{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Hati

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Hati


Skirt kembang sesuai untuk semua

Posted: 17 May 2013 07:34 AM PDT

Warna memainkan peranan penting dalam memberi impak kepada si pemakai. Ini kerana warna daya penarik pertama yang memikat pandangan sebelum beralih kepada potongan atau perhiasan dikenakan. Dalam peraturan memilih warna, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian.

Antaranya pilihan warna harus sesuai rona kulit, potongan serta majlis yang akan dihadiri. Selain itu pemilihan fabrik sama ada polos atau bercorak turut mempengaruhi penggayaan seseorang. Dalam hal, ini fabrik bercorak sesuai dipadankan dengan tudung polos begitu juga sebaliknya.

Menurut Pengasas Hijab Muslimah Inspire Style (HMI Style), Za Afiza Mohd, fabrik polos sangat sesuai digayakan ke pejabat terutama bagi yang gemar memakai kemeja atau blaus. Namun begitu, wanita boleh me­nyuai padan dengan seluar mahu pun skirt bercorak bagi memberikan kesan anggun dan menyerlah.

"Bagi wanita yang gemar bermain dengan warna, pemilihan rona baju boleh dipraktikkan. Sebagai contoh kemeja lengan panjang putih, hitam atau perang sesuai ke majlis rasmi dan ke pejabat manakala skirt bercorak digayakan untuk acara santai dipadankan baju bersesuaian," kata­nya.

Foto

SKIRT bercorak nampak anggun dipadankan blaus hitam. Lilitan tudung ala serban dengan kuntuman bunga menambah keayuan tersendiri.

Foto

SELAIN bercorak padanan skirt polos sesuai digayakan dengan baju yang sama.

Foto

IKATAN selendang menggunakan fabrik satin mampu mengubah gaya.

Foto

PADANAN skirt polos bersama blaus membuatkan wanita bertambah langsing.

Foto

TAMPIL berbeza dengan selendang dipadankan skirt bercorak sesuai untuk majlis santai.


Za Afiza yang turut menghasilkan rekaan skirt pelbagai warna mengakui dia sering menerima rungutan daripada wanita yang ingin memakai skirt tetapi tidak tahu potongan serta warna bersesuaian. Memenuhi kehendak mereka, dia menghasilkan skirt Muslimah Areesya pelbagai rekaan, corak dan warna.


Menariknya, skirt kembang ala puteri ini sesuai digayakan untuk semua tanpa mengira ukuran badan. Apabila dipakai ia terletak cantik pada tubuh si pemakai, beralun lembut serta memudahkan pergerakan.

"Ada sesetengah skirt kurang sesuai untuk wanita Muslimah kerana selain ketat, ia mengehad­kan pergerakan disebabkan fabrik digunakan melekat. Oleh kerana mempunyai kemahiran dalam jahitan saya menghasilkan rekaan skirt sendiri yang sesuai untuk semua golongan," katanya.

Menurut Za Afiza, skirt Muslimah Areesya sesuai dipadankan dengan pakaian pendek, labuh atau blaus bagi memberikan ilusi ramping dan bentuk tubuh menawan kepada si pemakai. Menggunakan fabrik lembut kapas berbunga, kebanyakan wanita menggemari potongan kembang kerana membuatkan seseorang bertambah langsing.

Setakat ini, HMI Style menerima tempahan skirt daripada pelbagai sektor terutamanya jabatan kerajaan dan orang perseora­ngan. Selain itu, HMI Style juga turut mengadakan kelas penampilan hijab serta pe­nyesuaian warna dan bentuk tubuh terbuka kepada semua.

Keistimewaan koleksi MHI Style adalah pada rekaan, warna serta material selain mengutamakan keselesaan pelanggan. Selain skirt, Za Afiza turut menghasilkan rekaan blaus dan selendang bagi memberikan kelainan kepada wanita. Bagi memenuhi permintaan wanita, pada setiap bulan dia akan mengeluarkan rekaan terkini pada satu-satu jenis pakaian.

Terima kasih http://hijabmuslimahinspirestyle.blogspot.com (013 9844102)
Solekan: Facebook Nuriez Nrstudio

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/17

Berlian Hemera dicanai 101 segi

Posted: 17 May 2013 07:11 AM PDT

'Saranghaeyo', 'ai shite ru', 'je t'aime' dan 'ti amo' adalah antara beberapa cara untuk meng­ungkapkan cinta pada yang tersayang.

Benar, cinta adalah bahasa universal. Cinta juga tidak kenal jarak dan sempadan. Dan cinta juga diraikan dalam pel­bagai bentuk acara, majlis, tema dan sebagainya.

Sejak dulu berlian disifat­kan teman seseorang wanita hinggakan ada sesetengah budaya menjadikan pemberian berlian sebagai satu tanda mutlak dalam penyataan cinta.

Cincin bertatahkan berlian sememangnya hadiah paling popular dalam kalangan pasangan bercinta dan bagaikan tidak lengkap lamaran atau upacara majlis perkahwinan tanpa disarungkan cincin berlian di jari manis pasangan.

Foto

LAMARAN jadi lebih romantis dengan berlian Hemera yang boleh disertakan dengan kotak cincin visual istimewa.


Bagi meraikan saat manis penuh sejarah itu, Poh Kong hadir dengan berlian paling berkilau di dunia, Hemera, yang dicanai dengan 101 segi.


Hemera memberikan gaya unik berbanding berlian biasa di mana mempunyai canaian 101 mengatasi 57 canaian daripada berlian biasa.

Nama Hemera itu sendiri diilhamkan daripada mitologi Greek bermaksud dewi siang, justeru canaian 101 itu memaksimumkan pantulan cahaya berbanding canaian berlian tradisional.

Berlian berbentuk bulat ini dihasilkan daripada penyelidikan ekstensif dalam sains rekaan gaya canaian berlian.

Belinda Yong, pakar gemologi merangkap Pengurus Jualan dan Penjenamaan Poh Kong menjelaskan bahawa berlian Hemera ini adalah tanda aras kepada tahap pertukangan tertinggi kerana ia rumit untuk dihasilkan.

"Masa yang diperlukan untuk menghasil­kan sebutir berlian Hemera sama dengan masa untuk menyiapkan tiga berlian bulat 'triple excellent'.

"Berlian 'triple excellent' diangkat sebagai berlian paling baik dalam penggilapan, simetri dan perkadaran. Jadi untuk menghasilkan berlian Hemera, hanya tiga ke empat daripada 10 tukang berlian yang mahir dalam 'triple excellent' ini mampu melakukannya.

"Hanya pakar pemotong terbaik dan berpengalaman yang dapat menghasilkan canaian 101 segi ini, lalu menjadikannya hasilnya lebih halus dan menarik," katanya.

Tambah Belinda, nilai berlian Hemera ini diukur oleh sistem gred tinggi iaitu aspek 4C - Cut, Clarity, Colour dan Carat.

Selain itu, potongan berlian juga mempunyai tiga ciri penting iaitu kilauan (merangkumi jumlah pantulan cahaya daripada berlian), pancaran (serakan cahaya kepada warna spektrum) dan sinara atau sintilasi (kelipan cahaya apabila berlian bergerak).

"Prestasi cahaya berlian bulat biasa dengan canaian 57 secara amnya dikategorikan di bawah tahap sederhana, sementara Hemera diletakkan dalam kategori tahap sangat tinggi.

"Ini membuatkan berlian Hemera tergolong dalam berlian premium dengan paparan pantulan cahaya yang lebih tinggi, sekali gus memberikan satu kepuasan pada si pemakai.

"Meskipun Hemera ini disasarkan untuk acara istimewa seperti melakukan lamaran dan perkahwinan, ia sesuai untuk apa jua acara," katanya.

Berlian Hemera ini bagaimanapun hanya boleh didapati secara eksklusif di rangkaian kedai Poh Kong terpilih.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/17

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat