{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Nasional

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Nasional


UMNO bukan rasis

Posted: 11 May 2013 04:00 PM PDT

  • Pertahan dasar kesederhanaan
  • Bukan Melayu sebagai rakan kongsi

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak menegaskan UMNO bukan parti rasis kerana ia sentiasa memberi keadilan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum di negara ini.

Perdana Menteri berkata, sejak ditubuhkan 67 tahun lalu, UMNO menganggap bukan Melayu sebagai rakan kongsi dan akan tetap mempertahankan dasar yang sederhana, adil dan saksama kepada semua bangsa.

Pimpin Malaysia jadi lebih aman, makmur dan berjaya

Berikutan itu, Presiden UMNO menyeru semua ahli UMNO berusaha sebagai satu pasukan dalam ikatan perpaduan kukuh untuk memberi jaminan kepada seluruh rakyat bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan memimpin Malaysia menjadi lebih aman, makmur dan berjaya.

"Semua pemimpin peringkat tinggi dan akar umbi UMNO harus berpesan kepada diri sepanjang masa bahawa pada akhirnya rakyat yang akan menentukan kelangsungan dan kekuasaan parti pada masa depan.
"Kalau kita ingat perkara ini, janji kita tepati dan kita tunduk, berkhidmat serta hormat kepada rakyat, insya-Allah lima tahun akan datang, kita menyambut sekali lagi ulang tahun parti keramat ini dengan penuh kejayaan.

"Jangan kita angkuh, sombong dan alpa. Kita adalah parti yang berjaya kerana rakyat suka, sokong serta percaya kepada kita," katanya pada majlis Sambutan Ulang Tahun UMNO ke-67 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam tadi.

Najib menegaskan, UMNO tidak tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), sebaliknya masih parti gagah perkasa dengan menambah bilangan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi, malah BN berupaya mendapat majoriti lebih besar sekiranya tidak berlaku anasir pembohongan dan isu perkauman oleh pembangkang.

Sambil berterima kasih kepada semua ahli UMNO yang bekerja keras di seluruh pelusuk negara, beliau berkata, UMNO adalah institusi politik paling berjaya di dunia kerana dalam sistem demokrasi berparlimen secara terbuka, tiada parti yang masih berkuasa selepas 67 tahun penubuhan.

Katanya, UMNO tidak akan membenarkan politik oportunis yang boleh menghancurkan segala kemajuan yang dibina oleh UMNO dan BN di Malaysia selama ini.

Terima keputusan rakyat

"Sepatutnya sebagai pengamal demokrasi, keputusan rakyat mesti diterima berdasarkan kepada sistem diguna pakai berdasarkan Perlembagaan. Saya sebagai Pengerusi BN dari awal lagi menyatakan BN akan menerima apa juga keputusan rakyat pada pilihan raya kali ini.

"Anehnya mereka (pembangkang) yang banyak bersuara tentang demokrasi dan rakyat akan menentukan segala-galanya, setelah pilihan raya berakhir mereka enggan menerima keputusan demokrasi yang ditentukan oleh rakyat Malaysia sendiri," katanya.

Kira-kira 2,000 ahli UMNO meliputi segenap peringkat kepemimpinan parti dari seluruh negara serta pemimpin dan wakil parti komponen BN memeriahkan majlis itu.

Turut hadir isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor; bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; dan Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Badruddin Amiruldin.

Hadir sama naib-naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal; Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin; Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Puteri, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Terdahulu, Najib yang segak berbaju Melayu warna biru tua menunaikan solat Maghrib dan Isyak bersama lebih 1,000 jemaah di Surau Ar-Rahman PWTC, selain bacaan Yassin, tahlil dan doa kesyukuran.

Pada majlis berkenaan, beliau yang juga Pengerusi BN bersama barisan kepemimpinan UMNO turut menaikkan bendera UMNO dan memotong pulut kuning.

Tsu Koon, Soi Lek letak jawatan presiden parti

Posted: 11 May 2013 03:54 PM PDT

Kuala Lumpur: Presiden GERAKAN, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon semalam mengumumkan peletakan jawatan berkuat kuasa Khamis ini, manakala Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hanya akan berundur seawal Jun depan.

Tsu Koon berkata, keputusan itu dibuat kerana beliau rasa bertanggungjawab atas kekalahan teruk parti berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei lalu.

"Saya sudah memaklumkannya (peletakan jawatan) kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) dan memberi laluan kepada parti untuk memulakan proses pembaharuan melalui pemilihan jawatankuasa baru.

Tetap berkhidmat

"Walaupun meletakkan jawatan, saya tetap akan memberi khidmat saya sekiranya perlu dan akan terus bersama-sama dengan parti bagi meneruskan perjuangan untuk rakyat," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Parti di sini, semalam.

Tsu Koon berkata, jawatan presiden akan dipangku oleh timbalannya, Datuk Chang Ko Youn sementara menunggu pemilihan parti pada 26 Oktober depan.

Sementara itu, Soi Lek berkata, beliau memikul tanggungjawab sepenuhnya terhadap keputusan PRU-13, bagaimanapun menegaskan beliau tidak boleh meletakkan jawatan hanya kerana beberapa orang menuntutnya berbuat demikian.
"Saya bertanggungjawab terhadap keputusan buruk yang dicatat MCA. Justeru saya memberi tempoh antara Jun dan Disember depan untuk berundur.

"Saya juga perlu menyelesaikan beberapa perkara dalam parti terlebih dulu dan merayu semua ahli parti bertenang dan tidak menyerang antara satu sama lain sekarang," katanya selepas mempengerusikan Majlis Presiden MCA di sini, semalam.

PRU-13 menyaksikan MCA hanya menang tujuh daripada 37 kerusi Parlimen ditandingi, manakala untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), parti itu menang 11 daripada 90 kerusi.

GERAKAN pula hanya memenangi kerusi Parlimen Simpang Renggam daripada 11 kerusi yang diperuntukkan dan tiga kerusi DUN iaitu Pemanis, Johor, serta Tanjong Papat dan Elopura di Sabah daripada 31 kerusi ditandingi.

Ketuai hala tuju parti

Soi Lek berkata, majlis itu memutuskan melantik timbalannya, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengetuai pasukan petugas khas bagi menggubal hala tuju baharu parti.

Beliau turut mengumumkan majlis itu bersetuju mempercepatkan pemilihan parti, iaitu bulan depan bagi peringkat cawangan dan bahagian, manakala peringkat pimpinan tertinggi pada Oktober.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat