Berita Harian: Dunia
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Dunia |
Jutawan Britain kena jadi ‘pramugari’ Posted: 12 May 2013 03:22 PM PDT Pemilik Virgin Group tewas pertaruhan kepada CEO AirAsia Sepang: Jutawan dan Pemilik Virgin Group dari Britain, Sir Richard Branson, 63 terpaksa 'berkhidmat' sebagai pembantu penerbangan dengan pesawat AirAsia dari Perth ke Kuala Lumpur selepas kalah dalam pertaruhan dengan Ketua Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes semalam. Beliau terpaksa mencukur bulu kakinya, memakai gincu dan skirt merah bagi menunaikan janjinya.
Pertaruhan pada 2010 Branson kalah pertaruhan kepada Fernandes pada 2010 selepas mereka saling menegaskan pasukan pelumba Formula Satu masing-masing akan menang pertandingan itu. Pasukan Fernandes mendahului dua mata berbanding Branson. Fernandes secara berjenaka mengisytiharkan kemahiran Branson sebagai pembantu pesawat dalam penerbangan selama hampir enam jam itu sebagai 'tidak berguna' dan 'dipecat' serta-merta. Kira-kira 300 penumpang terhibur apabila Branson yang memakai seragam pramugari Air Asia dengan solekan, malah menunjukkan demonstrasi keselamatan, yang disambut dengan tepukan gemuruh.
Tugas pertama Branson, 63, adalah membawa keluar dulang minuman. Ketika menghidangkan minuman, beliau sengaja menjatuhkan dulang ke atas paha Fernandes. "Ia terlepas, memang terlepas," tegasnya. Sementara itu, Fernandes yang terpaksa menukar pakaian, menunjukkan dengan jelas siapa sebenarnya ketua. "Awak perlu membersihkan tandas," katanya. - Agensi |
Ketidaksuburan di India meningkat 50 peratus Posted: 12 May 2013 03:19 PM PDT Banglore: Kadar ketidaksuburan meningkat kepada 50 peratus di India sejak 1980 an berikutan pelbagai punca termasuk perubahan gaya hidup, berkahwin lewat, penggunaan telefon bimbit dan komputer riba, menurut satu kajian. "Ini mungkin disumbangkan oleh faktor seperti perubahan gaya hidup, lewat berkahwin, kegemukan, penggunaan peralatan elektronik seperti telefon bimbit dan komputer riba, perubahan alam sekitar dan tekanan," kata Dr Hema Diwakar dari Institut Latihan untuk Pemindahan Kemahiran dan Penyelidikan Asia (ARTIST).
Dalam sidang media di sini sempena 'Hari Ibu', Dr Diwakar, yang juga seorang anggota Persatuan Persekutuan Obstetrik dan Sakit Puan India (FOGSI), berkata ketidaksuburan adalah lebih kepada isu psikologi berbanding fizikal. Menyelamat-kan seorang anak gadis bermaksud menyelamatkan ibu. Ini sebaliknya bermaksud menyelamatkan generasi akan datang. ARTIST mengumumkan pelancaran Vitrolife, peralatan yang boleh menyimpan embrio lebih lima tahun. Dalam majlis itu, 150 doktor membuat aku janji untuk memenuhi impian ramai wanita untuk hamil. - Agensi |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |