felda lok heng - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda lok heng - Google Blog Search |
<b>felda lok heng</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA Posted: 01 May 2013 09:24 PM PDT KOTA TINGGI – Ketua peneroka dari lapan tanah rancangan Felda di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sedili di sini menghantar memorandum untuk menghalang ceramah politik pembangkang diadakan di kawasan mereka. Lapan kawasan terbabit ialah Felda Lok Heng Selatan, Felda Lok Heng Barat, Felda Lok Heng Timur, Felda Aping Barat, Felda Aping Timur, Felda Simpang Waha, Felda Bukit Waha dan Felda Easter. Memorandum diserahkan kepada Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Che Mahazan Che Aik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi pada satu perjumpaan semalam. Ketua Peneroka Felda Lok Heng Selatan, Mohammad Bakar berkata, memorandum itu mewakili suara semua penduduk termasu persatuan belia, Gerakan Persatuan Wanita (GPW) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ada dalam kampung berkenaan. Menurutnya, penduduk kampung berkenaan sudah sebulat suara bersetuju dalam mesyuarat kampung untuk menolak sekerasnya kehadiran pembangkang di kampung mereka. "Selama ini kita telah memberi peluang kepada mereka mengadakan ceramah dalam kawasan gugusan ini. Kini, tempoh mereka telah tamat, malah kita tidak mahu mereka datang ke kawasan kampung kami lagi. "Tambahan pula kita takut jika kehadiran mereka nanti akan mencetuskan provokasi dan seterusnya mencetuskan suasana yang tidak aman," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam. Ketua Peneroka Felda Aping Barat, Husin Japar berkata, kehadiran pembangkang tidak memberikan manfaat kepada penduduk, sebaliknya sekadar menyebar perkara yang tidak benar. Menurutnya, setiap kali ceramah pembangkang diadakan, hanya beberapa orang penduduk tempatan yang hadir di mana selebihnya adalah orang luar. "Kita takut berlaku pergaduhan. Tambahan pula, yang hadir ke ceramah mereka adalah penduduk luar. Oleh itu, penduduk kampung di sini telah bersepakat dan bersetuju untuk menyerahkan memorandum ini kepada pihak berkuasa," katanya. Sementara itu, Ketua Peneroka Felda Bukit Waha, Ab Aziz Abu Bakar berkata, penduduk Felda kini telah menerima pelbagai manfaat dan kesenangan hasil daripada pemerintahan kerajaan sedia ada pada hari ini. Beliau berkata, peneroka juga sudah tidak perlu berhempas pulas tenaga mencari rezeki, sebaliknya hanya duduk di rumah menikmati hasil yang selama ini diusahakan. "Penduduk di sini semua bersyukur dengan kemudahan yang mereka peroleh sekarang. Malah jika boleh, kita mahu mencegah anasir luar yang cuba membawa fitnah kepada penduduk. "Kita tidak mahu kehadiran mereka dalam kawasan kampung kami akan meninggalkan pengaruh negatif kepada penduduk," katanya.- Sinar Harian |
<b>felda lok heng</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA Posted: 15 Feb 2013 09:29 PM PST KOTA TINGGI 31 Dis. – Sebanyak RM3.16 juta diagihkan kepada 874 peneroka dari empat tanah rancangan Felda dalam kawasan Kota Tinggi bagi membantu mereka dalam program Skim Insentif Tanaman Semula Sawit (SITS), di sini semalam. Ahli Parlimen Kota Tinggi, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, ia boleh dianggap sebagai durian runtuh buat peneroka yang mana masing-masing mendapat RM4,000 seorang beserta bonus insentif produktiviti yang telah diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. "Itu belum lagi termasuk bantuan one off RM500 bagi Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang akan diberikan kepada mereka yang layak. Peruntukan yang disalurkan melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) ini akan menjadi galakan kepada penduduk dan diharap digunakan sebaiknya. "Apa yang kita harapkan dengan bantuan yang diberikan ini akan menjadi penaung untuk warga peneroka terus tingkatkan komitmen dan produktiviti masing-masing," katanya ketika berucap dalam majlis yang berlangsung di Dewan Serba Guna Felda Lok Heng Barat, di sini semalam. Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Rasman Ithnain; wakil Pengurus Felda Wilayah Selatan, Saifullah Md. Nor dan Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat dan Khidmat Korporat MPOB, Dr. Burhanuddin Abd. Salam. Empat tanah rancangan Felda yang terlibat adalah Felda Bukit Easter, Felda Lok Heng Selatan, Felda Lok Heng Barat dan Felda Lok Heng Timur. Sementara itu, wakil peneroka Felda Lok Heng Timur, Bakri Sahadan berkata, ini merupakan hari paling bahagia apabila menerima peruntukan tersebut. "Walaupun sering diasak oleh penduduk kampung berkenaan perkara ini setiap kali mesyuarat diadakan, pada hari ini kami mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Najib kerana memberikan peruntukan ini," katanya. Ketua peneroka Felda Bukit Easter, Daud Kamsani pula berkata, penantian penduduk selama lima tahun akhirnya membuahkan hasil dengan pemberian tersebut dan berharap agar semua penerima akan menggunakannya dengan sebaik mungkin. Dipetik dari Utusan Malaysia Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from felda lok heng - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |