Harian Metro: Mutakhir
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Mutakhir |
Piala AFC: Bojan Hodak jangka Kelantan hadapi tentangan sengit Posted: 13 May 2013 02:23 AM PDT KOTA BHARU: Ketua jurulatih Kelantan Bojan Hodak menjangka pasukannya menghadapi perlawanan sukar menentang Kitchee Sport Club dari Hong Kong, dalam saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) esok. "Ini macam perlawanan akhir. Perlawanan itu sukar kerana Kitchee bermain dengan baik pada musim lepas. Mereka menang Piala FA (Hong Kong). Mereka juga ada semua pemain tonggak. Saya rasa peluang menang ialah 55-45," katanya pada sidang media menjelang perlawanan, di sini hari ini.
Pasukan yang menang akan mara ke peringkat suku akhir, Disember ini. Kelantan yang mengungguli Kumpulan G akan menentang Kitchee yang berada di tangga kedua Kumpulan E, di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini.
|
Mahkamah rayuan tolak saman 2,020 ibu tunggal di Selangor Posted: 13 May 2013 02:09 AM PDT PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bahawa sebuah manifesto pilihan raya tidak boleh dikuatkuasakan secara sah. Berikutan keputusan penting itu, mahkamah membatalkan saman sivil yang difailkan oleh 2,020 ibu tunggal di Selangor berhubung pembayaran elaun RM100 kepada mereka seperti terkandung dalam manifesto pembangkang pada pilihan raya umum 2008.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof membenarkan rayuan kerajaan Selangor dan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim supaya mengetepikan keengganan Mahkamah Tinggi untuk membatalkan saman tersebut. Hishamudin bersetuju dengan hujahan yang dikemukakan oleh peguam A. Vishnu Kumar, yang mewakili kerajaan Selangor dan Khalid, bahawa manifesto itu bukan sebuah dokumen yang terikat di sisi undang-undang.
Hishamudin juga menerima hujah Vishnu bahawa pihak responden yang diketuai pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Selangor, Murtini Kasman Saman, tidak boleh mencabar perkara itu berikutan saman sivil itu telah difailkan di luar tempoh masa. Peguam itu memberitahu mahkamah bahawa pihak responden sepatutnya memfailkan saman tersebut dalam tempoh tiga tahun mulai Mac 2008 tetapi hanya melakukannya pada 23 Nov tahun lepas. Mahkamah kemudian memerintahkan responden membayar kos guaman sebanyak RM1,000 kepada kerajaan Selangor dan Khalid. Peguam Walter Pereira, yang mewakili pihak responden, berkata janji-janji dalam manifesto itu diterjemahkan sebagai satu bentuk kontrak. Kumpulan ibu tunggal itu memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam tahun lepas dengan menuntut elaun berjumlah RM10.9 juta seperti dijanjikan kepada mereka oleh pakatan pembangkang dalam manifesto pilihan raya umum 2008. Pada 12 Dis 2011, kerajaan Selangor dan Khalid memfaikan permohonan untuk membatalkan saman tersebut dan pada 23 Jan lepas, Mahkamah Tinggi menolak permohonan itu dan memutuskan kes itu dibicarakan. - Bernama Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/13 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |