{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Hati

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Hati


Warna kekal lebih lama

Posted: 01 May 2013 07:20 AM PDT

Gaya solekan menentukan penampilan diri apabila menghadiri sesuatu majlis.

Pemilihan jenis solekan juga mempengaruhi keyakinan adiri wanita berkenaan terutama apabila mahu menyesuaikan diri bersama hadirin.

Bagi mereka yang inginkan kesederhanaan, serlahkan keunikan diri menggunakan solekan gaya klasik. Ia juga sesuai digayakan mereka yang tidak mahu kelihatan matang sebelum waktunya.

Gaya solekan vintaj atau klasik banyak memberi tumpuan riasan pada bahagian bibir agar kelihatan lebih mungil dan seksi. Bahagian mata juga dijadikan titik tumpu pada wajah untuk gaya solekan ini.

Foto

WAJAH sebelum memakai mekap.

Foto

SAPUKAN pelindung matahari terlebih dulu sebelum bedak asas berwarna gelap sebagai asas mekap. Ratakan ke seluruh wajah kemudian lapiskan bedak asas kedua dengan warna lebih cerah. Akhir sekali, gunakan bedak asas berwarna putih atau putih gading untuk kemaskan lapisan sedia ada. Sapukan bedak kompak menggunakan span lembap untuk memastikan kesan kilatan pada bedak asas tidak ketara dan sapuan lebih sekata. Untuk pembayang pula gunakan warna gelap pada bawah rahang dan tulang pipi.

Foto

SUPAYA pemakaian mekap lebih kemas, bentukkan kening terlebih dulu sebelum memakai pembayang mata. Bagi menghasilkan riasan mata gaya klasik, bahagian soket mata diwarnakan menggunakan warna lebih gelap dan warna lebih terang pula untuk sapuan pada bahagian dalam kelopak atas mata.

Foto

GARISKAN hujung kelopak atas mata menggunakan penggaris mata cecair. Kemudian gunakan maskara bagi melentikkan bulu mata sebelum memakai bulu mata palsu. Ratakan bulu mata asli dan bulu mata palsu menggunakan maskara sekali lagi agar kelihatan lebih sekata.

Foto

GARISKAN hujung kelopak atas mata menggunakan penggaris mata cecair. Kemudian gunakan maskara bagi melentikkan bulu mata sebelum memakai bulu mata palsu. Ratakan bulu mata asli dan bulu mata palsu menggunakan maskara sekali lagi agar kelihatan lebih sekata.

Foto

BENTUKKAN pembayang pada tulang hidung bagi menonjolkan ilusi hidung lebih mancung. Pakaikan gincu dan pengilat bibir sebagai pelengkap solekan.

Foto

KEMASKAN sapuan mekap yang tidak rata pada wajah menggunakan span.

Foto

ANGGUN bagi mereka yang inginkan kesederhanaan apabila bermekap.


Bagi menghasilkan gaya mata sebegini, hujung soket mata perlu diwarnakan menggunakan warna lebih gelap membentuk huruf V di hujungnya.


Untuk kawasan dalam atas kelopak mata pula, gunakan warna lebih terang bagi menampakkan perbezaan antara kedua-dua bahagian berkenaan.

Panduan solekan mata yang mudah:

  • Untuk membuatkan warna pembayang tahan lebih lama, cara paling mudah adalah menggunakan olesan salap bibir.

    Ia dilakukan selepas meratakan bedak asas atau penyamar cela di kawasan mata, kemudian sapukan satu lapisan nipis salap bibir pada kelopak mata.

    Selepas itu, ratakan dengan sapuan pembayang mata yang ingin digunakan. Selain dapat mengekalkan warna pembayang mata sepanjang hari, ia juga dapat menyerlahkan warna pembayang mata.

  • Tidak dapat dinafikan pembayang mata jenis debu adakalanya kelihatan tidak melekap pada kelopak mata.

    Walau sebanyak mana pembayang mata digunakan, warnanya seakan-akan tidak menyerlah pada kelopak mata.

    Kaedah mudah yang boleh digunakan untuk mengekalkannya adalah dengan membasahkan sedikit berus pembayang mata bersama sedikit air sebelum mencalit dengan pembayang mata.

    Ia sesuai digunakan untuk pembayang mata jenis debu atau serbuk malah dapat mengekalkan warna lebih lama.

  • Antara cara lain yang boleh digunakan bagi memastikan solekan mata tahan lama adalah menggunakan bedak bayi.

    Oleskan lapisan nipis penyamar cela pada kelopak mata dan ratakan dengan berus atau jari. Kemudian sapukan seluruh kawasan mata dengan bedak bayi menggunakan berus.

    Selain itu, sapukan juga bedak bayi di bahagian bawah mata. Kemudian lapiskan dengan pembayang mata, penggaris mata dan maskara sebagai pelengkap gaya.

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/01
  • Pemikat luar biasa

    Posted: 01 May 2013 06:49 AM PDT

    Kini kesenian bukan hanya pada calitan kertas, tetapi juga pada wajah menerusi teknik solekan. Selain bahagian bibir yang selalu diwarnai dengan pilihan warna pastel mahupun terang, ukiran unik pada mata turut memberikan nilai tersendiri dengan maksud tersirat.

    Wanita yang kurang suka bersolek lazimnya lebih gemar mengenakan solekan ringkas, tetapi menarik bagi menonjol­kan penampilan sederhana.

    Caranya, mereka memilih dan menggunakan penggaris mata yang betul, diikuti dengan maskara bagi melebatkan bulu mata supaya mata lebih nampak bundar.

    Selain itu, pelembap wajah, bedak debu atau tabur, pelembap bibir dan pemerah pipi dijadikan bahan sampingan untuk memeriahkan tata rias solekan agar wajah lebih kelihatan semula jadi.


    Kebiasaannya, wanita yang tidak suka bersolek menggunakan kaedah ini jika mereka perlu menghadiri majlis rasmi atau keraian seperti perkahwinan.


    Berikut ditampilkan beberapa kaedah untuk wanita tampak menarik meng­gunakan teknik solekan ringkas ketika keluar bersantai atau menghadiri maj­lis rasmi.

    Pilih dan guna penggaris mata

    Penggunaan penggaris mata dapat membantu menyembunyikan bulu mata yang nipis lalu tidak memerlukan kita menggunakan pembayang mata yang tebal. Penggaris mata berwarna gelap antara pilihan utama dalam kalangan wanita kerana ia membuat­kan mata lebih galak dan cantik.

    Bagaimanapun sebelum mengenakannya, semua wanita disarankan me­ngetahui terlebih dulu jenis penggaris mata yang terdapat di pasaran.

    Pertama jenis pensel. Kebiasaannya penggaris mata jenis begini mudah didapati dengan harga murah. Ia memiliki mata yang agak tajam dan boleh diasah sekiranya tumpul.

    Penggunaan penggaris mata jenis pensel lebih sesuai buat wanita yang gemarkan garisan mata halus pada kelopak mata. Jenis penggaris mata begini mudah patah jika tidak berkualiti, tetapi warnanya kekal lama cuma ramai yang mengeluh kerana ia sukar dibersihkan.

    Kedua, jenis pensel bermata lembut. Penggaris mata begini berbentuk pensel, tetapi matanya tidak boleh diasah kerana ia biasa­nya dibuat secara mekanikal yang memerlukan kita memusingkan badannya.

    Teksturnya lebih lembut dan tidak sukar digunakan, terutama buat mereka yang baru belajar. Menggunakan penggaris mata begini lebih sesuai untuk garisan halus mahupun tebal yang penuh.

    Ketiga, jenis cecair. Bagi yang sudah mahir, penggaris mata jenis cecair lebih diminati kerana sapuan lebih lancar. Menggunakan penggaris mata jenis ini sangat sesuai buat mereka yang mahukan garisan tebal dan penuh.

    Walaupun begitu, kita perlu lebih berhati-hati kerana ia mengambil masa untuk kering. Jika tidak sabar, solekan boleh rosak dek penggaris mata yang masih basah.

    Seterusnya, penggaris mata jenis kajal. Ia ba­nyak digunakan dalam kalangan wanita Arab dan India serta mempunyai tekstur lembut dan tebal. Biasanya ia digunakan untuk mewarnai keseluruhan kelopak mata atau dicampurkan dengan sapuan pembayang mata bagi mendapatkan warna lebih cantik.

    Gel adalah jenis penggaris mata terakhir yang mendapat perhatian masa kini kerana ia didatangkan bersama berus khas dan lebih sesuai untuk sapuan memenuhi garisan penggaris mata.

    Untuk membuat solekan mata kucing, lebih baik menggariskan dulu bahagian kelopak mata agar calitan tampak lebih kemas dan memenuhi garisan berkenaan.

    Maskara

    Mata adalah kuasa pemikat luar biasa untuk wanita. Justeru, selain penggaris mata, penggunaan maskara juga dapat meningkat­kan kuasa mata yang galak. Ini mengelakkan pemakaian bulu mata palsu yang digunakan semata-mata untuk mendapatkan mata yang cantik. Cukuplah sekadar mengenakan maskara hitam yang nipis untuk menjadi penghias wajah.

    Pelembap bibir berwarna

    Bagi wanita yang tidak suka memakai gincu, pelembap bibir berwarna boleh dijadikan pilihan. Ini kerana, selain faktor memiliki bibir sensitif, ada wanita yang hanya inginkan bibir kelihatan berwarna dan tidak nampak pucat tanpa menggunakan gincu.

    Justeru, gunakan pelembap bibir berwarna merah hati, jingga atau merah jambu. Pengilat bibir juga boleh dioleskan jika perlu.

    Pelembap wajah

    Oleskan pelembap wajah bersesuaian dengan jenis kulit supaya sapuan bedak asas, debu atau tabur berlebihan tidak diperlukan untuk kelihatan jelita. Menerusi kaedah ini, kulit juga tidak akan nampak kering malah kelihatan lebih segar.

    Pemerah pipi

    Sedikit sapuan pemerah pipi yang sesuai de­ngan ton kulit wajah sudah mampu memberi gaya berbeza daripada kebiasaan. Jika sebelum ini wajah tampak kusam dan pucat, kaedah ini dapat menaikkan seri wajah.

    Jangan menyapu secara berlebihan sehingga terlalu merah atau merah jambu kerana ia hanya akan lebih membuatkan wajah bagaikan badut.

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/01

    Leave a Reply

    Raja Alias

    Segamat

    Kuantan

    G. Musang

    Trolak

    J. Bahru

    Terengganu

    Mempaga

    A. Setar

    Jengka

    Sahabat