Berita Harian: Mutakhir
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Mutakhir |
PRU13: Tolak pemimpin politik amal fahaman syiah - Mukhriz Posted: 01 May 2013 03:15 AM PDT JERLUN: Rakyat diingatkan supaya tidak mudah terpedaya dan menolak pemimpin parti politik yang berketrampilan Islamik tetapi menjadi pendukung ajaran syiah yang dilarang diamalkan di negara ini. Calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Dewan Undangan Negeri Ayer Hitam, Datuk Mukhriz Mahathir, berkata hasil pertemuannya dengan beberapa guru pondok, beliau dimaklumkan adalah pemimpin parti politik yang mengamalkan fahaman syiah.
"Kita dengar daripada tok guru pondok dah lama tapi kebelakangan ini ia semakin tertonjol. Reaksi tok guru pondok ini kuat menolak mereka (pemimpin berfahaman syiah)," katanya kepada pemberita pada majlis Makan Tengahari/Janji Ditepati di Kampung Teluk Tui, dekat sini, hari ini. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada Mei 1996 memutuskan ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam dan penyebaran apa-apa ajaran yang lain daripada Ahli Sunnah Wal Jamah adalah dilarang di negara ini. Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata mana-mana pemimpin yang mengamalkan fahaman syiah, mereka perlu bersikap telus dan mengisytiharkan perkara itu. "Silap-silap terpilih jadi Ahli Parlimen, sampai dalam Parlimen (Dewan Rakyat) dia bawa fahaman ini (syiah)," katanya.
"Tugas wakil rakyat adalah untuk berusaha menyelesaikan masalah rakyat. Kerajaan negeri (PAS Kedah) dah lima tahun (mentadbir) pun masih gagal nak laksanakan tanggungjawab," kata Mukhriz yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Jerlun. - BERNAMA |
PRU13: BN komited rakyat Sabah miliki tanah - Musa Aman Posted: 01 May 2013 03:10 AM PDT KOTA MARUDU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) komited dalam memastikan lebih ramai penduduk asal di negeri ini memiliki tanah sendiri menerusi kaedah geran berkelompok yang diperkenalkan sejak beberapa tahun lalu. Musa yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, berkata jika BN mendapat mandat pada Pilihan Raya Umum ke-13 ini, kerajaan akan berbuat demikian untuk terus memakmurkan dan mengutamakan kepentingan rakyat di negeri ini.
"Saya tidak pernah bagi tanah kepada syarikat luar, sebaliknya kita bagi (tanah) kepada rakyat supaya mereka dapat memiliki tanah sendiri," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan geran berkelompok kepada 150 penduduk dari Kampung Bombong 1 dan 112 penerima dari Kampung Sungai Magandai, di sini, hari ini. Mengenai permintaan penduduk tempatan untuk mengusahakan tanah milik Lembaga Pembangunan Perhutanan Sabah (SAFODA) di daerah ini, Musa berkata beliau akan mengarahkan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur negeri, Datuk Osman Jamal membuat kajian mengenai perkara itu. "Kita akan selesaikan masalah dan beri tanah itu kepada rakyat yang sudah lama tinggal dan berkebun di situ...kita menghormati mereka.Mereka sudah lama tinggal di situ dan adalah menjadi keutamaan kepada kita untuk memberikan tanah itu (kepada rakyat)," katanya merujuk isu yang dibangkitkan penyandang Parlimen Kota Marudu, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili. Tanah seluas 4,707 hektar itu yang sebelum ini diberikan kepada Syarikat Begaraya ketika era pentadbiran bekas ketua menteri, Datuk Yong Teck Lee walaupun ia sudah diduduki oleh penduduk asal kampung itu. Dalam pada itu, katanya permohonan empat kampung berhampiran iaitu Kampung Sonsogon Magandai, Sonsogon Suyad, Sonsongan Paliu dan Binontungan Suyad
Parlimen Kota Marudu diwakili calon BN Maximus yang berdepan tiga calon dari Parti Keadilan Rakyat, Parti Reformasi Sabah dan Parti Maju Sabah. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |