{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Mutakhir


Perebutan sesama sendiri antara faktor kalah: Azmin

Posted: 25 May 2013 01:18 AM PDT

PETALING JAYA: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali mengakui perebutan sesama rakan sekutu dalam pakatan pembangkang punca parti itu kalah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara dan Semenyih pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) 5 Mei lalu.

Azmin berkata, kepimpinan tertinggi PKR harus bertegas dalam keputusan yang dibuat dalam mesyuarat berhubung perkara itu.

"Kita bukannya tewas kepada Barisan Nasional (BN) tetapi kita kalah kerana sesama kita.

"Saya memohon pimpinan parti supaya bertegas dalam perkara ini," katanya ketika penggulungan perbahasaan sempena Kongres Nasional PKR Kesembilan di sini, sebentar tadi.

Kementerian fokus ubah persepsi belia terhadap pertanian

Posted: 25 May 2013 12:51 AM PDT

PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan fokus terhadap usaha mengubah persepsi negatif golongan belia terhadap bidang pertanian bagi mendekatkan dan meningkatkan penglibatan mereka dalam bidang itu.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ramai daripada golongan belia menganggap pertanian adalah bidang untuk mereka yang lebih berusia dan miskin serta tidak memerlukan pendidikan tinggi mahupun teknologi moden.

"Kita dalam proses untuk mengubah persepsi supaya belia sedar yang pertanian adalah kerjaya dunia moden.

"Kita tak nak orang menganggap bahawa mereka yang terlibat dalam dunia pertanian adalah orang miskin sedangkan di negara-negara maju seperti di Jepun, Belanda, Korea dan sebagainya orang yang terlibat dalam bidang pertanian adalah orang kaya dan berjaya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan MAHA Youth 2013 sempena Festival Belia Putrajaya 2013 di sini hari ini.

Turut hadir timbalannya Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan Ketua Setiausaha kementerian Datuk Mohd Hashim Abdullah.

Ismail Sabri berkata untuk itu pelbagai program akan dilaksanakan termasuk di peringkat universiti dengan kerjasama persatuan-persatuan belia dan pihak-pihak yang berkenaan.
Beliau turut mencadangkan kerajaan mengkaji pertukaran nama Universiti Putra Malaysia (UPM) kembali kepada Universiti Pertanian, bagi mengembalikan persepsi bahawa pertanian juga berhubung kait dengan bidang pendidikan.

"Dulu orang nampak pelajar lepasan Universiti Pertanian adalah golongan bijak pandai yang ada kaitan dengan pertanian, tapi bila ditukar namanya masyarakat dah lupa perkara tersebut," katanya.

Sementara itu dalam ucapannya Ismail Sabri berkata kementerian juga akan memberi tumpuan untuk membangunkan modal insan dan melahirkan tenaga kerja mahir tempatan memandangkan kekurangan tenaga kerja tersebut masih merupakan cabaran dalam industri agro makanan negara.

Beliau berkata persekitaran kerja yang kurang kondusif, peluang kerjaya yang terhad, upah yang rendah dan persepsi negatif masyarakat terhadap sektor pertanian menyebabkan ramai tidak berminat berkecimpung dalam bidang berkenaan, lantas menyebabkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing.

Justeru, kementerian akan menambah baik prasarana insitusi latihan di bawah kementerian serta meningkatkan pengambilan pelatih mengikut keperluan industri pertanian, katanya. - BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat