Harian Metro: Hati
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Hati |
Posted: 05 May 2013 04:26 AM PDT Ibu bapa masa kini sangat mengambil berat mengenai prestasi anak mereka dalam semua aspek kehidupan. Ramai daripadanya sanggup berhabis duit untuk membantu anak lebih bijak dan pintar. Namun pada masa sama, terdapat juga pelbagai faktor yang mempengaruhi kecergasan otak anak yang dapat dilihat dari segi pengambilan makanan seimbang.
PENGAMBILAN makanan sihat nyata boleh mencergaskan otak.
Dari segi pemakanan, ia harus dimulakan sejak dalam rahim dan disebabkan itu, ibu hamil diberikan asid folik untuk membina sistem neurologi lebih baik. "Ibu bapa perlu menjadi model kepada anak jika ingin mengajar mereka mengenai pemakanan seimbang dan sihat. "Bagi mengelakkan anak kurang mengambil makanan segera, ibu perlu mempunyai idea menarik untuk menghasilkan jenis makanan yang disukai anak. "Sebaiknya, makanan harus disediakan di rumah. Misalnya, jika anak suka makan piza, ibu harus belajar membuat piza dan cuba tambah hidangan dengan sayur-sayuran berkhasiat bagi mendidik mereka untuk mengamalkan diet seimbang," jelasnya. Biasanya, makanan segera mudah didapati di bandar besar kerana masing-masing tidak mempunyai banyak masa untuk menyediakan hidangan seimbang. Bagi membantu otak berfungsi dengan baik, faktor pemakanan juga penting untuk memastikan seseorang itu dapat mencergaskan minda mereka. Sumber nutrisi baik untuk otak Penting untuk mengambil semua nutrisi seperti karbohidrat, protein dan lemak yang tidak berlebihan, sayur-sayuran, buah-buahan atau air dalam kadar yang mencukupi. Amalan pengambilan makanan daripada sumber yang mengandungi lemak omega-3, antioksidan dan vitamin B membantu untuk menggalakkan fungsi otak berkembang dengan baik. Kanak-kanak dan orang dewasa perlu mengambil kira setiap hidangan bagi mengelakkan otak menjadi lambat atau pelupa. Antara nutrisi yang baik untuk mencergaskan otak adalah lemak omega-3. Otak kita mempunyai 60 peratus lemak dan lemak sangat diperlukan bagi fungsi ingatan, pembelajaran dan pembesaran otak bayi sepanjang kehamilan. Justeru, pengambilan lemak yang betul boleh mempengaruhi kesihatan otak, perasaan dan kecemerlangan akademik. Disebabkan itu, lemak omega-3 diperlukan untuk perkembangan otak supaya ia dapat berfungsi dengan baik. Antara contoh lemak yang baik adalah daripada sumber ikan salmon, jenis kekacang seperti walnut, badam, pistachio (yang biasa dicampur ke dalam susu untuk kanak-kanak) dan kebaikannya ada dalam susu ibu secara semula jadi. Makanan tambahan berasaskan minyak ikan yang mengandungi lemak omega-3 hanya diperlukan jika kita tidak mengambil nutrisi penting daripada sumber semula jadi seperti ikan. Perlu diketahui, pengambilan lemak omega-3 dalam kadar seimbang dapat membantu mengurangkan risiko terdedah kepada penyakit mental kepada kanak-kanak dan sesiapa saja. Selain lemak omega-3, pengambilan sumber antioksidan yang mencukupi juga penting untuk kecergasan otak. Kandungan antioksidan yang tinggi boleh didapati di dalam buah-buahan jenis beri. Namun, ia juga boleh diperoleh daripada teh hijau dan sayur-sayuran lain. Sumber antioksidan berfungsi membantu melindungi sel otak daripada berlaku kerosakan akibat aktiviti radikal bebas. Radikal bebas bukan saja menyerang otak, malah ia juga boleh merosakkan sel dalam badan. Justeru, antioksidan berfungsi untuk melawan dan meneutralkan kembali sel bagi mengelak kerosakan pada otak. Ini kerana kerosakan pada otak tidak boleh digantikan dengan pertumbuhan sel baru sama seperti individu yang mengalami masalah nyanyuk. Pengambilan vitamin B daripada sumber semula jadi juga makanan yang baik untuk otak. Ia membantu aktiviti dalam otak diproses dengan lebih pantas. Vitamin B boleh diperoleh daripada sumber makanan seperti daging, beras perang dan produk berasaskan soya termasuk asid folik. Disebabkan itu, wanita hamil diberikan asid folik untuk mengelakkan masalah neurologi yang berkaitan dengan sistem saraf selain dapat membantu mengelakkan kemurungan dan meningkatkan fungsi kognitif otak. Makanan perlu dielakkan Sekiranya ada alternatif lebih baik, elakkan makanan sedemikian. Lebih baik jika mengambil makanan daripada sumber semula jadi. Misalnya, makanan yang dimasak menggunakan mentega atau lemak tepu. Ada yang gemar mencairkan mentega untuk dimasak dengan udang atau makanan lain yang sebenarnya menukar khasiat yang dimiliki kepada lemak trans. Apabila sudah ketagih, seseorang yang tidak mengambil kafein akan menyebabkan minda menjadi tidak fokus dan fungsi otak bertukar kepada lemah atau mengantuk. Ini merujuk kepada gula ringkas seperti gula pasir dan minuman manis. Malah, air berkarbonat atau makanan manis yang diambil dalam kuantiti banyak akan menyebabkan proses pembelajaran menjadi lambat. Mengikut panduan piramid pemakanan, gula sebaiknya diambil sedikit dan perlu mengikut keperluan individu yang berlainan. Permainan otak Bukan hanya pemakanan saja yang mempengaruhi kecergasan otak seseorang, malah permainan minda juga dapat menjadikan otak lebih bijak dan berfungsi dengan baik. Pelbagai bentuk permainan minda yang boleh didapati sama ada daripada buku atau sumber Internet seperti memori, teka silang kata, mengira dan menyusun perkataan. Ia membuatkan otak berfikir serta membantu menjadikan minda lebih aktif dan cergas ketika menyelesaikan masalah. Secara peribadi, Mushidah Zakiah turut mengakui terdapat beberapa jenis permainan yang baik untuk kecergasan otak. Misalnya, sudoku dan teka gambar yang boleh mengajak otak berfikir bagi menyelesaikan nombor atau gambar. Selain itu, menyelesaikan soalan matematik juga boleh membantu mencergaskan otak seseorang. Perbaiki memori menerusi cabaran permainan Menerusi teknologi yang semakin canggih, beribu-ribu permainan dihasilkan untuk komputer, permainan video mahupun di telefon bimbit. Bukan hanya permainan tradisi seperti menembak atau perlumbaan saja, tetapi banyak lagi genre dihasilkan untuk otak berfungsi dengan lebih baik. Permainan minda bertujuan untuk menguji tahap kecerdasan intelektual (IQ) seseorang bagi membantu memperbaiki memori menerusi cabaran permainan berbeza. Permainan bermula dengan pembahagian sembilan ruang kosong yang membentuk segi empat dan ia diisi dengan nombor satu hingga sembilan yang tidak boleh diulang pada barisan sama. Proses permainan itu membantu melatih otak untuk bermain nombor dengan mudah. Untuk melatih otak dengan lebih berkesan, selesaikan teka-teki sudoku dengan menetapkan masa dalam seminit untuk setiap satu cabaran. Cuba lihat, sebanyak mana anda mampu menghabiskan setiap cabaran atau memenuhi kotak kosong dengan nombor kurang daripada 60 saat. Permainan itu sendiri menawarkan mentor yang boleh bercakap dan membimbing anda melalui setiap cabaran selain menyesuaikan diri dengan menyelesaikan masalah lebih cepat serta mudah. Ia membantu memahami pertumbuhan IQ setiap hari, menjadikannya antara alat yang berkesan untuk memahami sisi peribadi seseorang. Cabaran yang ditingkatkan dalam setiap kesukaran menyelesaikan masalah ternyata baik untuk mengembangkan pemikiran otak. Satu tambahan yang menyeronokkan mengenai permainan ini adalah ia boleh dimain bersama pasangan bagi melihat sejauh mana kebijaksanaan anda dalam menyelesaikan setiap cabaran. Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/05 |
Posted: 05 May 2013 04:04 AM PDT Di Fribourg, Switzerland, seorang lelaki dikenali sebagai Denis Vipret bergerak mengelilingi 20 orang yang duduk membentuk bulatan. Mereka menanti sentuhan penyembuhan di bahagian bahu dengan teknik ketukan secara perlahan menggunakan tangan kanan Vipret bagi memindahkan tenaga kepada pesakit. Vipret sangat popular dalam kalangan pengamal perubatan yang semakin meningkat bilangannya di Switzerland. Ketika lawatannya ke Geneva, dia menjangkakan dapat merawat kira-kira 300 pesakit yang tidak sabar-sabar merasai sendiri sentuhan 'ajaib' tangannya itu. "Menggunakan tangan kiri saya dapat mengenal pasti masalah pesakit dan tangan kanan pula bertindak sebagai penyembuh," kata Vipret, lelaki memiliki tubuh berisi yang mengenakan kemeja bercorak kotak, celana denim dan terompah.
"Kami melihat kini lebih ramai orang yang mula beralih kepada pengamal perubatan berkenaan dan cara ini antara yang diterima," kata ahli etnologi, Magali Jenny yang menghasilkan dua buku terlaris mengenai subjek sains sejak 2008. Sementara itu, Annie Marie Girard, 55, pengamal terapi magnet Perancis yang beroperasi di Geneva turut bersetuju dengan penerimaan orang ramai terhadap penyembuhan secara rohani. "Di Perancis, sekiranya tabib ini tidak berjaya menyembuhkan pesakit dengan segera, secara automatik kamu akan dibawa ke mahkamah," tambahnya yang menjelaskan sebab dia menetap di Switzerland. Menurut Jenny, lebih daripada 500 peng-amal perubatan terutamanya yang tidak dilatih itu aktif bergerak sendirian dengan menggunakan bahasa Perancis. Pakar berkata, seni penyembuhan pula lebih meluas diamalkan di Perancis yang bercakap menggunakan bahasa Itali kemudian dicampur dengan bahasa Switzerland. "Ramai orang berasa sedikit ketinggalan dalam perkembangan perubatan bersifat kemanusiaan. Mereka lebih suka beralih kepada bomoh dan kaedah semula jadi memandangkan mereka berada di tengah-tengah trend amalan 'kehijauan' dan sumber organik," kata Jenny. Pengamal perubatan tradisional sangat popular di negara itu sehinggakan kira-kira 70 orang meminta Jenny untuk menerbitkan nama mereka di dalam buku yang dihasilkannya dan mendakwa mereka tidak dapat bersaing dengan hanya bergantung kepada permintaan. Berbalik kepada kisah di Geneva, orang ramai sanggup datang dari jauh semata-mata mahu mendapatkan rawatan daripada Vipret yang mengenakan caj kira-kira RM161.80 untuk setiap kunjungan. Ketika ditemui, dia hanya menggunakan masa kurang daripada seminit untuk mengenal pasti penyakit yang dihidapi setiap pesakit. Vipret adalah bomoh yang tidak dilatih dan bentuk penyembuhan yang dilakukan tidak diletakkan ke dalam mana-mana kategori rasmi, namun dia menegaskan boleh melindungi pesakit secara keseluruhan untuk 30 hari menerusi kuasa pemikirannya. Pesakitnya juga berasa hairan dengan kuasa yang dimilikinya dan haba yang dikeluarkan daripada tangannya. "Dia begitu mengagumkan," kata Bertrand Bucher, 30, yang membawa isteri hamil untuk melakukan pemeriksaan dengan Vipret. Seorang ahli farmasi yang sudah bersara dan hanya mahu dikenali dengan nama Claire, 70, pula berkata, Vipret tidak tahu apa-apa mengenai anatomi, tetapi apabila dia kerap menemuinya, ia sekali gus memberi keyakinan kepada dirinya yang bomoh itu boleh menyembuhkan penyakitnya. Banyak hospital di Switzerland bukan saja merujuk pesakit kepada pengamal perubatan, malah pesakit dan keluarga mereka juga boleh meminta seorang tabib tertentu dibawa masuk untuk membantu. "Di dalam bilik kecemasan, ia sering berlaku terutama pesakit yang mengalami kebakaran atau luka pendarahan," kata jurucakap hospital Fribourg, Jeannette Portmann. Sesetengah pemulihan sudah diiktiraf secara rasmi sebagai 'tradisi kehidupan' dan terdapat golongan pengamal perubatan profesional menyuarakan keraguan mereka terhadap amalan tradisi itu. Memandangkan ada gembar-gembur yang semakin tersebar luas menyatakan kewujudan penyamar, pakar dan syarikat insurans mendesak untuk mewujudkan sijil kelayakan bagi tujuan itu. Malah sebelum media memberi tumpuan terhadap isu itu, bidang berkenaan juga tidak pernah bebas daripada penipuan. Misalnya, bulan lalu ada seorang yang mengisytiharkan dirinya sebagai bomoh di Bern dihukum hampir 13 tahun penjara kerana menyuntik 16 pesakit dengan darah yang tercemar HIV - AFP Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/05 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Hati To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |