Berita Harian: Sukan
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Sukan |
Posted: 08 May 2013 05:32 PM PDT Tunku Ismail kecewa aksi Johor DT; akan ambil tindakan wajar Disember ini Johor Bahru: Dua kekalahan berturut-turut Johor Darul Takzim tampak mengundang rasa marah Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menyuarakan rasa kesal, semalam betapa dia 'tersalah beli segelintir pemain' yang tiada hati dan semangat berjuang untuk pasukan diwakili. Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) itu meluahkan rasa duka cita dengan persembahan longlai ditunjukkan anak didik Fandi Ahmad selepas kecundang kepada Tentera 2-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, kelmarin. Tindakan wajar "Saya mengakui berasa kesal membeli beberapa pemain yang tidak menunjukkan kesungguhan dan akan mengambil tindakan wajar Disember ini," katanya dalam kenyataan media, semalam. Tunku Ismail bagaimanapun tidak menyalahkan jurulatih, Fandi atau pun pihak pengurusan pasukan yang menjadi punca kekalahan itu malah pada sesi latihan beliau berada di padang dan menyaksikan sendiri segala usaha dilakukan terutama perancangan taktikal. "Pelbagai kemudahan latihan sudah disediakan bagi manfaat pemain termasuk sesi video taktikal selain perbincangan bersama jurulatih (Fandi) namun semua keputusan sama ada untuk menang atau kalah terletak kepada kehendak kesebelasan utama yang beraksi di padang," katanya. Kekalahan itu memberi tamparan buat skuad Harimau Selatan apabila tumpas pada dua perlawanan berturut-turut selepas tewas 3-0 kepada Perak di Stadium Lumut, 27 April lalu. Bagaimanapun, Tunku Ismail tetap meletakkan harapan tinggi meneruskan usaha merebut kejuaraan sama ada Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia berbekal perancangan masa depan dengan hanya mengambil pemain yang komited serta berazam menaikkan nama Johor DT. "Apa pun saya berterima kasih kepada penyokong Johor atas semangat ditunjukkan selama ini dan penyokong juga berhak mengetahui perkembangan dalam pasukan. Saya akan pastikan PBNJ melakukan segala usaha memperbaiki kelemahan," kata Tunku Ismail. |
Posted: 08 May 2013 05:25 PM PDT Kota Bharu: Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak menyuarakan rasa kesal terhadap gelagat segelintir penyokong The Red Warriors (TRW) yang mengejek pemain, terutama Ahmad Fakri Saarani pada aksi Liga Super menentang FELDA United di Stadium Sultan Muhammad ke-IV malam kelmarin. Dia beranggapan penyokong Kelantan harus memberi sokongan padu menaikkan semangat pemain bukan mengejek yang boleh menyebabkan pemain bermain di bawah tekanan.
Penyokong ubah sikap "Apa yang saya lihat, Fakri bermain lebih baik ketika beraksi di tempat lawan berbanding di tempat sendiri. Penyokong TRW perlu mengubah sikap itu jika mahu melihat pasukan terus mempamerkan aksi terbaik untuk perlawanan seterusnya," katanya selepas kemenangan 3-0 Kelantan ke atas FELDA United, di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, malam kelmarin. Sementara itu, jurulatih FELDA United, K Devan menganggap faktor keletihan menjadi punca utama anak buahnya tewas kepada Kelantan selain dua gol pantas diperoleh Kelantan di separuh masa pertama memberi tekanan buah anak buahnya. "Pemain Kelantan lebih cergas dan mereka mempunyai kelebihan kerana mempunyai rehat yang cukup. Pemain saya sedikit keletihan selepas perlawanan dengan Perak pada Jumaat lalu," katanya. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |