Berita Harian: Hip
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Hip |
Posted: 25 May 2013 04:36 PM PDT Dua beradik yakin walaupun tidak menduduki SPM mereka boleh jadi artis berjaya Kali pertama pasangan artis adik beradik, Emma dan Chacha Maembong digandingkan sebagai penghias muka depan B*POP selepas hampir tiga minggu mengatur pertemuan mereka, gara-gara kesibukan di lokasi penggambaran. Sekalipun tinggal sebumbung, namun mereka amat jarang bersua muka di rumah lantaran jadual penggambaran yang bertindih. Justeru, pertemuan mereka di Balai Berita, baru-baru ini boleh dianggap formal apabila menjayakan sesi fotografi sulung yang dirancang. Beliau bernasib baik apabila sering ditawarkan watak utama, sekali gus nama menjadi sebutan ramai, tambahan pula apabila dia dihambat kontroversi sebaik gambar mesranya bersama bekas kekasih tersebar di internet, popularitinya naik mendadak. Berbeza dengan Chacha apabila dia mula berlakon ketika berusia 13 tahun, tetapi sekadar membawakan watak pembantu. Hanya kebelakangan ini saja, namanya menjadi pilihan apabila kakaknya turut memainkan peranan memperkenalkan Chacha kepada industri. Selepas Emma, kini Chacha juga bernaung di bawah pengurusan Wire Fame Entertainment milik pelakon, pelawak dan pengacara popular Zizan Razak. Chacha mengakui sejak menjadi artis residen syarikat berkenaan, peluang lakonannya tidak putus. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |