Berita Harian: Dunia
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Dunia |
Posted: 18 May 2013 03:06 PM PDT Cannes: Seorang lelaki ditahan di pesta filem Cannes yang digemparkan dengan tindakannya melepaskan tembakan menggunakan sepucuk pistol. Ia menyebabkan pelakon Christoph Waltz dan Daniel Auteuil yang ketika itu sedang diwawancara tidak jauh daripada penembak, berlari mencari perlindungan.
Pengawal peribadi segera melompat ke arah orang ramai melepasi penghadang dan menolak jatuh penembak. Polis segera memberitahu orang ramai supaya lari kerana lelaki itu juga ada bom tangan, kata saksi, Arthur Laiguesse. Polis menahan lelaki itu di tempat kejadian dan mendapati dia membawa bom tangan palsu dan pisau, kata pihak berkuasa. Lelaki itu gila, kata sumber polis.
Waltz, yang menang dua Oscar pelakon pembantu lelaki terbaik untuk filem Django Unchained dan Inglourious Basterds, dan Auteuil adalah juri Cannes. Mereka kembali ke set program berita selepas itu. Tembakan itu adalah kejadian kedua pada hari ketiga festival selama 12 hari itu, pertunjukan wayang terbesar dunia yang menarik ribuan pelakon, pengarah, eksekutif filem, wartawan dan peminat. REUTERS |
Venezuela berdepan kehabisan tisu tandas Posted: 18 May 2013 03:05 PM PDT [unable to retrieve full-text content]Caracas: Bermula dengan kekurangan susu, mentega, kopi dan serbuk jagung, kini Venezuela berdepan masalah kehabisan bahan kebersihan paling asas iaitu tisu tandas. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |