{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Nasional

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Nasional


Pengundi Cina kena tipu

Posted: 07 May 2013 04:51 PM PDT

Diperdaya pembangkang kononnya undi mereka boleh tumbangkan BN: PM

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak berkata pengundi Cina telah diperdaya oleh pembangkang kononnya undi mereka boleh menumbangkan Barisan Nasional (BN) dan menukar kerajaan.

Namun, Perdana Menteri berkata, ia sebenarnya tidak benar kerana walaupun sebahagian besar masyarakat Cina menyokong pembangkang, BN mendapat mandat menerusi pengundi Melayu dan Bumiputera lain serta India.
Najib menjelaskan beliau tidak menyalahkan pengundi Cina, sebaliknya mengecam tindakan pembangkang melakukan penipuan besar dan mereka cerita tidak logik dan tiada bukti seperti kononnya ada 40,000 pengundi hantu warga Bangladesh, semata-mata mahu merebut kuasa.

Terpedaya

"Mereka telah diperdaya oleh pembangkang. Meskipun di sesetengah tempat, 90 peratus sokong DAP atau pembangkang, sokongan orang Melayu, Iban, Kadazan. Bumiputera dan India, BN masih kekal sebagai kerajaan.

"Kita harus sedar parti pembangkang sudah menggambarkan kepada masyarakat Cina bahawa mereka boleh ubah kerajaan. Malah, itu slogan yang digunakan. Mereka yang mengundi pembangkang benar-benar percaya boleh ubah kerajaan.

"Tetapi, hakikatnya walaupun sebahagian besar masyarakat Cina sokong pembangkang, kerajaan tidak tumbang. Ini satu penipuan besar kepada masyarakat Cina sehingga mereka betul-betul yakin kerajaan akan berubah kepada pembangkang," katanya pada sidang media selepas perjumpaan khas tertutup dengan Ahli Parlimen BN, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.
Perdana Menteri berkata, walaupun BN banyak membantu masyarakat Cina, mereka tetap mempercayai penipuan pembangkang kerana dihasut, terutama oleh DAP.

Bukan salah pengundi Cina

Sementara itu, ketika diasak pemberita agensi berita luar negara yang mempersoalkan tajuk muka depan akhbar Utusan Malaysia semalam 'Apa lagi Cina mahu?' yang mempertikaikan sikap pengundi Cina itu, Najib berkata:

"Ya lah... tetapi anda menyalahkan Utusan. Bagaimana pula dengan akhbar Cina... adakah anda menyatakan bahawa akhbar Cina menyatakan perkara yang benar sepanjang masa?"

Namun, Najib menjelaskan beliau tidak menyalahkan pengundi Cina, sebaliknya mengecam tindakan pembangkang melakukan penipuan besar dan mereka cerita tidak logik dan tiada bukti seperti kononnya ada 40,000 pengundi hantu warga Bangladesh, semata-mata mahu merebut kuasa.

Beliau juga berkata, kemerosotan tujuh kerusi Parlimen BN kepada 133 berbanding 140 pada 2008 berpunca daripada penipuan pembangkang terhadap pengundi Cina.

Katanya, jika hanya 25 peratus pengundi Cina mengundi BN seperti 2008, beliau dapat membentuk kerajaan majoriti dua pertiga.

Justeru, bagi menarik balik sokongan pengundi Cina yang terpengaruh dengan penipuan besar pembangkang, Najib berkata, semua pihak termasuk media, perlu menerangkan perkara sebenar kepada mereka.

BN kaji secara mendalam

Ditanya sama ada perubahan akan dilakukan berikutan keputusan PRU-13, beliau berkata, BN akan mengkaji secara mendalam dan membincangkannya sesama parti komponen untuk menentukan langkah yang patut diambil.

Mengenai kenyataan penganalisis politik bahawa pembangkang mendapat sokongan pengundi bandar, beliau menjelaskan BN mempunyai fakta bahawa sokongan daripada banyak pusat daerah mengundi (PDM) kawasan Melayu semakin kukuh berbanding 2008.

"Pada 2008 UMNO menang 79 kerusi, kali ini 88 kerusi. Ini bermakna undi Melayu bertambah kukuh di seluruh negara," katanya.

Pemimpin asing ucap tahniah

Posted: 07 May 2013 04:43 PM PDT

Negara luar harap dapat kerjasama dengan kerajaan baru

Kuala Lumpur: Ramai pemimpin dan negara asing, termasuk Amerika Syarikat (AS) mengutuskan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Najib Razak sempena kemenangan beliau pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

"Kami mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia kerana berjaya mengadakan pilihan raya yang paling kompetitif dalam sejarah negara," menurut kenyataan dikeluarkan Kedutaan Amerika di sini, memetik pemangku timbalan jurucakap di Jabatan Negara Amerika, Patrick Ventrell.

"Kami puas hati melihat rakyat Malaysia pelbagai peringkat terbabit dalam proses pengundian dalam jumlah yang besar dengan semangat yang tidak pernah berlaku sebelum ini," katanya.

AS harap kerjasama

Ventrell berkata, Amerika berharap dapat bekerjasama dengan kerajaan baru selepas ia dibentuk.

PRU-13 menyaksikan BN yang diterajui Najib kembali berkuasa apabila menang 133 daripada 222 kerusi Parlimen untuk membentuk kerajaan persekutuan.
Dalam kenyataan itu, Ventrell turut menggesa semua pihak supaya menghormati kehendak pengundi.

Najib yang juga pengerusi BN, turut menerima ucapan tahniah daripada rakan sejawatannya beliau David Cameron (United Kingdom), Yingluck Shinawatra (Thailand) dan New Zealand, John Key.

Beliau juga menerima ucapan tahniah daripada Putera Mahkota Abu Dhabi, Jen Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan.

Perdana Menteri Australia, Julia Gillard menghubungi Najib melalui telefon pada jam 1 tengah hari semalam untuk menyampaikan ucapan tahniahnya.

Cameron ucap tahniah

Kenyataan Suruhanjaya Tinggi Britain di sini hari ini, berkata Cameron menghubungi Najib untuk mengucapkan tahniah atas kemenangan beliau, malam kelmarin.

"Perdana Menteri Cameron menegaskan tentang pentingnya perubahan politik dan ekonomi terus dilakukan sebagai susulan kepada usaha yang dilaksanakan sebelum ini.

"Perdana Menteri Cameron berkata beliau berharap hubungan dua hala antara United Kingdom dan Malaysia akan terus dipertingkat," kata kenyataan itu. - BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat