Harian Metro: Global
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Global |
Posted: 02 May 2013 12:27 PM PDT Sejak empat tahun lalu, tempat pembuangan sampah adalah lokasi kegemaran bagi Kelly Athena kerana ia membekalkan pelbagai bahan keperluan untuk hidangan sehariannya. Dia mempelajari amalan itu selepas menonton sebuah filem dokumentari mengenai sekumpulan orang yang menyelongkar bahan buangan di luar kedai, restoran dan pasar raya untuk mendapatkan makanan luput tarikh.
"Saya sentiasa ketakutan jika satu hari nanti polis menghubungi saya," katanya.
Secara purata, Kelly membawa pulang 12 kotak makanan sehari.
Namun, dia tidak memberitahu mana-mana rakannya mengenai aktiviti itu sehinggalah dia menjemput sebahagian daripada mereka untuk menghadiri parti diadakannya. Kelly kemudian menghidangkan makanan daripada bahan buangan itu kepada tetamunya.
|
Suspek kes bunuh hubungi media lepas lari dari penjara Posted: 02 May 2013 12:25 PM PDT Manila: Seorang bekas anggota polis yang masih dibicarakan kerana membunuh di Filipina melarikan diri dari penjara semalam dan kemudiannya memalukan pihak berkuasa apabila bercakap melalui telefon kepada pihak media. Bekas superintendan polis Cezar Mancao yang dituduh membunuh seorang publisis terkenal dan pemandunya pada tahun 2000 dengan bersahaja berjalan keluar dari pusat tahanan di Manila dengan bantuan warden penjara, kata pihak berkuasa.
NBI adalah badan siasatan jabatan kehakiman yang sepatutnya melakukan kawalan ketat terhadap pusat tahanan di mana Mancao ditahan.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |