{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Hip

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Hip


'Saya bukan derhaka'

Posted: 14 May 2013 07:12 PM PDT

Afiq Muiz dedah krisis keluarga, bingung dakwaan ibu konon dia berubah hati

Enggan membuka pekung keluarga membuatkan aktor, Afiq Muiz, 21, lebih rela memendam rasa.

Namun, semalam, ketika tersebar cerita kononnya Afiq anak derhaka seperti yang didakwa ibunya, Hasliza Mohamad, 48, jejaka ini tampil mendedahkan kemelut dalaman keluarga termasuk hubungan dengan ibu.

Dakwa Afiq, sejak mula berlakon, hampir semua pendapatannya diserahkan kepada ibu setiap bulan.

Namun, sebagai anak, Afiq bingung segala perhatian yang diberi termasuk wang ringgit seakan tidak mencukupi.

"Ya, selama ini saya berdiam sebab malu jika orang tahu ibu saya seperti tamakkan duit. Setiap kali saya habis shooting, bukan khabar ditanya, sebaliknya ada duit atau tidak. Banyak manalah (pendapatan) yang saya dapat. Namun, saya bagi sebab tak mahu dicaci atau dicop tak mengenang budi.

Simpan bukti

"Ibu menuduh saya bagai derhaka dan menyumpah seranah, tapi kenapa ibu tidak cerita apabila pulang ke rumah, hanya kata-kata kesat dihamburkan. Saya marah adik-adik yang kurang ajar dengan memanggil saya bodoh, dikata pula baran.
"Saya ikut apa saja perintahnya. Tidak tinggal sebumbung pun jadi isu. Bukan saya tidak sayang, saya fikir daripada asyik bergaduh, baik saya tinggal di luar. Saya tetap menghubunginya dan singgah ke rumah. Namun, kenapa layan saya seperti sampah?" katanya meluahkan perasaan terpendam.

Afiq mendakwa, dia menyimpan banyak bukti termasuk dalam bentuk khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan dan desakan memberi wang, selain pernah dipukul saudara sendiri berpunca masalah sama.

Luahan penuh emosi itu dilakukan Afiq atau nama sebenarnya, Muhamad Afiq Muiz Azman Shah selepas Hasliza mendakwa anaknya durhaka dalam sebuah portal hiburan. Hasliza juga mendakwa Afiq berubah sikap sejak rapat dengan seorang artis wanita.

Prasangka umi jejas hubungan

Afiq yakin gadis dimaksudkan ibunya adalah Iena Azman, 18, rakannya yang paling akrab sejak empat tahun lalu. Menurut Afiq, Iena banyak membantunya ketika susah.

Tambahnya Afiq, dia malu bukan saja kepada masyarakat malah Iena dan keluarganya apabila terheret sama dalam konflik itu.

"Sebenarnya, bukan Iena saja. Mana-mana gadis yang rapat dengan saya pasti menjadi mangsa umi yang akan menghubungi mereka tanpa usul periksa. Macam sebelum berkawan dengan Iena, saya punya kekasih, tetapi hubungan saya tidak kekal disebabkan prasangka umi.

"Salahkah saya berkawan? Adakah ibu pasti setiap gadis yang rapat dengan saya mahu menghabiskan duit saya? Umi dakwa sejak kenal Iena saya habiskan RM30,000. Tahukah ibu saya hanya gunakan tidak sampai separuh untuk membeli perabot dan televisyen rumah sewa saya.

Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

Isu dedah pakaian dalam: Tak sangka niat bergurau makan diri

Posted: 14 May 2013 07:10 PM PDT

Kuala Lumpur: Pelakon Sharifah Sakinah, 24, yang mencetus kontroversi gara-gara memuat naik rakaman video yang didakwa berunsur lucah ke laman sosial, menjelaskan tidak menyangka niat bergurau dan mengusik kru produksi dalam aksi terbabit, memakan diri.

Sharifah Sakinah yang memohon maaf atas perbuatannya itu, mengakui kesal dan berjanji berhati-hati apabila berkongsi detik peribadi di laman sosial.

Sekadar mengusik

"Rakaman video itu sekadar mengusik. Saya tak sangka ia jadi besar begini. Di mata saya dan beberapa pelakon yang bersama ketika rakaman dibuat tidak menganggap ia isu besar. Lalu, saya tak berfikir banyak kali ketika memuat naik rakaman itu.

"Saya mengaku silap menyebut pakaian dalam. Saya fikir semua hal membabitkan agama, politik atau yang berkaitan kehormatan diri amat sensitif. Saya dengan rendah diri memohon maaf atas kesilapan ini," katanya.

Sejak beberapa hari lalu, Sharifah Sakinah dihentam kerana tindakannya memuat naik rakaman video ke laman sosial popular, Keek milik pelakon Anzalna, baru-baru ini.

Rakaman itu memaparkan aksi Sharifah Sakinah mengajuk gaya pertuturan penyanyi Datuk Siti Nurhaliza selain mendedahkan dia mengenakan pakaian dalam berwarna merah.
Sifat 'gila-gila'

Sharifah Sakinah berkata, individu rapat dengannya tahu sifatnya yang 'gila-gila' dan tidak dipengaruhi bahan terlarang.

"Mungkin ada yang melihat wujud personaliti berbeza antara realiti dan watak baik yang saya lakonkan. Saya ingin menegaskan saya bukan di bawah penggunaan bahan terlarang ketika rakaman video itu dibuat," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat