Berita Harian: Dunia
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Dunia |
36 terbunuh aktivis agama, polis bertempur Posted: 06 May 2013 02:24 PM PDT 200,000 tuntut undang-undang sekat murtad diluluskan di Bangladesh DHAKA: Polis Bangladesh menyuraikan bantahan oleh berpuluh ribu penyokong gerakan Islam dan menutup stesen televisyen golongan itu semalam apabila 36 maut dalam keganasan jalanan terburuk dalam masa beberapa dekad kerana bantahan terhadap blog menggalakkan penduduk bebas keluar agama. Kami terpaksa bertindak selepas mereka terus berkumpul secara haram di Motijheel. Mereka serang kami dengan kayu, batu, batang besi dan buluh" Masudur Rahman, Jurucakap polis Dhaka Berpuluh-puluh penunjuk perasaan juga ditangkap, manakala pemimpin bantahan dibawa menggunakan pesawat ke bandar raya kedua negara itu, Chittagong. Tuntut hukuman mati Bantahan dicetuskan pemimpin Hefajat-e-Islam, Allama Shah Ahmad Shafi, yang dikatakan berusia sekitar 90 tahun. Kumpulan itu menuntut hukuman mati terhadap sesiapa yang menghina Islam dan memberi amaran akan melancarkan kempen menjatuhkan kerajaan jika tuntutan mereka tidak dipenuhi. Polis berjaya memujuk Shafi semalam supaya meninggalkan madrasahnya di Dhaka, mengiringi beliau ke lapangan terbang dan diterbangkan ke Chittagong. Kedai dan kenderaan dibakar manakala batu berselerakan di jalan raya selepas dibaling penunjuk perasaan ke arah polis, kata saksi. Polis berkata, mereka menggunakan bom bunyi, meriam air, gas pemedih mata dan peluru getah untuk menyuraikan sekurang-kurangnya 150,000 hingga 200,000 penunjuk perasaan Islam yang berkumpul di Motijheel sebagai sebahagian usaha mendesak undang-undang menghina Islam diluluskan. "Satu isu, satu tuntutan: Golongan tak percaya tuhan mesti dihukum gantung," jerit penunjuk perasaan itu yang berarak di sekurang-kurangnya enam lebuh raya dan menghadang laluan di antara Dhaka dan bandar lain. Penunjuk perasaan bersurai awal semalam, tambahnya. Inspektor polis di Hospital Kolej Perubatan Dhaka, Mozammel Haq, berkata 11 mayat dibawa ke klinik itu, termasuk seorang anggota polis yang ditetak di kepala dengan parang. Keseluruhannya 25 orang terbunuh dalam bantahan, menurut kiraan yang dikumpul melalui sumber polis dan pegawai perubatan. Ia termasuk lapan yang maut di daerah Kanchpur di pinggir Dhaka, kata sumber. Berbalas tembakan Keganasan juga berlaku di Hathazari, bandar di luar Chittagong, yang menyaksikan empat maut selepas beberapa penyokong undang-undang Islam bertempur dengan polis dan pengawal sempadan, kata ketua polis tempatan, Liaqot Ali. Dua stesen televisyen pro golongan Islam yang menyiarkan rakaman serbuan di kawasan perniagaan Motijheel terpaksa membatalkan liputan kejadian, kata wartawan di rangkaian itu. Tayangan dihentikan di Diganta Television dan Islamic TV apabila berpuluh anggota polis berpakaian biasa menyerbu pejabat mereka. Keganasan meletus tengah hari kelmarin selepas polis cuba memecahkan halangan penunjuk perasaan di lebuh raya menuju ke Dhaka Ramai pekerja bank dan peniaga pasaran saham terpaksa tidur di dalam pejabat ketika bunyi tembakan bergema di Motijheel sepanjang malam. - AFP |
Thailand belum ada pendirian tuntutan BRN Posted: 06 May 2013 02:21 PM PDT Bangkok: Kerajaan Thailand belum membuat keputusan terhadap lima tuntutan pemisah selatan, Barisan Revolusi Nasional (BRN), kata Setiausaha Agung Majlis Keselamatan Kebangsaan (NSC), Paradorn Pattanatabut. Dalam keganasan terbaru di Narathiwat, dia askar maut dan tiga lagi cedera parah kerana letupan sebutir bom tepi jalan di Tambon Taloh, daerah Reu Soh. Kami perlu siasat lima tuntutan BRN itu untuk memastikan sama ada ia adalah pandangan penduduk atau pelampau" Paradorn Pattanatabut, Setiausaha Agung NSC "Kami perlu siasat lima tuntutan BRN itu untuk memastikan sama ada ia adalah pandangan penduduk atau pelampau," katanya. Lima tuntutan Lima tuntutan itu ialah supaya Malaysia menjadi pengantara dan bukan penyelaras; kehadiran wakil Melayu Pattani pimpinan BRN dalam rundingan; anggota ASEAN, OIC dan wakil Pertubuhan Bukan Kerajaan perlu menjadi saksi rundingan; bebaskan semua suspek serta tarik balik atau mansuh semua waran tangkap tanpa syarat dan BRN mesti dirujuk sebagai kumpulan pejuang. Paradorn berharap, kedua-dua pihak dapat mencari jalan tengah untuk menyelesaikan permasalahan mereka terutama dalam isu kumpulan pemisah. Paradorn juga menolak khabar angin bahawa bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra menemui pemisah dan pemimpin agama di selatan Thai bagi membantu usaha Bangkok. Katanya, khabar angin itu disebarkan mereka yang menentang dialog kerana mereka tahu mudah untuk memperlekeh kemajuan rundingan jika dialog itu dikaitkan dengan pembabitan Thaksin. - AGENSI |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |