{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Nasional

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Nasional


Barisan Kabinet Najib: Muka baru, berpengalaman

Posted: 12 May 2013 04:14 PM PDT

Gandingan dipilih berwibawa merealisasikan program transformasi

Kuala Lumpur: Barisan Kabinet yang dijangka diumumkan minggu ini bakal menyaksikan gabungan muka baru dan berpengalaman ke arah merealisasikan program transformasi Datuk Seri Najib Razak dalam kerajaan yang dicetuskan beliau sejak empat tahun lalu.

Perdana Menteri yang mendapat mandat baru, boleh membentuk kabinetnya daripada 133 Ahli Parlimen BN yang menang pada pilihan raya umum Ahad lalu, termasuk dari Sabah dan Sarawak atau memilih yang kalah dengan melantik mereka sebagai senator.

Bakal umum esok

Mereka yang dipilih dijangka diumumkan esok dan mengangkat sumpah jawatan Rabu ini.

Berdasarkan amalan sebelum ini, Perdana Menteri memilih wakil daripada 14 parti komponen BN untuk jawatan Menteri dan Timbalan Menteri. Namun, kali ini kemungkinan tiada wakil MCA dan GERAKAN yang memutuskan tidak mahu wakil parti dipilih berikutan persembahan buruk dalam PRU-13.

Dalam pilihan raya itu, UMNO menang 88 kerusi, MCA tujuh, MIC empat dan GERAKAN satu kerusi. Di Sarawak, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menang 14 kerusi; Parti Rakyat Sarawak (PRS) enam; Parti Tindakan Demokratik Sarawak (SPDP) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) masing-masing empat; UPKO tiga, manakala LDP, PBRS dan SUPP masing-masing satu.

Bagaimanapun, ramai berpendapat permintaan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, supaya parti itu tidak diberi jawatan dalam Kabinet mungkin tidak menjadi kenyataan untuk menggambarkan suasana harmoni dalam pentadbiran kerajaan.
Barisan Kabinet dijangka menampilkan muka baru kerana ramai yang digugurkan dan penyandang menteri serta timbalan kalah ketika pilihan raya, menyebabkan beberapa portfolio perlu diisi dengan muka baru jika penyandang tidak dilantik sebagai senator.

Nama Ali Rustam, Ghani dipertimbang

Antaranya, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang menawarkan diri berkhidmat sebagai menteri, selain Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (Baling), Datuk Abdul Rahman Dahlan (Kota Belud) dan P Kamalanathan (Hulu Selangor)
Selain itu, berikutan kekosongan, beberapa bekas menteri seperti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis kemungkinan dilantik kali ini. Calon lain ialah bekas Setiausaha Parlimen, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Selain itu, ketiadaan ramai Ahli Parlimen wanita memungkinkan Datuk Halimah Mohamed Sadique (Tenggara) dan Datuk Azizah Mohd Dun (Beaufort) yang menewaskan Datuk Lajim Ukin yang meletak jawatan dan keluar BN tahun lalu dan Datuk Nancy Shukri (Batang Lupar) dilantik sebagai Menteri atau timbalan.

Bagaimanapun, kegagalan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan bekas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman yang masing-masing tewas di Bukit Katil dan Gelang Patah, dijangka dilantik sebagai Menteri.

Kementerian baru

Berdasarkan aku janji BN dalam manifestonya, Najib juga dijangka mewujudkan kementerian baru, seiring dengan anjakan demografi bandar dan menangani cabaran sosial ekonomi bandar. Bagi tujuan itu, beliau dikatakan akan merombak Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

Namun, ada yang menjangka Najib akan menambah kementerian daripada 25 ketika ini kerana ada cadangan sebelum ini supaya beberapa kementerian diasingkan untuk penyesuaian pentadbiran, sekali gus menyebabkan ada penambahan portfolio baru.

Selain itu, Najib dijangka mengekalkan kabinet tanpa Setiausaha Parlimen bagi memastikan BN mempunyai ramai Ahli Parlimen penyokong kerajaan di Dewan Rakyat.

Senarai kali ini juga bakal menyaksikan ketiadaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, Datuk Seri Kong Cho Ha, Datuk Seri Chor Chee Heung, Tan Sri Bernard Dompok dan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang tewas dan tidak bertanding semula kecuali mereka dilantik sebagai senator.

Timbalan Menteri yang tewas pula ialah Datuk Saifuddin Abdullah, Dr Mohd Puad Zarkashi, Datuk S K Devamany, Datuk Liew Vui Keong, Datuk Tan Lian Hoe dan A Kohilan Pillay.

Merdeka Centre tak patuhi aku janji: SPR

Posted: 12 May 2013 04:06 PM PDT

Laporan NGO pemerhati PRU-13 diteliti sebelum ambil tindakan

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan meneliti laporan Merdeka Centre sebagai pemerhati Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sebelum mempertimbangkan sebarang tindakan kerana tidak mematuhi aku janji.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar, berkata untuk bersikap adil, fokus dan profesional, pihaknya akan meneliti laporan organisasi itu dan menemui kepemimpinannya terlebih dulu sebelum membuat keputusan.

"Memang saya sudah syak operasi mereka dikuasai pihak tertentu kerana ada tindak tanduk dan perbuatan yang nampaknya berpihak dan tidak jujur dalam beberapa aspek ketika melaksanakan tugas sebagai pemerhati pilihan raya.

"Ketika dilantik sebagai pemerhati tempatan, mereka bersetuju mematuhi aku janji," katanya kepada BH semalam.

Antara 16 NGO dilantik

Merdeka Centre adalah antara 16 NGO yang dilantik sebagai pemerhati tempatan yang perlu mematuhi larangan SPR seperti tidak berkempen atau cuba meraih undi ketika dalam pusat mengundi, mematuhi arahan pegawai SPR atau polis, mengganggu atau menemubual pengundi, membuat kenyataan media berkaitan pemerhatiannya, tidak melakukan perkara mencetuskan ketegangan atau kekecohan dalam pusat mengundi dan mengganggu perjalanan proses pilihan raya.

Kelmarin, Global Research dalam laman web www.globalresearch.ca, Merdeka Centre didakwa mendapat pembiayaan kerajaan asing untuk menghapuskan parti pemerintah di negara ini.
Operasi organisasi itu didakwa dibiayai Amerika Syarikat menerusi National Endowment for Democracy (NED) untuk menyokong beberapa perkara tertentu berkaitan PRU-13 seperti dakwaan penipuan sebelum pilihan raya, dakwat kekal mudah dicuci, boleh mengundi di kawasan berbeza jika mendaftar menggunakan nama dan kad pengenalan lain serta tuduhan pembangkang bahawa kerajaan membiayai penerbangan pengundi tetapi dinafikan kerajaan, selain warga asing memperoleh kad pengenalan dan dibenarkan mengundi.

Laman web itu juga mendakwa hubungan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Jabatan Negara Amerika Syarikat tidak berakhir menerusi Merdeka Centre, malah diteruskan dengan gerakan pembangkang Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH).

Tindakan dikesan

Wan Ahmad juga mempersoalkan mengapa NGO seperti Merdeka Centre boleh membenarkan pihak asing memperalatkan mereka secara halus atau sulit menerusi dana operasi dengan matlamat menjatuhkan sistem demokrasi negara.

"Walaupun cuba berselindung, sama ada sebelum atau selepas PRU tetapi SPR dapat mengesan tindakan mereka kerana ada aktiviti yang tidak secara langsung berpihak," katanya.

Beliau juga berharap kerajaan dapat melakukan sesuatu bagi memantau pembabitan NGO tempatan dibiayai NGO antarabangsa yang mempunyai agenda tersembunyi kerana ia membahayakan negara.

Gadai maruah

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari pula tidak terkejut dengan dakwaan yang mempunyai kaitan dengan pakatan pembangkang bagi menghuru-harakan negara supaya dapat memenangi pilihan raya.

"Ini adalah penjajahan terancang bentuk baru terancang pihak luar yang mahu menguasai negara kita dengan NGO dan parti politik menjadi ejen atau tali barut yang menggadaikan maruah untuk menunaikan hasrat 'tuan' mereka.

"Tindakan Anwar yang bersungguh-sungguh mahu membangkitkan kemarahan rakyat seperti yang dilakukan sekarang juga ada kaitan," katanya.

Pengerusi Pusat Kajian Polisi Awam (CPPS), Tan Sri Ramon V Navaratnam pula mencabar pihak yang cuba menunjukkan seolah-olah PRU-13 suatu penipuan supaya tampil dengan bukti sahih, bukan terus membuat dakwaan untuk memenuhi matlamat peribadi pihak tertentu.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat