Felda jelai - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
Felda jelai - Google Blog Search |
Berita Pahang: Enam Anak <b>Felda</b> Takluki Everest Posted: 21 May 2013 09:00 PM PDT LUKLA - Enam daripada tujuh pendaki dari Kelab Eksplorasi Tujuh Benua Malaysia (KE7B) berjaya menjejakkan kaki ke puncak Gunung Everest di ketinggian 8,848 meter (29,028 kaki) dari paras laut (dpl) pagi ini. Pendaki terawal, Mohd. Nasuha Shamsudin, 21, dari Felda Tersang 3, Raub, Pahang tiba di puncak pada pukul 8.31 pagi waktu Nepal, diikuti Mohamad Asyraf Mohd. Halim, 25, (Felda Lok Heng Timur, Kota Tinggi, Johor, 8.48 pagi); Muhammad Hafizuddin Ibrahim, 22, (Felda Chini Timur 1, Pekan, Pahang, 9.11 pagi); Zainudin Lot, 37, (jurulatih, 10.16 pagi); Myrza Fasha Md. Hamyrudin, 25, (Felda Tersang 3, Raub, Pahang) dan Muhammad Illaham Ishak, 37, (jurulatih), masing-masing 11 pagi. Seorang pendaki lain, Siti Hanisah Sharuddin, 23, (Felda Jelai 1, Gemas, Negeri Sembilan) terpaksa berpatah balik setelah tiba di ketinggian 8,748 meter (South Summit) kerana masalah kesihatan. Kesemua pendaki berkenaan merupakan peserta projek Everest-Felda 2013 kelolaan KE7B yang dipimpin bekas pendaki Everest 2004, Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin. Dalam pendakian ini, dua rekod baharu dicipta apabila Mohd. Nasuha muncul sebagai pendaki termuda dan Myrza Fasha (pendaki wanita termuda) dalam sejarah mendaki Gunung Everest negara sejak tahun 1997. Pada 1997, M. Magendran dan N. Mohandas muncul sebagai rakyat Malaysia pertama menjejakkan kaki di puncak Gunung Everest. Rekod pendaki negara termuda sebelum ini dipegang oleh Muhamad Muqharabbin yang berusia 22 tahun ketika menakluk puncak Everest pada 2004. Myrza Fasha memecahkan rekod dipegang oleh Marina Ahmad yang menjejakkan kaki ke puncak Everest ketika berusia 26 tahun pada 2007. Setiap kali pihak media dan pendaki sokongan menerima laporan tentang kejayaan para pendaki di Kem Induk Everest (EBC), beberapa sherpa bertugas akan mengetuk periuk bagi meraikan kejayaan para pendaki. Ini merupakan tradisi yang diamalkan oleh kumpulan sherpa setiap kali mendapat berita gembira kejayaan pendaki. Mohd. Nasuha berkata: "Alhamdulillah dengan izin Allah, saya kini berada di puncak Gunung Everest. Terima kasih semua," katanya ringkas dari puncak Gunung Everest melalui walkie-talkie kepada wakil media dan pendaki sokongan di EBC hari ini. |
You are subscribed to email updates from Felda jelai - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |