Berita Harian: Hip
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Hip |
Posted: 23 May 2013 05:26 PM PDT Juara program realiti yakin musim baru Akademi Fantasia 2013 (AF2013) mampu lahirkan artis relevan Program realiti, Akademi Fantasia (AF) kembali lagi selepas dua tahun 'direhatkan'. Kali ini, AF2013 menerima suntikan lebih segar membabitkan format, konsep dan kategori penyertaan seperti yang diumumkan Astro, semalam. Sebagai juara terakhir, saya berbangga melihat pencapaian abang dan kakak yang lebih dulu mencipta nama. Mereka mampu menempatkan diri sebaris dengan penyanyi, pelakon, hos dan penyampai radio popular" Hazama, Juara AF9 Artis AF pernah kuasai carta Bagi bintang yang lahir dari AF, mereka mengakui program realiti itu mampu melahirkan artis yang bukan saja berbakat ,malah relevan dengan perkembangan dunia muzik tempatan. Nama besar seperti Mawi, Hafiz, Stacy dan Hazama yang menguasai carta lagu dengan koleksi lagu hit sejak beberapa tahun lalu dianggap penanda aras kepada kejayaan AF melahirkan artis pelapis. Bagi juara AF musim ketiga (AF3), Mawi, 'kelahiran' semula AF2013 dianggap tepat pada masa. Mawi berkata, ramai peserta AF kini mencipta nama dalam cabang seni pilihan masing-masing. Bukan akademi biasa Juara AF6, Stacy yakin ramai generasi muda berbakat menanti kelahiran semula AF. Menurutnya, AF bagai sebuah institusi yang melatih anak muda mencabar potensi diri dan menyinar dalam industri seni. "AF bukan akademi biasa kerana sebaik keluar, kami dicabar untuk terus berani melangkah ke dunia realiti industri seni. Memang kami antara individu bertuah yang mendapat bimbingan secara formal walaupun hanya dalam tempoh singkat selain meraih pancaran glamor. "Namun, andai tiada keyakinan seperti yang sentiasa dititip tenaga pengajar, kami termasuk saya tidak mungkin sampai tahap sekarang," katanya. Juara AF7, Hafiz pula menafikan program realiti itu hanya mampu melahirkan bintang 'mi segera'. Landasan cari pelapis "Dulu ada yang melabel AF melahirkan bintang 'mi segera'. Cepat naik, cepat turun. Namun, melihat barisan penggiat seni yang digilap daripada pertandingan realiti, saya pasti tanggapan itu tidak boleh dipakai lagi," katanya. Hafiz berkata, AF kekal relevan dalam industri seni dan menjadi landasan melahirkan ramai bakat baru. "AF tetap relevan dalam menjadi landasan pelapis industri seni. Ini kerana program ini menyediakan pelajar dari aspek fizikal dan mental berdepan dunia hiburan sebenar," katanya. Hafiz berkata, AF kekal relevan dalam industri seni dan menjadi landasan melahirkan ramai bakat baru. "AF tetap relevan dalam menjadi landasan pelapis industri seni. Ini kerana program ini menyediakan pelajar dari aspek fizikal dan mental berdepan dunia hiburan sebenar," katanya. AF2013 bukan saja membuka peluang kepada peserta solo, malah menerima bakat berpasangan atau duo. Sebagai pembaharuan, peserta boleh memuat naik video nyanyian secara online atau menghadiri sesi uji bakat di lima lokasi iaitu Johor, Pulau Pinang, Sarawak, Sabah dan Selangor. Kali ini, AF2013 membuka penyertaan kepada rakyat Singapura. Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli, berkata sejajar dengan perkembangan teknologi, Astro membuka penyertaan secara online bagi memudahkan peserta. "Dengan memperkenalkan uji bakat secara online kita dapat memudahkan lagi proses. Peserta tidak perlu lagi beratur panjang, malah mereka yang tidak berada dalam negara ketika proses uji bakat berlangsung tidak akan terlepas peluang keemasan ini. "Selain itu, proses ini juga dapat menjimatkan masa juri. Bagaimanapun, sesi uji bakat di beberapa lokasi masih diadakan. Ini kerana kami yakin tidak semua orang ada kemudahan untuk menghantar penyertaan secara online," katanya pada sidang media mengumumkan AF2013 di Kuala Lumpur, semalam. Musim baru program realiti yang mencetus fenomena ketika diterbitkan pada 2003 itu dijangka menemui penonton selepas Aidilfitri. Interaksi melalui laman sosial Sesuai penjenamaan semula AF2013, lagu tema Menuju Puncak yang diberi nafas baru diperdengarkan, selain memperkenalkan logo baru program realiti yang memasuki musim ke10 itu. Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh, memberitahu pihaknya akan menggunakan medium laman sosial secara meluas dalam mempromosikan AF2013. Peserta juga akan didedahkan dengan penggunaan laman sosial seperti Twitter, Instagram dan Keekbagi membolehkan mereka berinteraksi dengan peminat. "Kali ini, kami akan membenarkan peserta berinteraksi dengan peminat bagi memberi pendedahan bagaimana hendak berdepan dan melayani peminat. "Interaksi dengan peminat ini penting kerana ia akan menjadi sebahagian daripada tanggungjawab mereka apabila bergelar artis. Seandainya mereka hanyut dengan populariti, inilah gunanya tenaga pengajar untuk membawa mereka ke landasan betul," katanya. Sementara itu, maklumat lain mengenai konsep keseluruhan, pengacara dan tenaga pengajar akan diumumkan pada sidang media lain. INFO: Tarikh dan Lokasi Uji Bakat Syarat uji bakat |
Karnival Jom Heboh gegar Putrajaya Posted: 23 May 2013 05:08 PM PDT Lokasi ketiga janji aktiviti lebih menarik Selepas membuka tirai di Pulau Warisan, Kuala Terengganu diikuti Johor, acara padang terbesar TV3, Karnival Jom Heboh meneruskan kemeriahan ulang tahun ke-11 di Presint 2, Putrajaya, mulai esok dengan program lebih segar dan menarik.
Gerai Cereka menggabungkan program terbaru dari slot drama, hiburan, majalah dan dokumentari. Antara artis yang akan turun padang ialah Sherry Ibrahim (bintang Akasia : Teduhan Kasih); Syatilla Melvin (Azalea : Kalau Bukan Aku); Jay Iswazir (Aksi : Karlos); Izzue Islam dan Azlee Khairi (Zehra : Sebenarnya Saya Isteri Dia); Qi Razali (Jalan-Jalan Cari Makan) dan ramai lagi. Tidak ketinggalan pelakon filem Kil dan Pecah seperti Cristine Suzanne, Redza Minhat dan Ako Mustapha. Peluang tonton episod drama bersiri akan datang Gerai Studio 3 memberi peluang kepada penonton setia TV3 menyaksikan episod akan datang drama bersiri TV3. Antaranya Karlos; Kisah Cinta; Sebenarnya Saya Isteri Dia; Epilog Cinta Khirana; Teduhan Kasih dan Iman Nabila. Pengunjung hanya perlu menderma di pintu masuk Studio 3 untuk mendapatkan tiket.
Wow! Bag Booth pula menjual koleksi cenderahati eksklusif dari semua rangkaian televisyen dan radio Media Prima Berhad seperti TV3, TV9, ntv7, 8TV, Bananana!, HOT FM dan Tonton. Pengunjung juga boleh beramah mesra dengan artis jemputan seperti Alex Yanz, Riz Amin, Zalif Sidek dan Nur Risteena. Persembahan band indie Sementara itu, khusus untuk pengunjung generasi muda, TV9 membawa barisan band Indie seperti Oh Chentaku, Bunkface, OAG dan Go Gerilla, mulai jam 9 malam, Ahad ini. Sehubungan itu, jangan lupa hadir pada Karnival Jom Heboh di Putrajaya selama dua hari mulai esok untuk bertemu artis pujaan dan memenangi hadiah menarik. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |