{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Ratu

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Ratu


Kamar raja sehari

Posted: 09 May 2013 03:12 PM PDT

Dalam budaya perkahwinan Melayu, bilik pengantin tidak pernah diketepikan kerana ia menjadi simbolik utama dalam perkahwinan apabila pasangan bersatu secara sah sebagai suami isteri untuk melayari bahtera rumah tangga.

Kamar pengantin dikatakan tempat paling istimewa untuk pasangan baru meluangkan detik romantis, intim dan peribadi dalam memupuk kasih sayang. Justeru, bilik pengantin dihias cantik dan tampak berseri bagi meraikan mempelai.

Pengarah Urusan syarikat perhiasan rumah, Elyzas Home (M) Sdn. Bhd, Teh Kiong Hui, berkata menjadi kelaziman bilik pengantin diberi perhatian dan diintai ahli keluarga serta sanak saudara ketika majlis berlangsung. Bahkan, ada tetamu yang tidak mahu melepaskan peluang, merakam setiap sudut atau bergambar sama di dalam bilik pengantin berkenaan.

Teh berkata, apabila bilik pengantin dihiasi cantik dan berkelengkapan elok, ia seakan menggambarkan kesediaan keluarga pengantin menerima kehadiran ahli baru, selain membangkitkan kemesraan dalam institusi kekeluargaan.

Selain pelamin, bilik pengantin juga dijadikan latar belakang untuk sesi penggambaran pasangan pengantin. Inilah antara sebab mengapa bilik pengantin perlu dihias cantik, katanya pada majlis pelancaran koleksi kamar pengantin Elyzas Home di Kajang, baru-baru ini.

Jana ekonomi

Teh berkata, menurut statistik daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada 2009, seramai 196,093 perkahwinan berlangsung di Malaysia. Jumlah itu mencatatkan seramai 135,136 pasangan adalah Muslim dengan rata-ratanya berkemampuan mengeluarkan belanja untuk menghiasi bilik pengantin.
Katanya, apabila mengeluarkan perbelanjaan untuk menghiasi kamar seperti set perabot katil, almari pakaian dan meja solek dengan menambah penggunaan langsir yang tepat, bantal kusyen, bunga dan aksesori lain, secara tidak langsung ia menjana pendapatan negara dalam industri berasaskan perkahwinan.

Jika kos purata perbelanjaan pada hiasan bilik pengantin Melayu dianggarkan sebanyak RM2,000, maka jumlah pendapatan dalam industri fabrik pengantin mencapai kira-kira RM 270 juta pada tempoh berkenaan. Setiap tahun, apabila beribu-ribu perkahwinan didaftarkan, ia membantu meningkatkan ekonomi negara kerana ada keperluan yang harus dibelanjakan, katanya.

Penjimatan perhiasan

Sama ada menukar baru perabot dan hiasan untuk menghiasi bilik pengantin, masih lagi bergantung kepada perbelanjaan individu.

Teh berkata, walaupun sesetengah perubahan diperlukan untuk menandakan permulaan bab baru, berbelanja lebih daripada kemampuan, khususnya menghias cantik bilik pengantin tidak wajar kerana membebankan pasangan selepas majlis.

Bilik pengantin yang cantik boleh dihasilkan tanpa kos tinggi. Jika pasangan mempunyai perbelanjaan terhad, menyewa set peralatan tempat tidur adalah idea yang baik. Selain itu, langsir lama boleh diperbaharui dengan penambahan kelambu atau kepala langsir yang baru.

Kerusi lama pula boleh dilapisi dengan fabrik baru, begitu juga dengan kepala katil lama boleh ditutupi ataupun dilapisi dengan kain baru untuk menambah seri bilik pengantin. Apa yang penting ialah fabrik yang tepat, katanya.

Kuasa Martindale

Sementara itu, Pengasas dan Ketua Pegawai Operasi Elyzas, Elyza Yong, berkata fabrik dalam kamar pengantin tidak seharusnya dipandang sebelah mata. Fabrik yang tepat untuk bilik pengantin sebaik-baiknya perlu menjalani ujian gosok Martindale.

Ujian gosok Martindale ialah ujian digunakan untuk mengukur ketahanan dan kesesuaian fabrik bagi tujuan upholsteri. Ujian itu memberikan skor dalam 1,000 gosokan. Fabrik untuk upholsteri domestik yang sering diguna mempunyai penilaian sebanyak 20,000 gosokan. Secara umum, lebih tinggi angka itu, maka lebih sesuai fabrik untuk kegunaan berat seperti langsir dan peralatan katil pengantin.

Elyza berkata, pemilihan fabrik untuk langsir, cadar, bantal, sarung dan kerusi yang melengkapi bilik pengantin disarankan, mempunyai standard dengan lebih 20,000 hingga 25,000 ujian Martindale.

Memahami keperluan pengantin, Elyzas Home menawarkan fabrik cetakan yang dirawat dengan Texgard Stain Repellent. Ia adalah bahan kimia fluorocarbon unik yang mempunyai perisai sebagai pelindung di sekeliling gentian.

Teh berkata, fabrik yang dirawat itu berupaya menahan air dan kotoran yang berasaskan minyak, selain mampu mengekalkan rupa seperti baru secara lama.

Keunikan fabrik itu dengan lebih 2,000 fabrik yang lain boleh didapati menerusi koleksi pengantin konsep terkini iaitu koleksi set peralatan tempat tidur pengantin untuk perhiasan kamar pengantin Melayu.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat