Harian Metro: Mutakhir
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Mutakhir |
Polis tahan pemilik blog 'Milosuam' Posted: 02 May 2013 04:26 AM PDT KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang aktivis media sosial awal hari ini di perkarangan sebuah pasar raya di Meru, Klang berhubung dua laporan polis yang dikaitkan dengan sebuah blog yang dipercayai miliknya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata hasil siasatan awal menunjukkan suspek berumur 29 tahun itu dipercayai pemilik blog 'Milo Suam'. Beliau berkata seorang pegawai polis membuat laporan berhubung blog itu yang memaparkan satu perutusan polis berhubung kes pencerobohan Lahad Datu, Sabah iaitu 'Ops Daulat' yang diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia bertarikh 6 Mac. "Seorang lagi pegawai polis membuat laporan berkenaan satu artikel di laman web tersebut yang mendakwa anggota polis mengundi awal, sedangkan apa yang berlaku adalah undi pos," katanya pada sidang akhbar di Kompleks Perdana, Bukit Perdana di sini hari ini. Beliau berkata dokumen rahsia itu berkaitan maklumat yang diedarkan kepada ketua-ketua polis daerah di Sabah untuk mengambil tindakan berjaga-jaga mengenai kegiatan pengganas. Syed Ismail berkata suspek ditahan reman dua hari bermula hari ini dan antara barangan miliknya yang dirampas adalah sebuah komputer riba, jalur lebar tanpa wayar dan cakera keras luaran. Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/02 |
Posted: 02 May 2013 03:47 AM PDT KULIM: Seorang pekerja pembersihan mengalami parah di muka akibat ditetak dengan parang selepas diserang empat lelaki ketika berada dalam khemah Pusat Daerah Mengundi (PDM) Paya Besar di Taman Halia, di sini, awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ghuzlan Saleh, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 3 pagi ketika mangsa berusia 50 tahun sedang menjaga khemah berkenaan bersama seorang rakannya berusia 40 tahun.
"Kejadian berlaku ketika mereka berada dalam khemah itu untuk menjaga beberapa barang di atas sebuah pentas yang terletak bersebelahan. "Ketika mereka sedang berbual secara tiba-tiba dihampiri empat lelaki menunggang dua motosikal lalu berhenti berhampiran khemah lalu meluru ke arah mangsa dan menyerangnya dengan senjata tajam dipercayai parang," katanya ketika dihubungi, di sini.
"Empat suspek yang terkejut dengan jeritan rakan mangsa kemudian melarikan diri serta meninggalkan mangsa yang berlumuran darah. "Rakan mangsa kemudian menghubungi ambulans untuk membawa mangsa ke Hospital Kulim sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk rawatan," katanya. Katanys, pihaknya masih menyiasat kes berkenaan, dan siasatan awal mendapati kejadian itu adalah bermotifkan peribadi. Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/02 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |