{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


JOHOR BAHRU 25 Jun - Penuntut baharu Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) diminta supaya meninggalkan nostalgia peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sebaliknya menumpukan sepenuh perhatian dan usaha menghadapi sesi pengajian yang lebih mencabar di institusi pengajian tinggi (IPT).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor (KPYPJ), Abdul 'Alim Shukor berkata, alam persekolahan yang mereka lalui dahulu amat berbeza dengan corak pembelajaran di IPT apabila mereka perlu bersaing untuk mendapat keputusan cemerlang pada setiap semester.

Beliau berkata, setiap penuntut baharu tanpa mengira latar belakang sejarah pendidikan mereka akan menerima ilmu yang sama rata daripada pensyarah masing-masing.

"Setiap penuntut baharu perlu berusaha gigih dan terus memandang ke hadapan tanpa mengambil kira faktor gred dan kelulusan yang dicapai semasa SPM. Siapa yang berusaha untuk berjaya akan nampak jalan kecemerlangan mereka," katanya semasa menutup Minggu Wawasan Siswa, di sini baru-baru ini.

Program yang dikhaskan bagi penuntut baharu KYPJ yang diadakan di Sekolah Pengurusan Sains Sosial (SPSS), Kampung Ungku Mohsin itu disertai kira-kira 350 penuntut daripada pelbagai jurusan dan kolej KPYPJ.

Pada majlis tersebut, Abdul 'Alim turut menyampaikan anugerah kepada penuntut cemerlang beberapa kolej KYPJ yang mendapat keputusan terbaik pada sesi pengajian 2012/2013.

Selama lima hari, penuntut baharu KYPJ yang mengikuti Minggu Wawasan Siswa didedahkan dengan pelbagai aktiviti seperti latihan dalam kumpulan, riadah, taklimat akademik, program pembinaan jati diri dan muhasabah diri.

Dalam pada itu, Abdul 'Alim berkata, peluang melanjutkan pengajian di kolej KYPJ merupakan peluang kedua bagi membuktikan keupayaan masing-masing setanding dengan rakan mereka di universiti atau IPT yang lain.

"Saya mahu penuntut baharu KYPJ berusaha bersungguh-sungguh bagi mendapat keputusan cemerlang atau Purata Nilai Gred (PNG) 4.00 pada semester akan datang," katanya.

Komersialkan produk inovasi

Posted: 25 Jun 2013 12:10 PM PDT

Oleh HANIZA HASSAN
editor.johor@utusan.com.my

MARY Yap Kain Ching menerima cenderamata daripada Mohlis Jaafar selepas merasmikan Pameran Anugerah Raja Zarith Sofiah di Johor Bahru, baru-baru ini. - UTUSAN/AMIN FARIJ HASAN

JOHOR BAHRU 25 Jun - Institusi pengajian tinggi (IPT) digalakkan meningkatkan usaha mengkomersialkan produk inovasi dan membentuk rangkaian rakan kongsi bestari dengan agensi antarabangsa yang menyediakan dana penyelidikan, pembangunan dan inovasi.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching berkata, kolaborasi seperti itu dilihat sebagai salah satu landasan terbaik mendedahkan para penuntut tentang dunia kerjaya sebenar selain membuka minda mereka untuk menghasilkan idea dan inovasi yang boleh dikomersialkan.

Menurutnya, para penuntut juga perlu terlebih dahulu memupuk kreativiti dan meningkatkan profesionalisme serta daya saing untuk menjadi modal insan yang mempunyai nilai tambah dalam bidang inovasi dan industri kreatif.

"Pembangunan modal insan yang berdaya saing dan mempunyai daya keusahawanan yang tinggi amat diperlukan dalam meningkatkan kebolehpasaran, sekali gus negara berpotensi menjana ekonomi berpendapatan tinggi serta memartabatkan budaya bangsa.

"Apabila Malaysia membuat keputusan untuk mentransformasikan pembangunan ekonomi negara bertunjangkan inovasi dan kreativiti, maka kementerian akan memastikan IPT berupaya menjadi pemain utama serta menjadi hab kepada inovasi negara," katanya selepas merasmikan Pameran Anugerah Raja Zarith Sofiah, di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir Ketua Pengarah Pengajian Politeknik, Datuk Mohlis Jaafar; Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Pengajian Politeknik, Kamaruddin Hamzah dan Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Azizi Lin.

Anugerah Raja Zarith Sofiah yang diwujudkan oleh PIS dan Pusat Keusahawanan Politeknik Malaysia (MPEC) dengan kerjasama beberapa pihak bertujuan mengiktiraf sumbangan golongan belia yang mempamerkan bakat, kreativiti dan inovasi terutamanya dalam industri kreatif.

Sebanyak empat kategori dipertandingkan iaitu Reka Bentuk Produk Kraf, Reka Bentuk Fesyen dan Aksesori, Reka Bentuk Pembungkusan dan Reka Bentuk Produk dengan penyertaan di peringkat akhir adalah sebanyak 65 karya.

Tiga anugerah utama untuk mengiktiraf rekaan terbaik iaitu Anugerah Pereka Raja Zarith Sofiah, Anugerah Potensi Raja Zarith Sofiah dan Anugerah Khas Raja Zarith Sofiah dengan kesemua penerima membawa pulang hadiah wang masing-masing RM12,000, RM10,000 dan RM3,000.

Dalam pada itu, Mary turut menyeru semua IPT dan penuntut yang mempunyai inovasi karya kreatif atau produk supaya mempatenkan hasil kerja mereka bagi membolehkan hasil tersebut diiktiraf dan dihargai oleh pihak lain selain mengelakkan produk tersebut terbuang menjadi sia-sia.

"Masyarakat perlu diberi pendedahan tentang kepentingan membudayakan harta intelek yang meliputi kesedaran mempaten dan menghayati budaya menghormati harta intelek yang masih belum diterap sepenuhnya di negara ini," katanya.

Lima sekeluarga terselamat

Posted: 25 Jun 2013 12:10 PM PDT

Oleh MUHAMMAD ZIKRI
utusanjohor@utusan.com.my

ROHAIZAT bersama cucunya melihat rumahnya yang hangus dalam kebakaran di Kampung Seri Dungun, Pontian Besar, Pontian, awal pagi semalam.

PONTIAN 25 Jun - Lima sekeluarga nyaris rentung selepas rumah mereka di Kampung Seri Dungun, Pontian Besar dekat sini musnah dalam kebakaran awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 pagi itu, bekalan elektrik yang terputus secara tiba-tiba telah mengejutkan mereka yang sedang tidur di ruang tamu.

Mangsa, Rohaizat Sapay, 46, tersedar sebaik sahaja bekalan elektrik terputus dan segera mengejutkan suaminya, Uyob Ali, 57, serta tiga lagi ahli keluarganya.

Sebaik sahaja keluar dari rumah, Rohaizat terkejut melihat api marak dari kotak suis elektrik yang terletak di luar rumah dan mula memusnahkan rumah kayu yang didiami mereka lebih 20 tahun lalu.

Ketika kejadian, dia berada bersama suami dan dua cucu, masing-masing seorang lelaki dan perempuan berusia dua dan empat tahun serta seorang ahli keluarga kurang upaya (OKU), Mohd. Hamdan Abdullah, 24.

Lebih malang, mereka gagal menyelamatkan barangan berharga termasuk kad pengenalan OKU Mohd. Hamdan yang baru diperoleh tiga hari lalu.

Rohaizat berkata, tindakan pantas penduduk yang membantu berjaya berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah abangnya, Mohd. Salleh Ali, 65, yang terletak bersebelahan.

Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba Pontian Jalan Al Sagoff, Pegawai Bomba Kanan 1 Ayob Kamisan ketika dihubungi memberitahu, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada pukul 5.06 pagi.

Dua jentera dari Balai Jalan Al Sagoff dan sebuah dari Balai Baru bersama 17 anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

"Sebaik sahaja pihak bomba tiba, api sudah membakar keseluruhan rumah tersebut. Punca dan jumlah kerugian masih disiasat," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Kampung Kawasan (3) Mukim Pontian, Md. Ariff Yakob berkata, tindakan pantas penduduk yang membantu memadam kebakaran berjaya mengelak kebakaran merebak ke rumah penduduk lain.

"Keadaan rumah yang terletak terlalu hampir antara satu sama lain dan dibina daripada kayu boleh memungkinkan kejadian lebih besar sekiranya gagal dikawal dari awal," katanya.

Lupakan nostalgia SPM, fokus pada pengajian di IPT

Posted: 25 Jun 2013 12:10 PM PDT

ABDUL 'Alim Shukor (dua dari kiri) menyampaikan sijil pelajar cemerlang Kolej Yayasan Pelajaran Johor di Sekolah Pengurusan Sains Sosial, Kampung Engku Mohsin, Johor Bahru, baru-baru ini.

ABDUL 'Alim Shukor (dua dari kiri) menyampaikan sijil pelajar cemerlang Kolej Yayasan Pelajaran Johor di Sekolah Pengurusan Sains Sosial, Kampung Engku Mohsin, Johor Bahru, baru-baru ini.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat