Berita Harian: Mutakhir
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Mutakhir |
Najib jamin kerajaan boleh lakukan perubahan Posted: 27 May 2013 02:50 AM PDT KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini memberi jaminan bahawa kerajaan boleh melakukan perubahan dalam negara dengan memahami keperluan belia. Sambil menegaskan bahawa tidak ada yang bersifat tetap, perdana menteri berkata kerajaan mesti berani dan sedia melakukan perubahan yang dapat memenuhi ekpektasi rakyat.
"Kita perlu punya minda terbuka dan bersikap pragmatik, bukan dogmatik," kata beliau dalam kiriman Facebooknya. - BERNAMA |
Pemilik tanah di puncak Bukit Gambir bakal dikenakan tindakan Posted: 27 May 2013 01:30 AM PDT GEORGETOWN: Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik tanah di Changkat Bukit Gambir di sini yang diteroka tanpa kelulusan majlis itu. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yewo, berkata laporan penuh berhubung penerokaan tanah bukit itu akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya minggu ini, selepas MPPP menerima pengesahan pemilik tanah daripada Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia.
Katanya notis henti kerja juga sudah diserahkan kepada pihak yang dipercayai pemilik tanah itu agar mereka memberhentikan kerja pembersihan tanah dan memulakan langkah pencegahan hakisan. Pada 18 Mei lalu, akhbar melaporkan terdapat kesan-kesan kerja penebangan pokok, penarahan bukit dan penimbusan tanah di kawasan puncak bukit itu yang melebihi ketinggian 250 kaki dari paras laut dan sebahagiannya berada pada kecerunan melebihi 25 darjah. Sementara itu, Setiausaha Perbandaran MPPP, Ang Aing Thye yang turut hadir, berkata pihaknya tidak dapat memastikan tujuan tanah berkenaan dibersihkan.
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |