itu.

Hujan juga dijangka berlaku Jumaat ini di kawasan pantai Pulau Pinang, Kedah dan Perak pada sebelah pagi.

Pada Jumaat petang, hujan dijangka berlaku di kawasan pedalaman pantai barat Semenanjung terutamanya di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Pahang; Bahagian Bintulu, Miri dan Limbang di Sarawak.

Sementara di Sabah hujan dijangka melanda Bahagian Pantai Barat, kawasan pedalaman dan Sandakan.

Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kebanyakan kawasan seluruh negara terus mencatatkan penurunan setakat 3 petang.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) hanya terdapat empat kawasan mencatat IPU di paras tidak sihat berbanding 13 pukul 7 pagi dan sembilan pada pukul 11 pagi. - UTUSAN ONLINE

Belasungkawa: Perginya seorang doktor rakyat

Posted: 26 Jun 2013 01:19 AM PDT

Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB

GAMBAR fail, Dr. A. Rahman Mokhtar (tiga dari kiri) bergambar bersama Menteri Besar dan barisan Exco Kerajaan Negeri Terengganu selepas Istiadat Perisytiharan Pelantikan Menteri Besar dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu di Istana Maziah, Kuala Terengganu 11 Mei lalu. - UTUSAN

KUALA TERENGGANU - Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dr. A Rahman Mokhtar,54, yang meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini pagi ini merupakan anak Pulau Perhentian yang pertama menjadi doktor.

Allahyarham menjadi kebanggaan penduduk pulau masyarakat nelayan itu apatah lagi beliau kembali bersama untuk mereka sebagai pegawai perubatan dan kemudiannya sebagai seorang wakil rakyat yang mengenepikan sentimen politik dalam urusan khidmatnya.

Dikenang sebagai anak nelayan dan seorang pemimpin yang perwatakan cukup sederhana,senang disapa dan didekati, mudah pula menyulam senyuman dalam bicara dan dianggap sebagai ahli politik yang lurus, disenangi rakan dan lawan.

Sebelum dipilih menjadi calon, Allahyarham membuka sebuah klinik di Kuala Besut yang menjadi pintu masuk dan pintu keluar bagi penduduk pulau itu ke tanah besar dalam urusan harian mereka.

Bagi kalangan penduduk setempat beliau dianggap sebagai doktor yang baik hati dan hanya mengenakan caj paling minimum kerana menyedari kepayahan hidup

mereka.

Khidmatnya menjadi bualan ramai dan beliau mulai disorot untuk memberi khidmat lebih besar dan dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kuala Besut dalam Pilihan Raya Umum 2008.

Beliau menang dengan majoriti 2,631 dan seterusnya dilantik sebagai sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri dan melalui peranannya, kemudahan kesihatan dan kebajikan untuk anak negeri jauh mengatasi negeri-negeri lain, malah dicemburui.

BALU Allahyarham, Azizah N.Omar (kanan) menerima ucapan takziah daripada ahli keluarga dan rakan-rakan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu hari ini - UTUSAN

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Muhamad Omar yang juga rakannya sejak remaja memberitahu, Allahyarham tidak berwatak sebagai seorang ahli politik tetapi seorang yang bekerja untuk meningkatkan kesihatan rakyat.

Allahyarham pernah berkata cukuplah sepenggal baginya (sebagai orang politik) tetapi beliau tetap dipilih semula pada Pilihan Raya Umum Ke-13 baru lalu dan telah menang dengan majoriti 2,434, paling tinggi dalam parlimen Besut.

Allahyarham yang juga Setiausaha UMNO bahagian Besut kemudian dilantik semula sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri dengan tambahan tugas setelah kerajaan di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dibentuk semula bulan lalu.

"Walaupun ketika Allahyarham menghadapi masalah kesihatan yang cukup serius, beliau difahamkan masih cuba menyembunyikan dan berusaha mengagahkan diri untuk menemui rakyat dalam majlis kesyukuran keputusan pilihan raya Khamis lalu.

"Dalam keadaan yang cukup kritikal ketika itu, beliau berkeras memilih untuk menerima rawatan di Hospital Besut pada awal pagi dengan harapan dapat mencelah seketika pada majlis yang dijadualkan berlangsung pada tengah hari itu.

"Allahyarham meminta beliau diberi peluang terakhir bertemu rakyat namun Allahyarham tidak berkesempatan dan terus dikejarkan ke HSNZ,'' ujarnya.

Allahyarham dikatakan merahsiakan masalah kesihatannya sejak sekian lama dan hanya diketahui oleh beberapa orang anggota keluarga dan sabahat terdekat.

Beliau meninggalkan seorang balu, Azizah M. Omar,53, serta empat anak iaitu tiga perempuan dan seorang lelaki di samping pengundi yang memilihnya.

Ketika ramai yang mula memperkatakan soal pilihan raya kecil dalam saat kesedihan anggota keluarga, sahabat handai yang merasai kehilangan, marilah kita mengenang kebaikannya dan Alfatihah untuk Allahyarham. - UTUSAN ONLINE

Waspada ancaman malaria, kepialu di Kelantan

Posted: 26 Jun 2013 01:06 AM PDT

Oleh TOREK SULONG

PASIR PUTEH 26 Jun - Penduduk di kawasan pedalaman dinasihatkan supaya berwaspada berikutan penularan beberapa wabak penyakit yang boleh membawa maut terutama malaria dan kepialu yang mula dikesan di negeri ini.

Setiausaha Majis Keselamatan Negara (MKN) Kelantan, Rosle Mamat berkata, setakat ini sebanyak 137 kes dikesan dengan membabitkan mangsa di tiga jajahan iaitu Jeli, Gua Musang dan beberapa kes terpencil di Pasir Mas.

Beliau berkata, wabak penyakit berjangkit ini mula dikesan pihak berkuasa khususnya Jabatan Kesihatan sejak awal Jun lalu di mana langkah drastik untuk membendung dan menanganinya dari terus merebak sudah dilaksanakan.

"Bagaimanapun sehingga kini tiada kematian disebabkan penyakit berkenaan. Ini kerana kejayaan pengesanan awal dan rawatan berterusan dilakukan kepada mangsa terbabit.

"Kita perlu berwaspada kerana kedua-dua penyakit ini ada menunjukkan angka peningkatan yang memerlukan tindakan bersepadu pelbagai agensi kerajaan berkaitan," katanya.

Beliau ditemui selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Ihsan Bantuan Bencana Banjir Fasa 3, di Dewan Seri Gemilang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jawa, Selising, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat