Harian Metro: Global
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Global |
Posted: 05 May 2013 09:17 AM PDT Tokyo: Seorang wanita Jepun menjalani transformasi fizikal yang mengejutkan selepas menjalani 30 pembedahan kosmetik dengan kos 10 juta yen (RM306,368). Wanita itu yang juga seorang model dikenali sebagai Vanilla Chamu berkata, dia berhasrat untuk menjalani pembedahan hingga mencapai matlamat yang diidamkan - seperti anak patung Perancis.
Vanilla tidak disangkal lagi telah menjalani rawatan itu, tetapi senarai panjang prosedur dijalani turut termasuk penyedutan lemak, implan bulu mata, pembentukan lekuk di dagu dan implan payudara, lapor BuzzFeed.
FOTO menunjukkan wajah Vanilla ketika remaja (kiri) sebelum menjalani pembedahan pertamanya dan wajahnya kini (kanan). Vanilla menjalani pembedahan plastik yang pertama ketika berusia 19 tahun dan merahsiakan usia sebenarnya. Dia sudah menjadi sebagai selebriti di tanah airnya, membuat penampilan di televisyen tidak terkira banyaknya dan melancarkan karier sebagai bintang pop.
Anak patung Perancis juga dikenali sebagai anak patung porselin, anak patung biska atau anak patung China dan bermakna sebuah boneka dengan sebahagian atau sepenuhnya porselin biska.
|
Mahgribi dicengkam skandal daging anjing Posted: 05 May 2013 09:07 AM PDT Rabat: Pihak berkuasa Maghribi melancarkan siasatan berhubung perdagangan daging anjing secara haram selepas 37 bangkai haiwan itu ditemui di dalam van seorang tukang sembelih. Polis menemui bangkai berkenaan selepas menahannya di tengah Casablanca kerana kesalahan trafik. Pemandu itu memberitahu polis, dia bercadang menjual bangkai itu di restoran di kawasan kediaman penduduk miskin bandar itu, tempat daging anjing berkenaan biasanya dibuat sosej.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |