Berita Harian: Mutakhir
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Mutakhir |
Barisan Exco Perak dipilih meliputi zon Utara, Selatan, Timur dan Barat Posted: 13 May 2013 02:43 AM PDT LUMUT: Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak bakal diwakili anggota dari pecahan geografi zon Utara, Selatan, Timur dan Barat, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Pelantikan anggota Exco dari zon berbeza ini dibuat berikutan keluasan negeri Perak yang besar selain untuk kepentingan pengurusan pentadbiran.
"Perak ini sebuah negeri yang besar, kita mahukan Exco itu dapat mewakili bukan untuk satu-satu daerah tetapi juga daerah-daerah yang berdekatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Negeri Perak kali ke-26 di sini, hari ini. Selain itu, katanya, barisan Exco dipilih berdasarkan latar belakang yang baik antaranya merangkumi aspek pengalaman dan pendidikan. "Dahulu kita ada enam anggota exco dan sekarang ini (exco) yang lama hanya ada tiga, tentunya ada banyak kekosongan, jadi akan ada rombakan dan jawatan-jawatan yang baru akan diwujudkan," katanya. "Kita ada gabungan daripada mereka yang berpengalaman dan berkelayakan dari segi pentadbiran," katanya.
- BERNAMA |
Pengiring, baju kalis peluru antara cadangan SOP pegawai Kastam Posted: 13 May 2013 02:38 AM PDT KUALA LUMPUR: Penggunaan pengiring keselamatan dan pemakaian baju kalis peluru adalah antara cadangan penambahbaikan yang akan dimasukkan dalam rangka baru Prosedur Operasi Standard (SOP) keselamatan membabitkan pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khazali Ahmad, berkata kajian semula SOP itu dijangka selesai dalam tempoh terdekat dan akan terpakai kepada semua pegawai kanan kastam termasuk di peringkat negeri.
Beliau mengulas perkembangan kajian SOP itu setelah pada 26 April lalu, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim mati ditembak dua lelaki bermotosikal semasa dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya, di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan. Susulan kes itu, polis menahan seorang lelaki berusia 56 tahun di Petaling Jaya pada Sabtu lepas bagi membantu siasatan berhubung kes itu. Mengenai perkembangan siasatan dalaman oleh pihaknya, Khazali berkata beberapa anggota kastam telah dipanggil untuk diambil keterangan. "Keterangan berkenaan diambil bagi membantu siasatan yang dilakukan pihak polis untuk menyelesaikan kes itu," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |