Berita Harian: Nasional
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Nasional |
SPR selar Anwar sebagai 'Raja Fitnah' Posted: 19 May 2013 03:56 PM PDT Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyelar Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Raja Fitnah apabila mendakwa 500,000 undi awal anggota pasukan keselamatan dimanipulasi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kerana jumlah sebenar pengundi berdaftar untuk kategori itu, cuma kira-kira 230,000. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata Anwar melakukan pembohongan besar semata-mata untuk mengejar cita-cita peribadi bersama perasaan dendam, sehingga berterusan menjadikan suruhanjaya itu sebagai kambing hitam.
SPR tiada masalah atau takut dan tidak tertekan langsung kerana kita bekerja mengikut undang-undang. Kita percaya kepada keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. SPR ada semua rekod dan kertas undi yang sah. Dakwaan tak masuk akal Macam mana dia (Anwar) tahu kononnya sehingga 95 peratus anggota tentera dan polis nak pergi mengundi dia... tidak masuk akal, adakah dia fikir anggota tentera dan polis tidak ada perasaan langsung dengan pelbagai isu berbangkit? Dia adalah raja fitnah. Biarlah undang-undang yang menangani segala kerenah Anwar ini. Orang yang banyak memfitnah dan melakukan pembohongan ini, insya-Allah Tuhan akan tunjuk, katanya kepada BH, semalam.
Anwar antara lain menyatakan: Di kerusi Parlimen Permatang Pauh, saya mendapat tahu sebanyak 95 peratus anggota keselamatan yang akan mengundi awal menyatakan sokongan kepada PKR tetapi apabila tiba hari pengiraan undi, saya dapat lima peratus saja undi mereka. Wan Ahmad berkata, keputusan PRU-13 sudah mendapat pengiktirafan banyak pihak, malah diterima kerajaan negeri dikuasai pembangkang, kecuali berterusan dibantah oleh Anwar dan segelintir konconya. SPR tak berdiam diri Sambil mengulangi bahawa pihak tidak berpuas hati dengan keputusan PRU-13 boleh mengemukakan petisyen melalui mahkamah selepas pewartaan dijangka pada akhir bulan ini, katanya, SPR menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan polis untuk memastikan keselamatan negara dan ketenteraman awam ekoran tindakan Anwar mengadakan perhimpunan bantahan di merata tempat. Ditanya mengenai kemungkinan SPR membuat laporan polis serta mengemukakan saman terhadap Anwar atas segala pembohongan dan fitnah dilemparkan itu, beliau berkata: SPR tidak akan berdiam diri tetapi kita mesti membuat perancangan rapi mengikut kedaulatan undang-undang. Pejabat penasihat undang-undang SPR sedang meneliti, mengkaji, mengumpul bukti dan memberi nasihat kepada SPR mengenai langkah terbaik menangani dakyah pembohongan Anwar.
|
Pelajar cacat penglihatan rentas Selat Pulau Pinang Posted: 19 May 2013 03:53 PM PDT Butterworth: Seorang pelajar institusi pengajian tinggi yang cacat penglihatan berjaya mencatat rekod peribadi apabila berenang merentasi Selat Pulau Pinang secara individu dari Jeti Swettenham ke Pantai Bagan Ajam di sini, semalam. Faiq Adnan, 23, yang cacat sejak kecil memulakan renangan sejauh lima kilometer (km) pada jam 9 pagi dan menamatkan renangan pada jam 11.30 pagi, selepas menempuh pelbagai halangan termasuk disengat obor-obor dan menempuh cabaran ombak besar.
Saya sudah hampir berputus asa kerana disengat obor-obor di seluruh badan termasuk di tangan, bibir dan muka. Keadaan gatal itu amat tidak selesa, namun saya diberi perangsang oleh jurulatih untuk meneruskan cabaran ini. Cabaran ombak besar Selain itu, saya menempuh cabaran ombak besar tetapi ia tidak menghalang tumpuan saya untuk menyudahkan misi kerana sudah lama saya memasang impian untuk mencipta rekod ini, katanya selepas berjaya merentasi Selat Pulau Pinang, semalam. Acara merentasi Selat Pulau Pinang itu julung kali dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Sukan Rekreasi Orang Kurang Upaya Pulau Pinang (PESRON), PUSPAKOM Sdn Bhd serta Jabatan Belia dan Sukan negeri.
Sebagai persiapan untuk menjayakan misi ini, saya melakukan latihan renangan 40 pusingan di kolam renang dua kali sehari bagi membina stamina. Latihan kelajuan dan ketangkasan ini dijalankan sejak dua tahun lalu untuk memastikan saya benar-benar berkemampuan menjayakan misi ini. Rentas Selat Inggeris Selepas ini, saya berhasrat mencatat satu lagi rekod peribadi iaitu berenang merentasi Selat Inggeris pada 2015 dan berharap ada pihak yang sudi menaja serta membantu saya merealisasikan impian berkenaan, katanya. Jurulatihnya, Datuk Ooi Win Juat, berkata Faiq yang berenang dalam sangkar khas berdepan tempoh sukar apabila sangkar berkenaan pecah dipukul ombak besar ketika berada di tengah laut. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |