felda bukit goh - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda bukit goh - Google Blog Search |
Blog Felda: <b>felda bukit goh</b> - Google Blog Search Posted: 01 May 2013 12:00 AM PDT Oleh kerana dah final year dan final sem. Banyak la benda yang terjadi sejak akhir2 ni.Dr sesimple benda ke sesuatu yang besar. Ada yang sakit kepala fikirkan. Ada yang boleh buat hormon endorfin keluar bile teringat. Just 4 sharing something ... Masa pergi felda bukit sagu..untuk program OPKIM. Saya dan budak-budak kelas saya jadi fasilitator untuk program selama 4 hari bersama dengan anak-anak felda yang umur dr darjah 6 sampai tingkatan 3. Allah takdirkan saya bersama dengan sahabat yang saya sayangi iaitu Kak ria, untuk LDK. Saya risau gak nak handle mula2..Dulu saya jadi fasi pun, senior saya yang banyak tolong saya. Saya assistant dia je. Pastu, seme benda dah ade hard copy, just baca dan ikut arahan je. Senang je kut. Kali ni. Banyak benda tak boleh buat sperti LDK yang pernah saya buat dulu. Dulu ilmiah sikit. Kongsi mcm mane nak studi dengan berkesan. Ok gak la..banyak saya pelajari dari program tu.. Sekarang bila time saya..cuak je. Alhamdulillah ade Kak ria.. Pastu ketua fasi pun banyak guide kami. Cam gini cam gini..cam gtu cam gtu. Tapi..kami awal2 lagi, tak ikut arahan dia. Sebabnya..bukan sengaja. Tapi saya yang misunderstanding. Saya buat ice breaking sekejap je. Pastu tersu saya buat aktiviti radio rosak. Alhamdulillah..Kami berjaya. Walaupun tak banyak.. Masa LDK. Kami ada tanya kat murid-murid darjah 6 ni macam ni "ok sekrang semua tutup mata , dan letak tangan kat bawah. Jari-jari kamu luruskan. Bila akak cakap , siapa yang satu hari tu, sekali dia tinggal solat, kamu tutup jari kamu satu" " Boleh adik-adik?" Saya boleh lihat, cuma dua orang je yang bersolat penuh. Dan yang bersolat penuh ni pun, boleh nampak dia punya sifat dan kelakuan dia. Salah siapa?.. Nak salah mak ayah ker ? Atau makayah mereka cakap macam gini " ala mereka kecik agi, nanti dah "cukup umo" tu pandai2 lah dia bersolat penuh..." "ala , budak kecik, solatnyer bukan betul sangat" tengok, ibubapa ni merendahkan anak-anak sejak kecil lagi. Bila anak dah besar, dia salah kat anak pulak. NOT FAIR! Saya rasa isu mak ayah bagi didikan agama dari kecik tapi bila besar anak jadi penagih dadah pun, satu isu besar buat saya. Melalui cerita kawan saya. Mak budak yang penagih cakap macam ni " Mak cik dah bagi didikan agama dari kecik lagi. Ajar mengaji. Ajar solat. Dulu dia baik..Bila lepas je PMR, dia liar sikit. Pastu bila dah ketagih, habis benda dalam rumah dia nak ambik pastu mengamuk tak tentu pasal" Melalui cerita tu, saya memang lah bersimpati dengan apa yang terjadi pada makcik tu, tapi saya terfikir macam mana nak didik anak dengan sempurna. Kadang2, bila terlalu terkongkong sangat. Bila dia besar, dia nak cuba segalanya. Melalui pengalaman saya bersama kawan-kawan saya yang dihantar ke sekolah agama. Mereka cakap mereka nak rasa apa yang orang lain pernah rasa. Saya terfikir panjang lagi. Rupanya remaja umur 20 an ni yang masuk universiti , yang parents bagi didikan agama dari kecik ni, sedang mengalami proses balas dendam pada siapa saya tak tahu. Macam diri sendri je rugi...hmmm.. Sekarang remaja-remaja mahupun kanak-kanak makin kreatif untuk menghancurkan diri mereka. Mungkin sudah tiba, mak ayah atau orang dewasa pun sama-sama lebih kreatif cari alternatif especially dalam keluarga sendiri untuk duduk dan mendengar luahan hati anak itu sendiri. Macam mana dan bagaimana...?.. Ibubapa sendiri kena belajar dan cari ilmu itu. Macam mana nak hidupkan pelita dalam diri anak-anak, kalau ibubapa tak ada minyak yang cukup untuk menyalakan pelita itu...macam mana nak jadi minyak untuk anak-anak. Bukan tunggu dah beranak pinak, baru nak cari ilmu kekeluargaan psikologi kanak-kanak, nak menuntut ilmu agama...think and think... Selamat beramal =) secebis perasaan dan rasa dari teacher Niza.... | |||||||||||||||||||||||
<b>felda bukit goh</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA Posted: 07 May 2013 12:00 AM PDT | Blog <b>Felda</b>: <b>felda</b> chini timur - Google Blog Search Posted: 07 May 2013 11:43 PM PDT | Blog Felda: <b>felda chini timur</b> - Google Blog Search Posted: 05 Apr 2013 12:00 AM PDT | Blog Felda: <b>felda chini timur</b> - Google Blog Search Posted: 11 Jun 2012 11:40 PM PDT
| <b>felda chini timur</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA Posted: 14 Apr 2013 12:00 AM PDT Alhamdulillah, baru dua jam pulang setelah 5 hari 4 malam berkampung di Felda Chini Timur bersama keluarga angkat Encik Salamat dan Pn. Sesiah. Satu pengalaman yang cukup berharga dikutip bersama warga Felda serta 21 lagi rakan-rakan PPIMI di Pekan, Pahang. Kawasan timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Najib juga kampung Rifhan Rasuli, anak peneroka Felda Chini Timur merangkap Pengarah Projek Summer Sunshine. Sekiranya dulu peneroka Felda melalui saat-saat getir untuk hidup, yang bercahayakan lilin, bertadahkan air hujan, telaga dan mata air, serta berjirankan hutan belantara yang bertanah merah, kini warga Felda mampu tersenyum puas, menarik nafas lega dengan pencapaian Felda. Pelbagai bentuk bantuan dan keistimewaan ditawarkan untuk warga peneroka dan ahli keluarganya oleh Felda yang kini telah mencapai status kemodenan, tempat kedua selepas PETRONAS. Perkampungan di Felda Chini Timur mendekatkan aku kepada masyarakat Felda, mengenal cara hidup mereka melalui ekonomi, sosial dan rohani yang jauh berbeza dengan dua buah perkampungan keluarga angkat yang pernah aku sertai sebelum ini di Kg. Endah, Banting, Selangor (2002) dan Kg. Temenin, Kota Tinggi, Johor (2007). Apakah perbezaannya? Dari sudut geografi sudah jauh berbeza. Kedudukan Felda di tengah-tengah kawasan penanaman kelapa sawit yang tidak kurang 20km dari jalan utama memperlihatkan keunikan tersendiri. Perkampungan Felda jauh lebih terancang dengan kemudahan sekolah, balai raya, dewan besar, pusat kominiti sukan, kedai-kedai runcit dan pelbagai bentuk kemudahan (just name it la). Sumber pendapatan utama serta pekerjaan yang sama, dan yang menariknya hampir semua rumah di Felda Chini Timur diubah suai semula oleh setiap peneroka dengan landskap dan design yang sama. Jika dilihat dari sudut sosial, amalan kehidupan berkampung seperti gotong-royong, ziarah-menziarahi, bertegur sapa memang kaya namun, masih banyak yang boleh diperbaiki. Sesetengah surau masih sunyi dengan jemaahnya, kebanyakan belianya masih dihimpit budaya 'tidak rajin', kurang keyakinan diri untuk lebih maju. Inilah tugas utama kami ke Felda kali ini. Untuk memberikan semangat dan motivasi kepada rata-rata warga Islam & Melayu agar menggunakan kekuatan dan kebolehan masing-masing untuk meningkatkan kehidupan mereka dan memimpin masyarakat. Program Motivasi Sek. Men Felda Chini Timur 2 Kehadapan adik-adik kumpulan 6, sekiranya terbaca entry akak kali ini. Alhamdulillah, surat-surat adik telah dibaca. Terima kasih atas perkongsian pengalaman dan perasaan. Harapan akak, agar adik-adik dapat memanfaatkan masa dan peluang yang masih cerah untuk SPM 2008 untuk lebih cemerlang. Ingatlah, sekiranya adik-adik mampu menjaga solat fardhu di awal waktu dengan baik dan berusaha mengelakkan diri dengan perkara-perkara yang sia-sia, adik telah berjaya memulakan satu langkah untuk berjaya, iaitu dengan berDISIPLIN. Menjaga solat mampu membentuk DISIPLIN diri. Insya'Allah, nantikan kiriman surat dari akak. Work hard and Pray Hard. Mungkin ini saja untuk kali ini. Penat memandu selama 4jam masih tidak hilang. Kaki dan tangan masih sakit penangan futsal. Pertama kali main futsal dan menjadi goalkeeper. ho ho. Yang pasti memang Felda Chini Timur menaikkan sinar-sinar cahaya di mata hati tatkala musim panas yang semakin mangaktifkan melanin di wajah hitam manis tak bersusu ini. Ergh.. Mungkin ada lagi yang akan dikongsi. Minggu ini, minggu berkahwin untuk sahabat-sahabat saya. Bakal makan nasi minyak free untuk tiga hari berturut-turut. Alahai, naikla minyak. |
You are subscribed to email updates from felda bukit goh - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |