{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Mutakhir


Majlis Agama Islam negeri diarah pantau ajaran Syiah

Posted: 23 May 2013 04:12 AM PDT

YAN: Majlis Agama Islam negeri diminta memperkemaskan penguatkuasaan undang-undang bagi mengawal dan menyekat ajaran Syiah yang dikatakan mula bertapak di negara ini terutama di Kedah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata,
penguatkuasaan terhadap ajaran yang terkeluar daripada Ahli Sunnah Wal

Jamaah ini perlu diberi tumpuan dan dipandang serius kerana ia boleh merosakkan
akidah umat Islam dan mewujudkan perpecahan.

"Bukan saja ajaran Syiah malah ajaran dianggap sesat dan difatwakan kerajaan negeri harus dikuatkuasakan sebaik mungkin dengan menggunakan peruntukan yang sedia ada di majlis agama Islam negeri," katanya ditemui pada Majlis Kenduri Kesyukuran Kemenangan Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Jerai di Dewan Serbaguna Guar Chempedak di sini, hari ini.

Beliau berkata, hal berkaitan ajaran Syiah dan ajaran sesat ini adalah di
bawah bidang kuasa kerajaan negeri melalui majlis agama Islam negeri-negeri dan
bukannya di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Soal ajaran yang bercanggah dengan ajaran Islam yang terkeluar daripada
ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah harus dititikberatkan.

"Saya mengharapkan majlis agama Islam dan juga kerajaan negeri Kedah melihat untuk memperkemaskan penguatkuasaan terhadap ajaran-ajaran sesat yang sudah digazetkan salah dan harus diberikan penekanan supaya ia tidak berkembang dan menular," katanya.

Jamil Khir berkata, walaupun urusan agama terletak di bawah negeri,
Jakim sentiasa memantau masalah ini dan berharap orang ramai yang mengetahui
kegiatan ini segera mengadu kepada pihak berkuasa majlis agama Islam negeri
untuk tindakan segera.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/23

Tian Chua, Harris dan Tamrin ditahan

Posted: 23 May 2013 04:04 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis hari ini menahan tiga individu berhubung ceramah berbaur hasutan yang disampaikan mereka di Dewan Perhimpunan Cina, di sini, pada 13 Mei lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, mereka ialah Naib
Presiden PKR, Tian Chua, aktivis Haris Ibrahim dan anggota PAS, Tamrin Ghafar yang

ditahan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

"Kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Jinjang untuk diambil keterangan dan

kita lihat sejauh mana mereka bekerjasama.

"Polis berhak menahan mereka 24 jam yang pertama," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Menurutnya sama ada polis akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap
ketiga-tiganya bergantung kepada proses siasatan yang masih berjalan. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/23

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat