Utusan Online - Rencana
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Rencana |
Posted: 16 Jun 2013 10:06 AM PDT Ranjit Singh Dhillon Tindakan biadap beberapa pengendali laman sosial seperti Facebook dan blog yang menghina Islam dan raja-raja Melayu ternyata amat keterlaluan. Pengerusi Kerusi Undang-undang Jenayah, Jawatankuasa Peguam Negeri Pulau Pinang, Ranjit Singh Dhillon berkata, hukuman berat terhadap mereka yang mencabar Perlembagaan Persekutuan itu perlu dikenakan sebagai pengajaran supaya tiada lagi pihak yang menyalah guna kemudahan Internet pada masa depan. Baginya, kelewatan mendakwa mereka hanya akan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap jentera keadilan di negara ini. Kepada wartawan Utusan Malaysia, ZABRY MOHAMAD MADZLAN dan jurugambar, ISMAIL KAMADIN di Pulau Pinang, Ranjit berpendapat, pendakwaan perlu disegerakan memandangkan peruntukan undang-undang sedia ada sudah mencukupi terutama Seksyen 114A Akta Keterangan 1950. UTUSAN: Apa pendapat anda mengenai perbuatan tidak bertanggungjawab dalam Internet seperti menghina Yang di-Pertuan Agong dan Nabi Muhammad SAW sejak kebelakangan ini? RANJIT: Apa yang saya perkatakan ini mungkin tidak akan disenangi oleh kaki Internet yang sering mendabik dada kononnya menjuarai hak kebebasan bersuara. Namun, setiap kebebasan mestilah ada hadnya. Jika tidak, boleh berlaku anarki di mana masyarakat boleh membuat apa sahaja yang mereka suka mengikut nadi serta cita rasa sendiri. Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mengenakan lesen portal tetapi berhasrat mewujudkan kawalan kendiri media sosial, bertujuan mengelak wujud kumpulan penulis tidak bernama dalam kalangan pengamal media sosial. Sebenarnya golongan ini tidak berani berdepan untuk mendedahkan identiti mereka kerana takut dikenakan tindakan undang-undang. Adakah peruntukan undang-undang yang sedia ada memadai untuk situasi sebegini? Sememangnya undang-undang sedia ada mencukupi. Bagaimanapun, apa yang mengecewakan adalah tiada pelaksanaan segera dan tegas, seolah-olah masih teragak-agak serta memilih bulu. Tindakan awal memanggil mereka yang terlibat ke balai polis untuk penyiasatan seterusnya memberi amaran keras jelas tidak berkesan. Mereka ini tidak lagi takut dengan layanan sedemikian kerana tiada pertuduhan akan dikemukakan di mahkamah. Oleh itu, di balai polis mereka mengaku insaf, memohon maaf dan mungkin menitiskan air mata, namun sebaik-baik keluar dari situ mereka menggiatkan lagi serangan dalam Internet. Sepatutnya sudah boleh diambil tindakan tegas kerana serangan mereka jelas terarah kepada agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu yang terjamin di bawah Perlembagaan Persekutuan. Apakah peruntukan undang-undang yang boleh digunakan untuk kes-kes sebegini? Antaranya Seksyen 4 (1) Akta Hasutan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta beberapa seksyen di bawah Kanun Keseksaan termasuk yang paling serius, Seksyen 121 Perbuatan memerangi Raja-Raja Melayu yang jika sabit kesalahan, hukumannya gantung sampai mati. Jika sudah ada peruntukan undang-undang, kenapa kerajaan seolah-olah melengah-lengahkan dakwaan terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab ini? Adakah terdapat kesukaran dalam proses ini? Perkataan-perkataan yang berbentuk penghinaan sebenarnya sudah mencukupi untuk membuat pertuduhan. Sabitan pula adalah di tangan mahkamah selepas mendengar segala keterangan termasuk penjelasan daripada orang kena tuduh (OKT). Terdapat dua eleman dalam setiap kesalahan, iaitu perbuatan yang salah (actus reus) dan niat yang salah (mens rea). Perbuatan yang salah (actus reus) senang dibuktikan, adakah ini benar? Perbuatan yang salah adalah lebih senang dibuktikan dengan penggunaan pindaan Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 yang baharu di mana nama, gambar, nama samaran, pendaftaran kawalan komputer boleh dianggap sudah melakukannya kecuali OKT dapat membuktikan sebaliknya (tidak berbuat demikian). Bagaimana pula dengan niat (mens rea)? Niat adalah sesuatu syarat tersirat tetapi kita boleh melihat contoh yang terdapat huraian mengenainya seperti dalam kes Mahkamah Rayuan, Pendakwa Raya lawan Karpal Singh. Bagi kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta 15, selepas membuktikan bahawa OKT telah menyebut perkataan-perkataan yang didakwa menghasut, bagi elemen kedua - sama ada perkataan-perkataan tersebut menghasut, pihak pendakwaan hanya perlu membuktikan bahawa perkataan-perkataan tersebut mempunyai kecenderungan menghasut di bawah mana-mana satu atau lebih dari enam perenggan di bawah Seksyen 3(1) Akta 15." Oleh itu, jika undang-undang sudah mencukupi, kenapa pihak berkuasa seolah-olah berlengah mendakwa mereka? Mungkin proses pengumpulan bukti atau mungkin untuk mendirikan suatu water tight case melambatkan proses berkenaan. Namun, intipati-intipati tuduhan sudah jelas tertera dan sepatutnya boleh dikemukakan dakwaan segera. Tindakan melambatkan proses ini boleh memaparkan imej yang kurang meyakinkan dalam kalangan orang awam terhadap Jabatan Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Bagaimana pula pandangan anda mengenai kritikan lantang Majlis Peguam terhadap pertuduhan ke atas pemimpin dan aktivis propembangkang seperti Tian Chua, Adam Adli Abdul Halim serta pemansuhan Akta Hasutan 1948? Majlis Peguam kononnya mahu menjadi juara hak asasi manusia antarabangsa tetapi harus diingat bahawa penduduk di negara ini terdiri daripada masyarakat majmuk yang berlainan bangsa dan agama. Tiada tumpuan dan pandangan langsung diberikan dalam aspek ini, mereka hanya mengikut pandangan dari Barat. Kini sudah wujud keadaan tegang di antara kaum-kaum berbeza tetapi pemimpin serta aktivis propembangkang ini terus mengeluarkan kenyataan provokatif tanpa batasan. Bagaimanapun, Majlis Peguam sebagai sebuah badan profesional guaman tidak bertindak untuk menghalang keadaan seumpama ini daripada berterusan. Kritikan tanpa kompromi nampaknya dilakukan terhadap satu pihak (kerajaan) sahaja. Akta Hasutan belum dimansuhkan dan tiada tarikh pemansuhan ditetapkan. Ini adalah undang-undang, apatah lagi toleransi kaum serta sikap kesederhanaan semakin berkurangan dan hampir pupus daripada generasi sekarang. Jadi, sepatutnya Majlis Peguam mendidik rakyat mengenai peruntukan ini dan syarat-syaratnya. Paling penting perlu diberi penerangan kepada rakyat, akibat perlanggaran undang-undang ini, seseorang boleh dikenakan hukuman penjara. |
Kiasu Cina sengaja main sentimen rasis Posted: 16 Jun 2013 10:06 AM PDT Oleh MOHD. HASRIQ AMIRUDDIN Sekumpulan pelajar Cina Malaysia di Taiwan yang memakai baju hitam, memegang Jalur Gemilang dalam keadaan terbalik, pada 6 Mei lalu. Tindakan itu rasis atau bukan? KEBANYAKAN negara Eropah dan Amerika Syarikat (AS), mana-mana individu atau pihak yang cuba mengkritik, menegur apatah lagi mengecam bangsa Yahudi, mereka akan dicop sebagai anti-Semitik (anti-Yahudi). Sentimen anti-Semitik sebenarnya adalah propaganda Yahudi untuk melindungi kepentingan mereka yang berselindung di sebalik kuasa-kuasa besar dunia seperti AS dan beberapa negara Eropah lain. Selain itu, bangsa Yahudi menjadikan sentimen tersebut sebagai cara mereka menyembunyikan kegiatan keji mereka seperti penipuan, memonopoli perniagaan, penindasan dan penjajahan. Dengan kekuatan ekonomi yang dimonopoli kaum Yahudi di benua Eropah dan Amerika, pengaruh bangsa tersebut dalam politik bukanlah satu rahsia lagi, dengan sokongan yang tidak berbelah-bahagi ditunjukkan oleh Barat dan AS kepada rejim Zionis, sudah cukup membuktikan mereka mudah 'membeli' kuasa untuk melaksanakan apa jua agenda atau menjaga kepentingan mereka. Sebagai contoh, dalam isu di Asia Barat, sokongan Washington yang tidak berbelah-bahagi kepada Israel berterusan sehingga hari ini, meskipun rejim Zionis itu jelas melakukan penindasan terhadap penduduk Palestin secara terang-terangan. Mana-mana pemimpin negara lain yang cuba membela nasib Palestin dan mengutuk tindakan Israel pula, akan dilabel sebagai anti-Semitik seperti nasib Tun Dr. Mahathir Mohamad yang terkenal dengan kelantangan beliau membela nasib Palestin dan Islam di Asia Barat. Presiden Iran, Mahmoud Ahmedinejad turut dicop sebagai anti-Semitik kerana pernah mengkritik Israel pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) apabila mendakwa peristiwa Holocaust adalah propaganda Barat dan penipuan Yahudi, semata-mata. Kini, penyakit itu telah merebak ke Malaysia apabila orang Melayu pula berdepan situasi anti-Semitik versi baharu dikenali sebagai sentimen rasis yang disebarkan secara halus dan terancang oleh golongan keturunan Cina cauvinis yang berfikiran ekstrem dan tamakkan kuasa. Di Malaysia, jika seorang bangsa Melayu 'mencuit' kepentingan orang Cina atau India, mereka akan dicop sebagai rasis (perkauman). Jika tidak, masakan sebuah akhbar Melayu, dicop sebagai rasis apabila mengeluarkan tajuk 'Apa lagi Cina mahu' selepas tamatnya Pilihan Raya Umum Ke-13 pada bulan lalu. Lebih aneh, jika orang Melayu mempertahankan hak-hak mereka akan dicop sebagai rasis oleh golongan kiasu Cina ini. Tun Mahathir bukan sahaja jadi mangsa Yahudi dicop sebagai anti-Semitik tetapi juga di Malaysia, apabila beliau dilabel sebagai rasis oleh kiasu Cina, hanya kerana kelantangan beliau mengkritik parti pembangkang DAP dan segelintir kiasu Cina. Presiden UMNO ketika menjadi Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein juga pernah dilabel sebagai rasis, semata-mata kerana tindakannya mencium keris pada Perhimpunan Agung UMNO beberapa tahun lalu. Tetapi apabila golongan cauvinis Cina di Malaysia mempertikaikan hak orang Melayu dan Bumiputera tidak pula dianggap rasis. Sebenarnya, tindakan golongan kiasu Cina di Malaysia ini menyebarkan fahaman rasis di Malaysia adalah semata-mata untuk memastikan agenda mereka untuk berkuasa berjaya. Tindakan mereka itu kini semakin berleluasa dengan kehadiran Red Bean Army. Red Bean Army yang dibiayai DAP dan beberapa pihak tertentu di Taiwan sengaja menyebarkan fahaman rasis dan mendakwa orang Melayu sebagai rasis semata-mata untuk menghalang orang Melayu mempertahankan hak mereka. Gerakan Red Bean Army ini telah berjalan sejak sekian lama dan semakin giat sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12). Modus operandi Red Bean Army adalah bertujuan mewujudkan gerakan propaganda rasis bagi menakut-nakutkan orang Melayu untuk bercakap tentang orang Melayu atau mempertahankan hak mereka, termasuklah soal agama Islam. Tidak hairanlah DAP lantang mengecam pertubuhan Melayu seperti Perkasa dan Pekida, apabila mereka secara konsisten menuduh pertubuhan-pertubuhan Melayu itu sebagai rasis, tetapi bersikap double standard apabila tidak mengecam Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zhong) yang kuat kiasu Cinanya. Red Bean Army dan DAP juga membisu apabila anggota Parlimen Seputeh, Teressa Kok mempertikaikan kepentingan bahasa Jawi pada papan tanda di jalan-jalan. Tindakan mereka tidak ubah seperti kaum Yahudi dan Zionis serta orang Eropah atau Amerika yang pro-Yahudi yang mengecam sesiapa sahaja yang mengkritik Yahudi sebagai anti-Semitik sedangkan bangsa Yahudi hanyalah kelompok kecil di dunia. Di Malaysia, orang Melayu tidak perlu takut dicop rasis untuk memperkatakan hak mereka kerana hak orang Melayu dipertahankan oleh Perlembagaan. Malah orang Melayu perlu berani untuk menyuarakan hak mereka demi kepentingan bangsa sendiri, bukannya mengamalkan fikiran liberal sehingga sanggup menikam bangsa sendiri. Selain itu, golongan cauvinis Cina juga perlu menilai semula tindakan mereka, sengaja memainkan sentimen perkauman melampau dengan mempersoalkan hak orang Melayu, raja-raja Melayu dan agama Islam semata-mata untuk menakut-nakutkan orang Melayu supaya tidak lagi bercakap mengenai bangsa Melayu dan Islam. Jika dibiarkan berterusan, tidak mustahil sikap segolongan kiasu ini boleh menyebabkan majoriti penduduk Cina lain digelar sebagai anti-Melayu dan pastinya keadaan tersebut boleh memburukkan lagi keadaan, sekali gus menggugat keamanan Malaysia yang telah dipertahankan sejak sekian lama. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Rencana To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |