Harian Metro: Global
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Global |
'Pil gemuk' untuk montel macam Aishwarya Rai Posted: 06 May 2013 09:23 AM PDT New Delhi: Bintang Bollywood dan bekas Ratu Dunia, Aishwarya Rai, sering dianggap sebagai wanita tercantik di dunia tetapi pernah dikritik tahun lalu apabila dia gagal menurunkan berat badan selepas bersalin anak pertama. Walaupun sesetengah peminat mendakwa bekas model berusia 39 tahun itu memalukan India, sebahagian daripada wanita negara itu malah mahu meniru bentuk fizikal Aishwarya yang berisi itu. Antara mereka ialah aktres Bollywood sendiri, Vidya Balan dan Sonakshi Sinha AISHWARYA dikutuk kerana berat badannya naik selepas gambar ini disiarkan pada April 2012.
Kata Sanjeev Bagai, wanita muda menganggap badan yang berisi di sesetengah tempat lebih bersifat feminin. "Pada masa sama, tekanan daripada suami supaya mereka lebih menggiurkan mendorong sesetengah isteri mengambil pil tertentu yang merangsang selera seseorang," katanya. Menurut Sanjeev, pil itu menyebabkan kesan sampingan berbahaya seperti kegagalan buah pinggang, penyakit kuning, loya dan halusinasi. Sebuah majalah di India baru-baru ini menyiarkan rencana mengenai kecenderungan ramai wanita negara itu untuk kelihatan berisi.- Daily Mail Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/07 |
Posted: 06 May 2013 09:14 AM PDT London: Saintis kini bertungkus-lumus untuk menyekat kebanjiran ulat bulu beracun daripada mengancam ribuan pokok oak. Cubaan untuk membunuh ulat bulu itu - yang disahkan berbahaya kepada manusia - setakat ini gagal, memaksa pakar meneliti semula strategi mereka untuk menghalang ia terus membiak. Larva ulat bulu itu sudah memusnahkan banyak pokok di sekitar London sejak bulan lalu selepas ia masuk ke Britain melalui pokok diimport dari Eropah. Ulat bulu itu memenuhi pokok oak dengan sarang sehingga menyebabkan tumbuhan itu menderita sebelum akhirnya mati.
Semalam, saintis mengakui mereka mungkin tidak mampu menghapuskan ulat bulu berkenaan.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |