{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: BeritaUtama

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: BeritaUtama


2 Maut, 2 Parah Ditembak

Posted: 12 May 2013 12:13 PM PDT

NIBONG TEBAL: Dua lelaki maut, sementara dua lagi cedera parah dalam satu kejadian tembakan berhampiran lampu isyarat Bukit Tambun, di sini, sebentar tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 malam ketika empat lelaki yang menaiki kenderaan pacuan empat roda jenis Toyoya Hilux itu berhenti di lampu isyarat yang ketika itu berwarna merah, sebelum didatangi dua lelaki menaiki motosikal lalu melepaskan beberapa das tembakan.

Kesemua mereka yang parah kemudiannya dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya, namun dua daripadanya meninggal dunia sebaik tiba di hospital sementara, dua lagi dilaporkan kritikal.

Keempat-empat mereka datang dari Melaka untuk menghadiri upacara perkahwinan rakan mereka.


Sementara itu Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi mengesahkan kejadian terbabit dan dua yang maut mempunyai rekod jenayah lampau serta kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/13

Trofi terakhir Ferguson

Posted: 12 May 2013 11:33 AM PDT

MANCHESTER: Perlawanan terakhir Alex Ferguson sebagai pengendali Manchester United berkahir dengan kejayaan 2-1, pada perlawanan Liga Perdana ke atas Swansea City, di Old Trafford, dan penyokong memberikan tepukan gemuruh penuh emosi buat pengurus paling lama berkhidmat dengan kelab itu, awal pagi tadi.

Pemain pertahanan, Rio Ferdinand menyumbat gol kemenangan untuk juara hanya tiga minit sebelum perlawanan tamat, satu lagi jaringan lewat bagi meraikan perkhidmatan 26 tahun Ferguson buat kelab itu.

Ferguson, pada perlawanan ke-1,499 menerima sambutan gemuruh daripada penyokong dan pemain kedua-dua pasukan ketika dia berjalan untuk mendapatkan pasukannya di dalam hujan.

Dia kemudiannya memegang mikofon dan berkata: "Semua yang bersama kelab dan penyokong adalah pengalaman paling bernilai dalam hidup saya.


"Terima kasih. Saya adalah pengurus yang bernasib baik untuk mengurus pemain terbaik. Mereka memenangi kejuaraan dengan begitu bergaya sekali. Tahniah kepada mereka.


"Apabila kita melalui waktu yang sukar, semua bersama saya dan tugas baru anda ialah terus bersama pengurus baru (David Moyes)."

Apabila Ferguson meninggalkan padang, pemain United masuk ke padang untuk menerima trofi Liga Perdana yang juga gelaran juara kali ke-20 buat kelab itu.

Ketua pasukan United, Nemanja Vidic menerima trofi berkenaan tetapi kemudian dia menyerahkannya kepada Ferguson.

Ferguson jelas membuktikan keberanian apabila mengetepikan penyerang Wayne Rooney daripada skuad yang kemudian mencetuskan spekulasi mengenai masa depan pemain itu.

Pemain tengah, Paul Scholes, yang membuat kemunculan ke-717 dan terakhir untuk United, digantikan selepas 66 minit perlawanan berlangsung dan meninggalkan padang dengan tepukan gemuruh.

Ryan Giggs, yang beraksi untuk Ferguson bagi kesemua 13 gelaran menggantikan rakan sepasukannya ketika Swansea bertali arus menyerang kubu tuan rumah tetapi United pula yang menemui gol kemenangan.

Jelas sekali dengan suasana karnival dan hujan renyai di Old Trafford, United memberikan hadiah sempurna pada hari persaraan Ferguson dan Scholes. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/13

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat