{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Sukan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Sukan


'Kuasa jurulatih'

Posted: 20 May 2013 12:26 PM PDT

Karathu, Wan Jamak minta pengendali diberi kuasa; dapat kekang kegiatan bookie

Kuala Lumpur: "Beri bonus dan luaskan bidang kuasa seseorang jurulatih!"

Demikian cadangan bernas yang terbit daripada mulut dua jurulatih berpengalaman negara - Datuk M Karathu dan Wan Jamak Wan Hassan dalam usaha mengekang kegiatan bookie daripada terus berleluasa dalam kancah Liga Malaysia (Liga-M).
Beri lebih kuasa kepada jurulatih kerana jurulatih lebih mengerti kemampuan sebenar setiap pemain. Kalau didapati bersalah, buang mereka daripada pasukan dan hebahkan kepada semua pasukan supaya tidak menggunakan khidmat pemain berkenaan sekali gus memberi pengajaran berguna kepada pemain lain," Datuk M Karathu, jurulatih negara

Pada pengamatan mereka, dua langkah pencegahan itu dilihat menjadi antara kaedah terbaik untuk mengelakkan pemain daripada terjebak dalam gejala rasuah.

"Benda ini sudah lama. Malah, seluruh dunia juga ada kes mengatur perlawanan. Sekarang sudah jadi serius kerana faktor sukar untuk mengenalpasti bookie dan mendapatkan bukti namun setiap keputusan (menerima sogokan atau tidak) adalah bergantung kepada pemain itu sendiri.

"Beri lebih kuasa kepada jurulatih kerana jurulatih lebih mengerti kemampuan sebenar setiap pemain. Kalau didapati bersalah, buang mereka daripada pasukan dan hebahkan kepada semua pasukan supaya tidak menggunakan khidmat pemain berkenaan sekali gus memberi pengajaran berguna kepada pemain lain," kata Karathu ketika dihubungi semalam.

Gejala rasuah difahamkan 'kembali menghantui bola sepak negara' apabila perlawanan Liga Perdana antara Kuala Lumpur dan Sime Darby di Stadium KLFA, Cheras kelmarin berkesudahan dengan jaringan yang sudah dijangka sekumpulan penyokong setia skuad ibu kota itu.
Dua kain rentang tertulis "Bookie Detected (Bookie dikesan)" dan "Bookie 5 Fans (peminat) 0" diletakkan dari awal permainan dan selepas tamat permainan, Sime Darby menewaskan tuan rumah dengan jaringan seperti dijangka.

Pemain bersifat kebendaan: Wan Jamak

Sementara itu, Wan Jamak pula menyifatkan pemain yang ada sekarang lebih bersifat kebendaan dan terlalu mengejar kemewahan sehingga mudah terjerat dengan perangkap bookie.

"Wang ringgit memang penting dan faktor itu juga mendorong pemain untuk menerima rasuah. Bagi saya pihak pengurusan perlu beri insentif kepada pemain setiap kali mencapai sasaran.

"Contohnya, jika sasaran tidak bolos dalam sesuatu perlawanan tercapai, tidak salah jika pemain dihargai dengan pemberian insentif. Saya juga harap Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebagai Menteri Belia dan Sukan dapat mengambil tindakan drastik dalam menangani perkara ini," kata Wan Jamak.

NS harap kebangkitan benam Tentera berterusan

Posted: 20 May 2013 12:20 PM PDT

Seremban: Selepas bangkit melakar kemenangan pertama ke atas Tentera, Sabtu lalu, Negeri Sembilan mengharapkan kejayaan itu berterusan ketika bertemu Pahang dalam saingan Liga Super, di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam esok.

Sehubungan itu, jurulatih pasukan berkenaan, Ridzuan Abu Shah menaruh harapan tinggi terhadap anak buahnya supaya meneruskan persembahan terbaik agar sasaran kutipan tiga mata berharga dapat direalisasikan.

Sambil mengakui satu lagi tugas berat bakal menguji kemampuannya, dia mahu pemain pasukan itu memastikan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri, dimanfaatkan sebaik mungkin bagi mencapai kemenangan dalam usaha membawa pasukan keluar daripada kedudukan tercorot carta liga.

Faktor pengalaman

"Kemenangan ke atas Pahang perlu diterjemahkan sebagai langkah awal membawa pasukan keluar daripada kedudukan tercorot liga.

"Walaupun cabaran menentang pasukan itu bukan mudah kerana skuad bimbingan Dollah Saleh itu dilihat begitu mantap, tetapi saya mengharapkan pengalaman menentang Tentera tempoh hari dapat digunakan sebaiknya oleh pemain Negeri Sembilan untuk mengekang ketangkasan pemain pasukan itu," katanya semalam.

Ridzuan bagaimanapun mengakui, persiapannya dalam menyusun strategi terbaik sedikit terjejas berikutan tonggak pertahanan, William Paul Modibo tidak dapat diturunkan kerana penggantungan, namun sudah mengenal pasti pemain lain yang bakal mengisi kekosongan itu.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat