Berita Harian: Sukan
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Sukan |
Tok Gajah buat Lions XII gigit jari Posted: 17 May 2013 03:49 PM PDT Kuantan: Saingan di puncak Liga Super semakin terbuka apabila pendahulu, Lions XII tercicir dua mata selepas diikat 1-1 oleh Pahang di Stadium Darulmakmur, malam tadi. Ketika saingan masuk ke minit-minit akhir, wakil Singapura itu yang hampir membawa pulang tiga mata selepas mendahului 1-0 menerusi gol sepakan percuma kapten, Shahril Ishak, Pahang bangkit menyamakan kedudukan menerusi tandukan pada saat terakhir permainan Azamuddin Akil. Pada babak pertama, tuan rumah bermula garang dan hampir membuka jaringan menerusi Azamuddin Mohd Akil tetapi bola berjaya ditepis penjaga gol lawan, Izwan Mahbud seawal minit kelapan. Serangan tajam Sebaliknya, tiga minit kemudian, Mohd Shahril meletakkan skuadnya di depan hasil daripada sepakan percuma penyerang dari Singapura itu menewaskan penjaga gol Pahang, Rosfaizul Azuar Ali dan menyaksikan anak buah Dollah Salleh seakan kehilangan rentak buat seketika. Selepas rehat, Pahang melakukan pertukaran pemain dengan memasukkan Matias Conti di bahagian serangan manakala Khairul Azhan Mohd Khalid diberi tanggungjawab menjaga gawang, masing-masing menggantikan Abdul Malik Mat Ari dan Rosfaizul. Kemasukan Fauzi Roslan pada minit-minit terakhir menambah ketajaman asakan Pahang, namun usaha gigih Azamuddin sepanjang 90 minit akhirnya membawa hasil apabila menanduk masuk umpanan Damion Stewart sejurus sebelum tamat permainan. |
Posted: 17 May 2013 03:21 PM PDT Kuala Lumpur: Jurulatih beregu lelaki, Paulus Firman menagih sentuhan lama Koo Kien Keat-Tan Boon Heong seperti dipamerkan ketiga zaman kegemilangan mereka enam tahun lalu bagi membantu skuad negara menghadapi kempen Piala Sudirman bermula dengan aksi menentang Taiwan dalam saingan Kumpulan C di Stadium Putra Bukit Jalil, esok. Kien Keat-Boon Heong tetap menjadi sandaran utama dalam acara beregu lelaki bagi mengutip mata biarpun masih dilihat tidak konsisten. Namun, mereka semakin mempamerkan peningkatan terutama dalam usaha untuk kembali beraksi dengan corak permainan mereka suatu ketika dahulu. Chong Wei sandaran utama Kien Keat-Boon Heong pernah mencetuskan impak dalam arena badminton dunia apabila bergelar beregu nombor satu dunia selepas menjuarai beberapa kejohanan besar termasuk memenangi pingat emas Sukan Asia 2006 di Doha, Qatar dan Seluruh England 2007 selain naib juara Kejohanan Dunia 2010 di Paris, Perancis di mana ketika itu mereka di bawah kendalian Rexy Mainaky. Dalam pada itu, Paulus turut menegaskan Malaysia perlu memastikan kemenangan dalam acara perseorangan lelaki, beregu lelaki dan beregu campuran yang disifatkan sebagai senjata utama skuad negara pada edisi ke-13 Piala Sudirman kali ini. Sandaran skuad negara untuk mengutip mata sudah pasti akan diletakkan di bahu jaguh perseorangan, Lee Chong Wei, Kien Keat-Boon Heong (beregu lelaki) dan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying (beregu campuran) memandangkan Malaysia sedikit goyah dalam acara perseorangan wanita dan beregu wanita. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |