Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- Kilang papan musnah terbakar
- Gangguan bekalan air di Klang pulih esok
- Empat pengedar dadah diberkas polis
Posted: Kilang papan musnah terbakar13/05/2013 10:14pm KAJANG - Sebuah kilang papan di Jalan P4 Blok 11, Bandar Teknologi disini musnah dalam satu kebakaran, tadi. Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Bomba Selangor, Mohd Sani Harul, kejadian pada pukul 7.19 malam tadi mengakibatkan Kilang Fox One Marketing musnah sepenuhnya. "Bagaimana pun, kejadian tersebut tidak melibatkan kemalangan jiwa atau kecederaan,"katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi. Katanya, api marak dan merebak dengan pantas berikutan bahan mentah papan yang terdapat di dalam kilang tersebut. "Kilang dengan keluasan 30meter x 30 meter itu musnah sama sekali. "Punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan,"katanya. Tambahnya, seramai tujuh. pegawai dengan 22 anggota dari lima balai bomba telah dikejarkan ke tempat kejadian. Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 9.17 malam tadi. - KOSMO! |
Gangguan bekalan air di Klang pulih esok Posted: Gangguan bekalan air di Klang pulih esok13/05/2013 9:44pm KUALA LUMPUR - Gangguan bekalan air tidak berjadual di sekitar Klang ekoran paip pecah di bawah jejambat berhampiran persimpangan lampu isyarat Pangsapuri Bandar Sultan Sulaiman semalam, dijangka pulih selewat-lewatnya esok. Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) dalam kenyataan hari ini memaklumkan kerja-kerja membaiki paip itu dijangka selesai pada pukul 10 malam ini dan bekalan air akan mula dipulihkan secara berperingkat mulai 3 pagi. "Kerja-kerja pembaikan ini mengalami kelewatan berikutan tapak di lokasi yang mempunyai lapisan konkrit yang menembusi paip terlalu tebal untuk dipecahkan, di samping keadaan lalu lintas yang sibuk menyukarkan kerja pembaikan dilaksanakan," katanya. Menurut Syabas, sejumlah 26,805 pengguna, melibatkan 5,367 akaun di Bandar Sultan Sulaiman, Kampung Sungai Sireh Tambahan dan Flat Sri Perantau, Pelabuhan Klang terjejas akibat gangguan bekalan air itu. Berikutan gangguan tersebut, pihaknya telah menyediakan tiga buah lori tangki dan dua tangki air statik untuk penduduk di kawasan yang terjejas. Untuk bantuan atau pertanyaan, pengguna boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Puspel) di talian bebas tol 1-800-88-5252. - Bernama |
Empat pengedar dadah diberkas polis Posted: Empat pengedar dadah diberkas polis13/05/2013 9:28pm KUANTAN - Polis menahan empat pengedar dadah termasuk seorang ibu tunggal dan merampas 199.4 gram heroin bernilai RM 39,880 dalam tiga serbuan berasingan di sini semalam dan Sabtu lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri, Superintendan Yap Toon Khuan memberitahu, dalam serbuan pertama, seorang buruh berusia 22 tahun ditahan di tepi jalan berhampiran sebuah rumah dekat Bukit Setongkol, di sini kira-kira pukul 12.30 pagi Sabtu lepas. "Hasil pemeriksaan dilakukan, polis menjumpai 15.4 gram heroin bernilai RM3,080, ganja seberat 0.3 gram dan syabu seberat 0.5 gram.," katanya kepada pemberita. Beliau berkata, dua lagi lelaki berusia 18 dan 19 tahun turut ditahan di sebuah rumah di kawasan Bukit Setongkol di sini pada pukul 1.30 pagi pada hari yang sama. Beliau berkata, susulan tangkapan itu, seorang wanita berusia 41 tahun diberkas di tepi jalan dekat kawasan perindustrian Semambu di sini. Katanya, pemeriksaan polis menemui heroin seberat 60 gram bernilai RM12,000 di dalam sebuah beg di tangannya. - KOSMO! |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |