{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Mutakhir


Khalid elak jawab calon PAS isi kerusi MB Selangor

Posted: 07 May 2013 02:46 AM PDT

SHAH ALAM: Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, Khalid Abdul Samad mengelak memberikan jawapan apabila diajukan soalan adakah calon PAS akan mengisi kerusi Menteri Besar Selangor.

Ini berikutan PAS dan DAP sama-sama menguasai 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) Ahad lepas berbanding PKR yang hanya memenangi 14 kerusi.

Beliau sebaliknya menyatakan ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat iaitu PAS, PKR dan DAP adalah sama kuat dan perbezaan satu kerusi tidak menandakan satu parti itu lebih hebat daripada yang lain.

"PAS semakin teguh (di Selangor) bila kita tambah kerusi kepada 15 berbanding lapan pada 2008, tetapi kita sama kuat," kata Khalid pada sidang akhbar di sini hari ini yang turut dihadiri Naib Presiden PKR Azmin Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman dan Timbalan Setiausaha DAP Selangor Ng Suee Lim.

Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor mensyaratkan bahawa calon Menteri Besar mestilah seorang Melayu dan beragama Islam, sedangkan tidak ada seorangpun calon beragama Islam daripada DAP yang bertanding dan menang pada PRU13 di Selangor.

Khalid turut menuding jari kepada Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan calon PAS sendiri bagi kegagalan PKR mempertahankan kerusi DUN Semenyih dan DUN Kota Damansara. Pada 2008, kedua-dua kerusi itu dimenangi calon PSM menggunakan lambang PKR.

Beliau berkata kehilangan dua kerusi itu menyebabkan PKR gagal memperoleh kerusi yang lebih banyak daripada PAS dan seterusnya membolehkan PKR menjadi parti yang 'sepatutnya' untuk memerintah Selangor.
"Semenyih ada pecah undi antara calon PSM dan PKR. Kota Damansara pula kita sudah arahkan calon kita (Ridzuan Ismail dari PAS) untuk menarik diri tetapi beliau masih tidak mahu menarik diri. Undi PAS dan PKR pecah, tidak termasuk pecah kepada tiga calon Bebas di situ.

"Ini satu pengajaran kepada dia (Ridzuan) supaya jangan besar kepala. Mana-mana pihak tidak boleh menang seorang diri dan khianati amanah rakyat. Kita akan buat laporan dan serah pada pimpinan PAS pusat untuk diambil tindakan," katanya.

DUN Semenyih menyaksikan Datuk Johan Abd Aziz daripada Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi itu dengan majoriti 4,145 undi, manakala DUN Kota Damansara turut dimenangi calon BN Halimaton Saadiah Bohan dengan majoriti 1,527 undi.

Rani pada sidang media itu pula memilih untuk berdiam diri tentang isu itu namun beliau hari ini dilaporkan berkata dalam sebuah akhbar harian tabloid berbahasa Melayu bahawa PAS Selangor akan menghantar senarai calon Menteri Besar dan Exco kerajaan negeri kepada PAS pusat untuk penelitian.

Semalam, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata PAS perlu diberi peluang menerajui Selangor dengan peningkatan kerusi DUN pada PRU13 dan pengaruh yang semakin kuat di negeri itu. - BERNAMA

'Tsunami Cina' disebabkan sentimen benci Melayu disebar Kit Siang - Tun M

Posted: 07 May 2013 02:12 AM PDT

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menganggap 'tsunami Cina' yang melanda pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) disebabkan sentimen kebencian terhadap Melayu yang disebarkan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Katanya, pemimpin pembangkang itu berjaya menyuntik kebencian kaum Cina terhadap kaum Melayu yang mempunyai segala-galanya selepas mencapai kemerdekaan.

"Ketika berkempen di kubu kuat yang memperjuangkan konsep antara Melayu, Cina dan India, beliau (Kit Siang) berjaya hasut rakyat supaya benci kepada Melayu dan memberi sokongan kepada DAP, dan sentimen ini merebak ke seluruh negara menyebabkan kebanyakan kaum Cina menolak tangan persahabatan kaum Melayu.

"Maka berlakulah 'tsunami Cina' pada pilihan raya kali ini," katanya pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, sebentar tadi.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat