{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Gesa bina perparitan sempurna

Posted: 07 Jun 2013 12:11 PM PDT

Oleh ROSMIZAN RESDI
utusankelantan@utusan.com.my

Mat Noor Mamat (kiri) bersama seorang penduduk kampung melihat longkang kecil yang kerap tersumbat di Kampung Jambu, Kota Bharu, kelmarin.

KOTA BHARU 7 Jun - Penduduk di tiga buah kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka menggesa Kerajaan Pas Kelantan membina sistem perparitan yang lebih sempurna di kawasan mereka bagi menangani masalah banjir setiap kali musim hujan.

Penduduk terbabit mendakwa, setelah hampir 23 tahun berlalu, masalah perparitan di situ masih lagi belum dapat diselesaikan untuk keselesaan rakyat walaupun Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sudah selesai lebih sebulan lalu.

Mereka turut mendakwa, laporan media berhubung masalah tersebut pernah dibuat sebelum ini, namun tiada sebarang tindakan diambil bagi menyelesaikan perkara berbangkit.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, antara kawasan terjejas teruk akibat masalah tersebut adalah Kampung Jambu, Kampung Rambutan Rendang dan Kampung Chempaka.

Masalah itu antara lain dikatakan berpunca daripada longkang tersumbat terutama ketika musim hujan, menyebabkan penduduk setempat terpaksa menghadapi pelbagai kesukaran.

Ekoran masalah itu, penduduk turut mendakwa tanaman yang mereka usahakan teruk akibat ditenggelami air selain pekarangan masjid di kampung itu juga dinaiki air.

Seorang penduduk di Kampung Jambu, Mat Noor Mamat, 62, meluahkan rasa kesal dengan masalah perparitan yang bukan sahaja melibatkan rumah-rumah di kawasan sekitar malahan yang lebih teruk apabila masjid berhampiran turut dilimpahi air sekiranya hujan lebat.

"Masalah ini adalah berpunca daripada longkang yang dibina terlalu kecil dan mudah tersumbat sehingga air tidak dapat mengalir dengan lancar dan melimpah ke jalan serta memenuhi pekarangan masjid dan rumah penduduk," katanya ketika ditemui semalam.

Mat Noor mendakwa, keadaan itu turut menjejaskan pendapatan penduduk yang hanya bergantung kepada hasil tanaman kerana air yang melimpah telah memusnahkan tanaman mereka.

Dalam pada itu, bekas calon Barisan Nasional (BN) bagi DUN Chempaka, Wan Razman Wan Abd Razak berkata, masalah sistem perparitan itu sudah lama berlaku dan beliau telah membuat aduan kepada pihak berkenaan, namun sehingga kini masih tiada sebarang tindakan diambil.

"Rakyat di sini bukan sahaja menghadapi masalah sistem perparitan yang tidak sempurna, malah sampah sarap yang terkumpul di tepi jalan di sepanjang kampung ini juga gagal dikutip oleh pihak berwajib.

"Selaku Penggawa DUN Chempaka, saya sudah ajukan masalah rakyat ini kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) supaya peruntukan khas diberi bagi membaik pulih sistem perparitan sepanjang kira-kira 1.5 kilometer dan membinanya dengan lebih sempurna terutama kawasan berhampiran masjid dan tanah perkuburan yang dinaiki air," katanya.

Beliau juga berharap kerajaan negeri lebih cakna terhadap masalah rakyat tempatan memandangkan mereka turut menunaikan tanggungjawab membayar cukai pintu antara RM50 dan RM60 setahun kepada Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB).

Program kesedaran keselamatan pelancong dipergiat

Posted: 07 Jun 2013 12:11 PM PDT

Mohd. Jidin Shafie (tujuh dari kiri) dan Kamaruddin Ibrahim (tengah, enam dari kiri) bergambar bersama para sukarelawan program Reef Clean Up di Pulau Redang, Terengganu, kelmarin.

KUALA TERENGGANU 7 Jun - Kerajaan Negeri akan terus mempergiatkan program kesedaran bagi memastikan operator pelancongan dan pihak yang terlibat dalam sektor itu di negeri ini mematuhi setiap peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd. Jidin Shafie berkata, pelbagai program telah dan akan dilaksanakan terutamanya melalui Pejabat Pelancongan Negeri untuk memastikan garis panduan yang diwujudkan dipatuhi sekali gus memastikan keselamatan pelancong yang berkunjung ke negeri ini.

"Kita akan melihat semula aspek ini kerana sebahagian daripada undang-undang yang telah diwujudkan ini seolah-olah tidak disedari oleh para penggiat dan operator pelancongan manakala sebahagian lagi penggiat tahu tetapi tidak ambil cakna kepada perkara itu.

"Setakat ini, hanya nasihat dan amaran diberikan tetapi selepas ini tindakan lebih keras akan dikenakan kepada mereka yang masih ingkar terutama melibatkan kesalahan menangkap ikan di kawasan larangan," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan program Reef Clean Up Sempena Hari Laut Sedunia anjuran Jabatan Taman Laut Malaysia di Pulau Redang di sini semalam.

Program yang diadakan tiga hari bertujuan menghargai alam laut itu turut disertai seramai 50 orang sukarelawan dari seluruh negara.

Katanya, bagi meningkatkan aspek keselamatan di pulau, cadangan seperti pemasangan pelampung sempadan atau pelampung keselamatan yang dilengkapi pukat bercahaya di dalam air boleh dilaksanakan untuk mengelakkan penyelam cedera atau terkeluar dari kawasan selamat ketika aktiviti snorkeling.

Bagaimanapun katanya, kaedah yang telah digunakan di Australia itu masih perlu dirujuk kepada piawaian antarabangsa bagi memastikan ia tidak memudaratkan hidupan dan pengunjung selain sesuai dengan negara ini di mana lautnya disifatkan masih selamat.

Tambah beliau, pihaknya juga bercadang menggunakan dua garisan pelampung keselamatan supaya sekiranya penyelam melebihi garisan sempadan pertama, mereka tidak melepasi garisan yang kedua dan dalam kawasan selamat.

"Secara tidak langsung, kita boleh elakkan kejadian pelancong yang meninggal dunia kerana terkena bilah kipas bot seperti yang berlaku baru- baru ini dari berulang lagi," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat