{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Nasional

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Nasional


Agensi KDN bebas bertindak

Posted: 20 May 2013 05:10 PM PDT

Ketua jabatan diberi kuasa penuh menguatkuasa undang-undang: Zahid

Kuala Lumpur: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan semua jabatan dan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN), termasuk polis bebas membuat keputusan dan mengambil tindakan berlandaskan undang-undang tanpa campur tangan politik.

Katanya, KDN menyerahkan sepenuh kuasa kepada ketua jabatan berkaitan melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang mengikut akta sedia ada di bawah bidang kuasa masing-masing.
Apa saja tindakan yang bakal diambil tidak akan ada campur tangan politik dari kami berdua (Menteri dan Timbalan Menteri Dalam Negeri)," Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,Menteri Dalam Negeri

Perkasa undang-undang

"Dalam usaha menangani segala isu berkaitan keselamatan dan ketenteraman awam, PDRM akan melakukan langkah pencegahan lebih awal sebelum insiden berlaku dan mengambil apa juga langkah perlu untuk menyelesaikannya.

Pembangkang tidak hormat Perlembagaan

"Apa saja tindakan yang bakal diambil tidak akan ada campur tangan politik dari kami berdua (Menteri dan Timbalan Menteri Dalam Negeri)," katanya pada sidang media selepas lawatan pertama sebagai Menteri Dalam Negeri, ke Bukit Aman semalam.
Hadir sama Timbalannya, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Ketua Setiausaha, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Zahid juga berkata, sebarang tindakan atau pelaksanaan undang-undang oleh PDRM tidak wajar dipertikaikan oleh mana-mana pihak selagi ia mengikut undang-undang dan akta yang diperuntukkan dalam bidang kuasa pasukan itu.

Mengulas tindakan pihak yang cuba menimbulkan kekacauan kerana tidak berpuashati dengan keputusan PRU-13, beliau menganggap pemimpin pembangkang tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan dan kuasa Yang di-Pertuan Agong.

Hormati undang-undang

"Kita (ahli politik) boleh berbeza pendapat. Kami sentiasa meraikan perbezaan pendapat.. tetapi dalam soal undang-undang negara, kita seharusnya tidak ada perbezaan kerana semua udang-undang diluluskan oleh kita sebagai penggubal undang-undang.

"Maka, sebagai penggubal undang-undang, kita wajar mematuhi dan menghormati undang-undang yang kita sahkan sendiri," katanya.

Sementara itu, pada sidang media di Putrajaya, beliau berkata, pendekatan menyerahkan sepenuhnya kepada ketua jabatan membuat keputusan bertujuan memperkasakan jabatan dan agensi di bawah KDN.

"Kaedah itu juga memberi keyakinan kepada rakyat bahawa apa yang dilakukan KDN tidak bermotifkan politik," katanya pada sidang media sempena hari pertama di kementerian itu.

Dalam pada itu, Zahid berkata KDN memerlukan sokongan dan bantuan semua pihak, termasuk pemimpin politik, kakitangan kerajaan dan swasta, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta individu kerana kementerian tidak mungkin mencapai matlamat jika bekerja bersendirian.

Mengenai tuntutan Lim Guan Eng supaya beliau meminta maaf atas kenyataan didakwa berunsur perkauman yang dilaporkan media baru-baru ini, Zahid berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang patut minta maaf kerana tersilap mentafsirkan kandungan dan memutar belitkan berita berkenaan.

Bidas Anwar

Zahid turut membidas Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang meminta beliau supaya tidak menjadikan negara ini seperti milik keluarganya

"Negara ini pun bukan negeri bapa dia punya. Memang bukan (milik) bapa saya. Ini (pun) bukan negeri bapa dia," katanya dan meminta Anwar supaya menghormati undang-undang negara.

'Teroka hutan Pos Terisu ikut undang-undang'

Posted: 20 May 2013 02:21 PM PDT

Kuantan: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob menjelaskan penerokaan tanah seluas 24 hektar di Pos Terisu, Cameron Highlands adalah mengikut undang-undang.

Katanya, ia dilakukan selepas Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) mengambil alih tanah itu daripada Orang Asli di kawasan terbabit, untuk dimajukan sebagai tanah pertanian.

Lapor kepada SPRM
Kalau ada pihak yang merasakan isu ini berkaitan dengan salah guna kuasa atau rasuah sila lapor kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia)... biar mereka yang siasat dan jangan buat tuduhan semberono," Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang

"Kalau ada pihak yang merasakan isu ini berkaitan dengan salah guna kuasa atau rasuah sila lapor kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia)... biar mereka yang siasat dan jangan buat tuduhan semberono," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan portfolio ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri di sini, semalam.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam yang mendakwa berlaku penerokaan tanah secara haram bagi tujuan pertanian di beberapa kawasan di Pos Terisu, Cameron Highlands.

Adnan berkata, tindakan JAKOA menyerahkan tanah itu kepada sebuah syarikat bertujuan memastikan pembangunan dijalankan secara teratur, selain mengelak penerokaan yang tidak tersusun oleh Orang Asli.

Syarikat membuat bayaran
"Syarikat itu juga membuat bayaran kepada 55 keluarga Orang Asli (yang tanah mereka terbabit dalam penerokaan itu) setiap tahun bermula 2008," katanya.

Menurut Adnan, syarikat itu membayar RM800 pada 2008, meningkat kepada RM1,800 pada 2009, RM 2,400 pada 2010 dan RM4,000 pada 2011. - BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat