Berita Harian: Mutakhir
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Mutakhir |
Timbalan Ketua Setiausaha KBS cedera, isteri maut terbabit kemalangan di Tangkak Posted: 12 May 2013 01:46 AM PDT LEDANG: Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Datuk Zaidon Asmuni bersama dua anaknya cedera parah, manakala isterinya maut dalam kemalangan di Kilometer 157.9 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Tangkak di sini, malam tadi. Dalam kemalangan kira-kira jam 11.40 malam itu, Zaidon, 57, mengalami patah tangan dan cedera di kaki, dua anaknya yang masing-masing berusia 21 dan 12 tahun cedera di bahagian badan, manakala Datin Halimah Awaludin, 55, mati di lokasi.
Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris, berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila Proton Perdana V6 dinaiki empat beranak bersama pemandunya itu hilang kawalan ketika dalam perjalanan ke arah selatan. Katanya, berikutan itu, kereta berkenaan merempuh sebuah treler dari arah belakang sebelum berpusing dan melanggar pembahagi lebuh raya. Akibat kemalangan itu katanya, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian sementara yang lain mengalami kecederaaan terus dihantar ke HPSF. "Keluarga Zaidon ketika itu dipercayai dalam perjalanan dari Putrajaya ke Batu Pahat. Kereta itu remuk teruk tetapi semua mangsa tidak tersepit akibat pelanggaran itu," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Ahli Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim, sempat meluangkan masa melawat Zaidon dan anak-anaknya di HPSF pagi ini, selain memberi kata-kata semangat kepadanya. |
Senarai barisan Exco Perak di peringkat akhir: Zambry Posted: 12 May 2013 01:36 AM PDT KUALA KANGSAR: Senarai pemilihan Ahli Dewan Undangan Negeri yang akan membarisi Exco kerajaan negeri Perak kini berada di peringkat akhir, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Beliau berkata, barisan Exco negeri bakal menyaksikan pertambahan jumlah Exco berbanding sebelum ini.
Mengenai pihak yang tidak bersetuju dengan cadangan beliau melantik enam penasihat khas, Zambry berkata: "Depa cakap dan dengar macam-macam, sebelum menang dah kata menang, sekarang dah menang pun, dia tak puas hati lagi". Pada PRU13, Barisan Nasional (BN) Perak menang dengan majoriti mudah apabila menguasai 31 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala pakatan rakyat memenangi 28 kerusi. Dalam keputusan rasmi yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya, UMNO memenangi 30 daripada 36 kerusi DUN yang ditandingi manakala MCA menyumbang satu kerusi iaitu DUN Chenderiang. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |