{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Mutakhir


Kohilan cadang Selangor lantik dua anggota Exco keturunan India

Posted: 18 May 2013 02:54 AM PDT

SHAH ALAM: Pengerusi GERAKAN Selangor, A Kohilan Pillay mencadangkan supaya kerajaan Selangor mempunyai sekurang-kurangnya dua anggota exco berketurunan India untuk membolehkannya berkhidmat dengan lebih berkesan kepada masyarakat itu di negeri itu.

Beliau berkata, oleh kerana Selangor adalah antara negeri yang mempunyai paling ramai penduduk kaum India, maka pelantikan dua anggota exco daripada keturunan itu adalah langkah paling berkesan untuk mendampingi masyarakat berkenaan.

"Isu berkaitan estet dan kuil menjadi kebimbangan utama kebanyakan anggota masyarakat India di Selangor sejak pakatan rakyat mengambil alih pentadbiran negeri ini pada 2008, dan pertambahan seorang lagi wakil masyarakat India dalam barisan exco diperlukan untuk menyuarakan perkara yang menjadi kebimbangan mereka sejak sekian lama," katanya hari ini.

Kohilan, yang kalah dalam pertandingan merebut kerusi Parlimen Puchong dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), 5 Mei lalu, berkata kerajaan pakatan DAP, PAS dan PKR Selangor tidak sepatutnya mempunyai masalah untuk melantik dua anggota exconya daripada keturunan India memandangkan kerajaan Puilau Pinang, yang diterajui DAP, melantik dua anggota exconya daripada keturunan itu.

Julung kalinya, Pulau Pinang melantik dua orang berketurunan India - Timbalan Ketua Menteri (II), Dr P Ramasamy dan Jagdeep Singh Deo - menganggotai kerajaan negeri itu.

- BERNAMA

DBKL sasar 5,000 pokok hutan ditanam di taman awam sekitar ibu negara

Posted: 18 May 2013 02:33 AM PDT

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama pihak swasta mensasarkan untuk menanam 5,000 pokok spesies hutan di taman awam sekitar ibu kota di bawah projek 'Greener KL'.

Timbalan Ketua Pengarah Pelaksanaan Projek dan Penyelenggara DBKL, Mohd Najib Mohd, berkata pihaknya menjangkakan sasaran itu akan dapat dicapai menjelang September berikutan kerjasama menggalakkan yang diterima daripada syarikat swasta.

"Kami akan tanam secara berperingkat pokok hutan daripada spesies hampir pupus dan kami harap dalam 20 atau 30 tahun akan datang pokok yang kami tanam hari ini akan hidup subur," katanya kepada pemberita pada program Scope KL Eco Challenge 2013 di Taman Rimba Bukit Kerinchi, di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Scope International (M) Sdn Bhd, Kwan Chee Sun.

Pada program itu, sebanyak 1,000 pokok spesies hutan ditanam oleh 500 kakitangan Scope International (M) Sdn Bhd, anak syarikat bank Standard Chartered, dengan kerjasama DBKL dan Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka).

Lima jenis pokok spesies hutan yang ditanam ialah Karas (100 pokok); Meranti Temak Nipis (350); Kapor (100); Meranti Siput Jantan (350) dan Merawan Bunga (100).

Mohd Najib berkata, setakat ini dua syarikat swasta sudah bekerjasama menanam pokok di taman sekitar ibu negara dan satu lagi syarikat swasta dijangka akan turut sama melaksanakan aktiviti itu.
Dalam perkembangan lain, Mohd Najib mengingatkan semua parti politik supaya menanggalkan bahan kempen Pilihan Raya Umum ke-13 yang diletakkan di sekitar ibu negara berikutan esok adalah hari terakhir mereka perlu berbuat demikian.

Sementara itu, Kwan berkata program Scope KL Eco Challenge 2013 yang dianjurkan pihaknya bertujuan menunaikan tanggungjawab sosial mereka dalam usaha mengekalkan Kuala Lumpur sebagai bandar raya hijau.

- BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat