Harian Metro: Setempat
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Setempat |
Posted: 17 May 2013 12:21 PM PDT Kuala Lumpur: "Ini azab paling besar dalam hidup saya. Tak berniat untuk meminjam RM2,000 daripada seorang rakan menyebabkan saya menanggung hutang lebih RM60,000. "Dulu, saya selalu baca kisah mangsa diperlakukan dengan kejam oleh along, sekarang saya merasai betapa sukarnya hidup selepas dibelenggu hutang yang entah dari mana," kata warga emas, Adnan Ahmad, 67, yang dipukul sekumpulan lelaki dipercayai ceti haram, minggu lalu.
Katanya, segalanya bermula Mac lalu apabila perniagaan yang diusahakan menghadapi masalah dan perlu membayar ganti rugi kepada pelanggan menyebabkan dia memerlukan wang segera.
SAHARUDIN menunjukkan kesan lebam di pinggang Adnan. Katanya, selepas itu dia menerima panggilan daripada lelaki tidak dikenali yang memaklumkan sejumlah wang dimasukkan menyebabkannya terpaksa menutup akaun bank bagi mengelakkan ia bertambah daripada semasa ke semasa dengan jumlah terakhir yang perlu dilunaskan melebihi RM60,000.
"Keadaan itu menyebabkan saya tertekan. Mereka datang ke kedai dan bawa saya ke satu kawasan di Bukit Permai, Ampang sebelum mengugut serta memukul saya menggunakan kayu menyebabkan cedera di rusuk kanan.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |