{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


59 pelajar UniSZA didedahkan teknik fotografi di Pulau Redang

Posted: 12 Jun 2013 11:19 AM PDT

Pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang mengikuti kursus kokurikulum fotografi di Pulau Redang, Setiu, Terengganu, baru-baru ini. - UTUSAN/ Nik Jasnie Che Jaafar .

SETIU 12 Jun - Keupayaan melihat sesuatu subjek dari sudut berbeza dalam setiap gambar bukan sahaja mampu menjadikan sesuatu rakaman kenangan lebih menarik, lebih bermakna dan mendalam.

Menatapnya sudah cukup untuk menceritakan apa yang terakam dan keupayaan ini boleh menjadi suatu kelebihan kepada seseorang jurufoto kenangan malah mencorak identiti dalam setiap hasil karya mereka.

Justeru, peminat fotografi perlu menguasai sepenuhnya teknik fotografi melalui pendedahan dan latihan berterusan sebagaimana yang dilakukan oleh Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Melalui Pusat Pembangunan Holistik Pelajar baru-baru ini, kursus kokurikulum fotografi diadakan di Pulau Redang, bertemakan Alam Semula Jadi Melalui Lensa dengan penyertaan 59 pelajar Ijazah Semester II 2012/2013.

Aktiviti berlangsung selama tiga hari empat malam itu turut menjadi salah satu medium berkesan bagi melahirkan komuniti yang lebih menghargai keindahan dan kekayaan alam.

Program selama tiga hari yang julung kali diadakan ini terarah kepada penghargaan kepada keindahan dan kekayaan alam, sebagai inspirasi utama kepada perjalanan kehidupan.

Dalam program itu, peserta didedahkan dengan pelbagai teknik fotografi luar, dasar laut dan pandangan malam dengan bimbingan daripada mentor program, Prof. Dr. Kamaruddin Mohd. Said yang memiliki pengalaman hampir 30 tahun dalam dunia fotografi.

Selain itu, peserta turut berpeluang bekerjasama dengan pensyarah Kokurikulum Fotografi UniSZA, Nuruddahri Alias dan Kaswadi Yusoff sepanjang program berlangsung dalam mendapatkan hasil yang terbaik.

Program dirasmikan oleh Naib Canselor UniSZA, Prof. Dr. Yahya Ibrahim yang turut dihadiri oleh Ahli Lembaga Pengarah UniSZA, Abdul Hadi Omar dan Pemangku Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Prof. Madya Dr. Nik Wan Omar.

Yahya dalam ucapannya berkata, aktiviti berkenaan selari dengan kehendak negara untuk melahirkan pelajar yang lasak, berfikiran terbuka, bersikap kritis dan kreatif seterusnya berupaya menjadi pelapis masa depan yang berkualiti.

Beliau berkata, selain mengasah bakat dalam bidang fotografi, kemahiran dalam bidang itu juga boleh dijadikan nilai tambah dalam kerjaya mereka kelak.

"Permintaan terhadap jurugambar untuk merakam setiap waktu dalam kehidupan juga semakin bertambah sehingga ada individu ketika ini menjadikan bidang tersebut sebagai sumber pencarian utama, selain mencipta nama di peringkat antarabangsa," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menggalakkan pelajar yang berminat mendalami bidang fotografi agar tidak berputus asa untuk berbuat demikian dan sentiasa memperbaiki teknik melalui latihan yang berterusan.

Menggunakan bidang fotografi perkahwinan sebagai contoh, katanya, teknik yang baik dan kemahiran pemasaran berkesan adalah penting sekiranya pelajar mahu menjadikan bidang itu sebagai kerjaya mereka kelak.

Rawatan ketidakseimbangan badan

Posted: 12 Jun 2013 11:19 AM PDT

Oleh ASMA HANIM MAHMOOD
utusankelantan@utusan.com.my

Omar Osman (kiri) bersama Zuraida Zainun (tengah) ketika menghadiri sidang akhbar di Kampus Kesihatan USM, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini.

KOTA BHARU 12 Jun - Universiti Sains Malaysia (USM) akan membuka sebuah pusat merawat ketidakseimbangan badan yang merupakan faktor utama masalah kepeningan yang dialami kira-kira satu perlima daripada penduduk negara ini.

Naib Canselor USM, Prof. Datuk Omar Osman berkata, pusat yang akan beroperasi di Kampus Kesihatan USM di Kubang Kerian tersebut menawarkan terapi pemulihan dan rawatan tanpa pembedahan hasil inovasi penyelidik USM dan ia dijangka beroperasi mulai awal tahun depan.

Beliau berkata, universiti itu berjaya mendapatkan kerjasama dengan satu pihak luar yang sudi menjadi rakan kongsi membangunkan pusat berkenaan demi faedah masyarakat umum.

"Kita juga membuka peluang kepada rakan dari universiti lain untuk bekerjasama membangunkan pusat ini dan sama-sama menambah baik protokol yang digunakan untuk merawat masalah ketidakseimbangan badan yang mengakibatkan kepeningan.

"Kita tidak mahu ahli akademik hanya cemerlang dalam penghasilan jurnal atau penerbitan makalah sahaja tetapi haruslah menghasilkan inovasi nyata yang boleh memberi manfaat kepada orang ramai," katanya di sini kelmarin.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika memperkenalkan dua hasil penyelidikan dari Kampus Kesihatan USM yang memenangi pingat emas pada Pameran Reka Cipta Inovasi dan Teknologi Antarabangsa Ke-24 (ITEX 2013) di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dua produk tersebut adalah komposit tampalan gigi daripada sekam padi oleh kumpulan penyelidik Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG) yang diketuai Prof. Dr. Ismail Ab. Rahman

Satu lagi produk adalah kerusi berpusing untuk mengatasi masalah kepeningan ciptaan kumpulan penyelidik diketuai Pensyarah Perubatan Kanan Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), Dr. Zuraida Zainun.

Sementara itu, Zuraida ketika ditemui berkata, rekaan yang diberi nama Bal-Ex Zuraida-Shah Rotatory Chair tersebut berfungsi sebagai alat senaman untuk mengesan dan merawat masalah ketidakseimbangan badan.

"Masalah pening yang kerap dialami pesakit terutama yang berumur 50 tahun ke atas boleh diatasi dengan amalan rawatan terapi keseimbangan badan dan bukannya bergantung kepada pengambilan pil menahan kepeningan.

"Seseorang yang menjalani rawatan dengan kerusi berpusing boleh menjalani kualiti kehidupan lebih baik dalam tempoh dua hingga tiga bulan sahaja," katanya.

Beliau berkata, kerusi berpusing yang direka dengan kerjasama penyelidik Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) itu boleh digerakkan dari frekuensi 0.1 hertz sehingga 2.0 hertz bagi membolehkan pengesanan secara tepat punca ketidakseimbangan seseorang pesakit melalui tindakbalas anak matanya.

Beliau berkata, kerusi dengan fungsi serupa boleh diimport dari luar negara tetapi harganya melebihi RM350,000 seunit dan di Malaysia setakat ini hanya dua hospital swasta berupaya memiliki kerusi sedemikian.

Justeru, beliau berbangga apabila pihaknya berjaya menghasilkan kerusi berpusing menggunakan bahan kitar semula dengan kos sebanyak RM11,000 sahaja.

Sembilan pemimpin pelajar terima anugerah

Posted: 12 Jun 2013 11:19 AM PDT

Yahaya Ibrahim (depan, tengah) bersama pelajar menerima Anugerah Kepimpinan Mahasiswa di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

KUALA TERENGGANU 12 Jun - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) buat julung kalinya menganjurkan Anugerah Kepimpinan Mahasiswa Sesi 2012/2013 bagi mengiktiraf pelajarnya yang bergiat aktif dan memperlihatkan kecemerlangan dalam pelbagai bidang yang diceburi.

Program anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni yang berlangsung di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam di sini baru-baru ini, menyediakan 12 jenis anugerah untuk individu dan kumpulan.

Di majlis itu, sembilan pelajar yang menerima anugerah kepimpinan mahasiswa kategori individu diberi penghargaan khas berupa lawatan ke luar negara setelah berjaya mengharumkan nama universiti.

Mereka terdiri daripada Abdul Aziz Abdullah yang menerima Anugerah Kepimpinan (Kebudayaan dan Pembimbing Rakan Sebaya); Muhamad Syukri Zakaria (Sukan); Aziamy Abdul Aziz (Kebajikan Kolej Kediaman) dan Zainudin Mamat (Persatuan/Kelab).

Turut menerima, Muhammad Norsyahidin Abu Hasan (Keusahawanan); Muhamad Amirul Raub (Sekretariat); Ahmad Al-Hafiz Rosli (Badan Beruniform) dan Muhammad Hanas Shafie (Kokurikulum-Bukan Beruniform).

Naib Canselornya, Prof. Dr. Yahaya Ibrahim berkata, selain hadiah trofi dan sijil penghargaan, hadiah istimewa tersebut diharap mampu menjadi motivasi serta memberi makna yang lebih besar bagi meluaskan pengalaman mereka.

"Kejayaan yang dicapai oleh mereka ini diharap dapat menjadi pendorong kepada pelajar lain untuk terus meningkatkan prestasi dalam kepimpinan di dalam dan di luar kampus pada masa depan.

"Kepimpinan itu sebenarnya boleh diasah serta dibentuk dan untuk menjadi seorang pemimpin yang berjaya seseorang itu memerlukan iltizam yang cukup tinggi," katanya ketika berucap menyempurnakan upacara perasmian.

Beliau berkata, seorang pemimpin perlu ikhlas dalam memperjuangkan sesuatu dan perlu mempunyai ilmu serta jati diri yang kuat supaya dapat memberi keyakinan dan tidak terpesong dari landasan.

Menurutnya, pemilihan pelajar yang dinobatkan sebagai penerima anugerah berdasarkan beberapa kriteria antaranya calon menunjukkan keterampilan diri, mempunyai ketokohan dan daya kepimpinan yang tinggi, proaktif serta berjaya menaikkan imej universiti.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat