Harian Metro: Global
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Global |
Posted: 15 May 2013 08:56 AM PDT London: Dua lelaki dilihat begitu bersahaja dan tidak mempedulikan keselamatan diri apabila membawa bom tinggalan era perang dingin yang tidak meletup selepas menemuinya di pantai. Bom sepanjang 0.6 meter itu dipercayai ditembak dari kereta kebal beberapa dekad lalu. Media melaporkan, dua lelaki terbabit menggalas bom berkenaan dari kawasan pantai melalui orang ramai yang melihat dalam ketakutan. Saksi berkata, mereka percaya lelaki tidak dikenali itu membawa bom berkenaan untuk dijual di kedai besi buruk bagi mendapatkan wang sampingan. DUA lelaki tidak dikenali menggalas bom lama dari tepi pantai di Dorset. KERAJAAN meletakkan papan tanda bagi menasihati orang ramai tetapi kadang-kadang ia tidak diendahkan. KERETA kebal Chieftain
Kawasan itu adalah sebahagian daripada tempat latihan menembak bagi Pangkalan Tentera Lulworth. Wanita yang merakamkan gambar lelaki itu menggunakan telefon bimbit berkata, pada awalnya dia menyangka mereka membawa permaidani. Namun, katanya, apabila mereka semakin hampir, dia terkejut melihat objek itu sebenarnya ialah bom lama. "Saya bersama seseorang yang pernah berkhidmat sebagai tentera dan dia berkata, disebabkan pangkal bom itu masih bertutup, ia belum meletup," katanya. Wanita itu berkata, melihat kelakuan lelaki terbabit dia percaya mereka adalah "orang bodoh" kerana membahayakan nyawa sendiri dan orang ramai. Saksi lain berkata, sepatutnya polis dimaklumkan mengenai penemuan itu, bukannya membawa bom berkenaan ke tempat lain. Sementara itu, jurucakap Kementerian Pertahanan berkata, bom itu mungkin ditembak kereta kebal jenis Chieftain atau Wombat yang digunakan tentera pada era 1970-an dan 1980-an. "Kami meletakkan beberapa papan tanda di kawasan berkenaan untuk memberi amaran kepada orang ramai, tetapi malangnya dalam keadaan tertentu ia diabaikan," katanya. - Daily Mail Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/15 |
Angelina tidak sabar untuk mengahwini Pitt Posted: 15 May 2013 08:46 AM PDT New York: Angelina Jolie berkata, dia akan berkahwin dengan pasangannya, Brad Pitt dengan lebih cepat selepas menjalani pembedahan membuang kedua-dua payudaranya. Semalam, Angelina, 37, memuji Pitt kerana bersikap "penyayang dan sentiasa menyokong" keputusannya.
"Pitt dan Angelina sering ditanya anak-anak, bilakah mereka akan berkahwin," katanya.
Pada November tahun lalu pula, aktor itu mengesahkan mereka akan dikahwinkan "tidak lama lagi." Bercakap kepada media sempena tayangan filem Killing Them Softly di New York, Pitt, 48, mengakui dia semakin tertekan akibat diasak anak-anaknya.
"Pitt dan Angelina mahu ia dijalankan secara tertutup," katanya ketika ditemui. - Daily Mail Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/15 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |