{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda trolak - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda trolak - Google Blog Search


3G MTB Challenge @<b>Felda Trolak</b> Selatan, Trolak, Perak, Malaysia.

Posted: 12 May 2013 07:09 AM PDT

Tanggal 12 Mei 2013 adalah tarikh yang ditunggu-tunggu oleh 12 orang ahli Kelab Berbasikal Seri Iskandar (SIT) yang telah mendaftar untuk menyertai 3G MTB Challenge 2013 @Felda Trolak Selatan, Trolak, Perak. Berikut adalah senarai peserta dari SIT yang telah menyahut cabaran ini:
381MOHAMMAD NOOR BIN IBRAHIMSITMVETERENREGISTERD
382ZAINI BIN ABD KADERSITMVETERENREGISTERD
383SANUSI IBRAHIMSITMOPENREGISTERD
384LAU CHOON YANSITXXLVETERENREGISTERD
385MOHD ANWAR FAIZ BIN KHALIDSITMOPENREGISTERD
386MOHD NOR AFFENDI B MOHD NORDINSITLVETERENREGISTERD
387MOHD SHATARI BIN ABD GHAFARSITXLVETERENREGISTERD
388ROSLY ABDUL RAHMANSITXLVETERENREGISTERD
389NIK ZUBAIRI ABDULLAH B NIK ZABIDISITLOPENREGISTERD
390AHMAD SUFFIAN B ABDUL MANAFSITXLVETERENREGISTERD
391ZAILI KHUSAIRI B HJ GHALIBSITXLVETERENREGISTERD
392AMIRULHISYAMSITSJUNIORREGISTERD
Dipetik dari : http://3gmtbchallenge2013.blogspot.com/2013/02/senarai-peserta.html

Kami bergerak dari Seri Iskandar sehari sebelum event day dan bermalam di sebuah homestay yang terletak lebih kurang 1 km dari SMK Trolak yang menjadi tempat pelepasan peserta. Lanskap yang berbukit di Felda Trolak dan dikelilingi oleh kehijauan ladang kelapa sawit sangat cantik sekali. Walaupun agak jauh dari pekan, kawasan penempatan di sini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti masjid yang berhawa dingin, klinik kesihatan, sekolah, kedai runcit yang besar dan juga kedai makan.

Perasaan teruja dengan cabaran ini jelas terpancar di setiap wajah kami :) Ini jelas terbukti apabila bilik air telah menjadi sasaran utama seawal jam 5:30 pagi. Masing-masing ambil nombor... dah lama dah rasanya tak merasai suasana seperti ini :) Setelah membersihkan diri, solat subuh, bersiap dan bersarapan dengan roti dan air kotak dari beg goodies, kami berkayuh ke lokasi pelepasan kira-kira jam 7:15 pagi.

Seperti biasa, kelihatan ramai peserta telah mengambil tempat di barisan depan garis pelepasan walaupun acara ini telah dijadualkan akan bermula pada jam 08:00 pagi. Syabas kepada semua riders yang memang telah biasa dalam mendisiplinkan diri dengan acara jamboree MTB yang kebanyakannya bermula pada jam 07:30 pagi. Kelihatan petugas menjalankan tugas dengan begitu ramah dan mesra sekali. Walaubagaimanapun, kira-kira jam 08:10 pagi, kami dimaklumkan bahawa acara akan bermula pada jam 08:30 pagi. Pada hemah peribadi saya, kelewatan pelepasan seperti ini perlu dielakkan sama sekali.

5 km yang pertama, para peserta telah berkayuh melalui jalan bertar dalam kawasan kampung. Suasana pagi di kampung yang biasanya tenang telah dimeriahkan dengan kira-kira 400 orang peserta. Di bahu jalan kelihatan juga orang ramai memberi sokongan. Di akhir jalan bertar dan permulaan offroad, pendakian pertama yang panjang telah bermula. Mengikut graf trail profile, yang disediakan oleh pihak penganjur, saya kira ini adalah bukit yang terpanjang dalam trail kali ini. Kelihatan ramai peserta telah merungut dan memulakan acara 'Mari Tolak Basikal'.

Sudah menjadi lumrah alam, setiap kepayahan dan keperitan ada ganjarannya. Selepas puncak bukit yang mencabar ini, phewww... kami dihadiahkan dengan down hill yang panjang. Semua riders kelihatan begitu layan down hill ini. Beberapa orang riders, kelihatan terjatuh di bahu jalan. Syabas kepada petugas yang cepat dan sedia membantu.

Laluan selebihnya, sama seperti laluan di ladang kelapa sawit di jamboree-jamboree lain sebelum ini ada climbing dan downhill pendek, up and down :). Terdapat satu lokasi di mana riders terpaksa menyeberangi anak sungai, mujurlah cetek sahaja. Keluar daripada offroad menuju ke garisan penamat, hanya mengambil jarak tidak lebih dari 4 km. Jarak keseluruhan trail pada kali ini lebih kurang 34 km. Sekali lagi tahniah kepada pihak penganjur kerana menyediakan trail yang boleh dikayuh 100% dikelilingi dengan pemandangan yang menarik sekali.

Results? Syabas kepada adik Amirul Hisyam yang telah berjaya menamatkan kayuhan pada raking ke 9 untuk kategori junior. Kami mengharapkan kejayaan ini akan memberikan suntikan semangat baru kepada beliau untuk meningkatkan latihan dan seterusnya dapat memperbaiki ranking tersebut dalam acara-acara yang akan datang. Tahniah juga kepada saudara Rosly kerana telah bertuah mendapat cabutan bertuah.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat